Dalam orang sibuk meraikan kemenangan politik, terselit sebuah kisah kehidupan yang bukan semua orang dapat melaluinya. Kisah bagaimana seorang warga asing, keluarga asnaf mendapat layanan buruk ketika cuba meminta pengurangan kos rawatan yang dikenakan terhadap anaknya.
Hal ini dilalui oleh Cikgu Mohd Fadhli yang sangat terkenal di media sosial dan mempunyai lebih dari 100,000 pengikut di mana cikgu ini cuba membantu warga asing ini ketika meminta pengurangan kos dan turut membawa surat sokongan doktor.
Nampaknya isu layanan kurang mesra hospital kakitangan kerajaan mulai tular kembali selain beberapa aduan sebelum ini. Walau bukan semua melakukannya tetapi kata orang, nila setitik, rosak susu sebelanga.
Baca seperti apa ditulisnya di facebooknya semalam.
Terima kasih buat semua misi, nurse dan kakitangan Wad Pediatric HKL, Wad KK2 kerana melayan adik Muhamad Farish Daniel dengan baik dan mesra walau dia bukan warganegara.
Aku sempat ke sana untuk urusan discaj adik Farish setelah pembayaran dibuat. Nurse dan staff kat Wad KK2 ini sangat peramah dan mesra melayan kedua ibu bapa Farish dan juga aku.
Adik Farish admit sejak 6/5/2018 dan baru sahaja discaj hari ini. Ayah dia kawan aku. Orang Pattani, Thailand. Kerjanya hanya sebagai tukang masak. Baru dibuang kerja dua minggu lepas.
Dia baru sahaja buka kedai minggu lepas. Itu pun deposit dia minta bayar beransur-ansur sebab duit tak cukup. Tiba-tiba anak kecil mereka dijangkiti kuman pada paru-paru. Terpaksa masuk wad dan dipantau lama.
Mujur aku dah pesan kat dia, nanti nak keluar wad bagitahu aku. Dia cuma ada seribu sahaja. Itu pun entah mana dia pinjam aku pun tak tahu.
Ads
Doktor dah bagi surat sokongan untuk kurangkan bayaran bil hospital yang berjumlah RM2,515 tu. Namun entah di mana silapnya bila aku ke kaunter bayaran bertanya hal pengurangan aku pula kena sindir dan kena gelak.
Agaknya dia ingat aku ayah adik Farish dan merupakan bukan warganegara. Maka sebab itu layanan acuh tak acuh sahaja. Dihalau keluar berkali-kali. Disindir dan dihina. Mungkin kerana aku cakap dialek Kelantan, dia ingat aku orang Siam.
Ugut nak panggil polis heret aku keluar tu paling tak tahan. Nak bayar pakai kad debit, dia minta ic bagai. Ic aku tertinggal tadi.
Mujur cash cukup. Sedebuk aku bayar semua bil dengan bantuan kawan aku. Hal pengurangan bil aku akan cuba urus kemudian.
Kawan aku juga ucap jutaan terima kasih pada semua sahabat yang terus menerus menyokong #danakita. Ini antara usaha kecil aku membantu mereka yang benar-benar terdesak dan memerlukan.
Benarlah, jika kita tidak punyai wang kita akan dihina dan dipandang rendah.
Ads
Jangan dibangga sangat dengan duit dan pangkat. Terus tunduk dan merendah diri walau engkau terbang di langit yang tinggi.
Cikgu Fadhli banyak membantu golongan asnaf melalui team #dana kita yang diusahakan bersama kawan-kawannnya. gambar diambil dari fb miliknya
Malah cikgu Fadhli turut menulis buat kali kedua dari kejadian pertama itu.
Aku di HKL sekarang. Aku sentiasa menghormati warga KKM yang berdedikasi dan sangat penyabar. Namun hari ini pengecualian.
Ads
Staff kaunter tiga tempat pembayaran bil keluar wad (Sebelah kecemasan) sangat kurang ajar. Langsung tak professional menjalankan tugas.
Setiap pertanyaan dijawab dengan sangat kurang ajar. Siap sindir bagai lagi. Aku tanya nama, sampai ke sudah tak nak cakap. Nametag tak pakai pun!
Mentang-mentang aku datang bawa surat warga asing nak minta kurang (dengan surat sokongan doktor) dia layan aku macam sampah. Aku bawa ni surat asnaf, keluarga layak zakat. Cuma mereka bukan warganegara. Saudara seIslam kita warga Pattani, Selatan Thailand.
Staff pembayaran kaunter 3, Hospital Kuala Lumpur, jam 1:40 tengahari 10 Mei 2018. Kau tunggu saja. Aku nak tulis surat aduan tentang perangai buruk kau siap ugur nak suruh polis heret aku keluar.
Jika ada cctv beserta rakaman suara di sana, aku nak saja biar lihat semua lihat sendiri dan dengar kata-kata kurang ajar staff ni.
Maaf buat semua warga KKM. Demi Tuhan aku sangat menghormati dan menghargai tugas kalian. Sedikit sebanyak kesalahan tu biasa.
Tapi kali ini memang kurang ajar gila. Tunggu aku buat aduan bertulis dan juga kat laman web sispaa. Tungguuu!
#MFS
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dr Li Wenliang, doktor yang sempat menghebahkan mengenai bahaya wabak corona virus akhirnya ditemui mati akibat wabak berkenaan. Lebih menyayat hati, selepas memberikan amaran mengenai bahaya virus ini, Dr Li Wenliang akhirnya menemui maut ketika merawat pesakitnya.
Kisah Dr Li Wenliang menjadi viral kerana dirinya menerima ancaman ditahan pihak berkuasa selepas dia memaklumkan penularan wabak ini. Namun berita kematiannya ditangisi oleh ramai orang kerana usaha yang telah dilakukannya.
Menurut South Morning China Post, Dr Li Wenliang disahkan mati di Rumah Sakit Pusat Wuhan. Segala usaha telah dilakukan bagi menyembuhkannya selepas dirinya dijangkiti coronavirus tetapi malangnya dirinya tidak mampu bertahan lama.
“Dalam perang melawan epidemic pneumonia kesan jangkitan dari virus Corona, segala usaha telah dilakukan tetapi akhirnya beliau tidak mampu bertahan,” kata jurucakap hospital.
Dr Li disahkan mati pada jam 2.58 pagi pada usianya 34 tahun.
Semua akhbar menyiarkan kisah kematiannya dan ia mendapat ucapan takziah dari warga China yang begitu bersimpati dengan cara kematiannya.
Malah Pengarah WHO, Micheal Ryan turut mengucapkan tahziah kerana memahami beliau menjadi barisan hadapan menyelamatkan ribuan pesakit yang dijangkiti wabak ini.
Malah ramai warganet meminta kerajaan China meminta maaf kerana mengasari Dr Li semasa hayatnya ketika beliau memberi amaran akan bahaya corona virus.
Virus mula dikesan di pasar ikan Huanan di Wuhan
Sebelum virus corona ini mula tersebar dan diumumkan secara rasmi oleh pemerintah China, Dr Li sempat memaklumkan orang ramai akan bahaya wabak ini. Namun usahanya memberi peringatan telah membuatkan dirinya menerima ancaman dan bakal dihukum oleh pemerintah.
Laporan dari BBC.Com sebelum ini, pada Disember 2019, Dr Li yang bertugas di rumah sakit Wuhan telah berjaya mengesan 7 orang lelaki yang sakitnya mirip seperti wabak SARS yang pernah menyerang China pada 2003.
Kes bermula di Pasar Ikan Huanan di Wuhan dan kesemua mereka dirawat di hospital tersebut.
Beliau kemudian memaklumkan kepada rakan sekerjanya melalui Whasapp grup pada 30 September 2019 dengan menyarankan mereka memakai topeng perlindungan agar tidak dijangkiti. Malah ketika itu dia tidak tahu ia adalah corona virus yang disahkan begitu berbahaya.
4 hari kemudian, dia didatangi pihak polis memintanya menandatangani satu surat bahawa dia telah menimbulkan kegemparan kepada orang ramai mengenai wabak ini.
Pihak berkuasa memberinya amaran dan memintanya menghentikan berita sebegini atau dirinya akan dikenakan hukuman.
Seminggu selepas itu, Dr Li merawat seorang pesakit menderita glaucoma tanpa menyedari wanita itu sudah dijangkiti. Pelbagai usaha dilakukan bagi membantunya tetapi ternyata virus ini sangat berbahaya di mana lebih 100 mayat dibakar setiap hari di Wuhan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biarpun Malaysia kini masih ‘berperang’ menentang wabak COVID-19 dan varian wabak lain dengan sedaya upaya cuba mengelakkannya daripada terus melarat ke kawasan-kawasan lain, nampaknya sesetengah daripada masyarakat masih degil untuk merentas daerah mahupun negeri bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut Selasa hadapan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, pada Jumaat lalu saja, sejumlah 4,839 kenderaan telah diarahkan berpatah balik di Sekatan Jalan Raya (SJR) kerana tidak mempunyai sebarang dokumen rasmi ataupun alasan munasabah untuk merentas negeri.
Sebilangan besar daripadanya dipercayai cuba untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidiladha. Ternyata, jumlah ini amatlah mengecewakan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sumber Foto : Sinar Harian.
Lebih-lebih lagi apabila ia dilaporkan merupakan angka tertinggi bagi kes kenderaan diarah patah balik sejak Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan di seluruh negara.
Sementara itu, semalam (Sabtu, 17 Julai 2021) mencatatkan rekod pemeriksaan kenderaan sehingga 381,952 di lokasi SJR seluruh negara.
Justeru, kerajaan mengharapkan kerjasama rakyat supaya tidak curi-curi pulang ke kampung dan terus duduk di rumah agar mereka tidak dijangkiti ataupun menjangkiti orang lain.
Walaupun beberapa buah negeri dan lokaliti kini tidak lagi berada di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), itu tidak bermakna kita sudah 100 peratus bebas berbuat apa sahaja.
AYUH ambil pengajaran daripada peningkatan kluster baharu akibat perbuatan pulang ke kampung halaman semasa Aidilfitri lalu. Usah pentingkan diri sendiri.
Jika selama ini korang mengadu domba mengenai tempoh panjang Malaysia melaksanakan sekatan pergerakan – well – lets do something about it and not break the rules.
*
Terdahulu, pihak polis daerah Gombak menafikan keadaan sesak di Plaza Tol Gombak dan mendakwa gambar serta video lama sengaja ditularkan semula bagi menimbulkan kegusaran rakyat.
Sementara itu, jumlah kenderaan banyak yang dikatakan cuba memasuki negeri Kelantan menerusi Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dilaporkan semakin berkurangan.
Bagi yang jenis makan gaji harian dan buat business kecil-kecil pasti terjejas dengan perintah larangan pergerakan yang diputuskan oleh kerajaan bagi membendung penyebaran wabak Covid-19 ini kan?
Yelah tak semua company membayar cuti selama dua minggu ini. Macam mana pula nak bayar kereta, rumah hujung bulan nanti?
Ini ada berita baik untuk korang, baru-baru ini Persatuan Bank dalam Malaysia mengumumkan ahli-ahlinya komited dalam bantu rakyat Malaysia dalam musim penyebaran wabak Covid-19 ini.
So beberapa buah bank hari mengumumkan moratorium pembiayaan bank dan pelanggan-pelanggannya boleh memohon untuk penangguhan sementara pembayaran pinjaman yang terjejas berikutan penularan wabak novel koronavirus (COVID-19).
Hal ini bagi langkah meringankan beban kewangan bagi membantu pelanggan mereka yang terkesan oleh pandemik Covid-19 dan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan selama 2 minggu oleh kerajaan bagi menyekat penularan wabak Covid-19.
Ini berikutan gesaan banyak pihak supaya bank memberi kelonggaran kepada peminjam dalam tempoh yang mencabar kini.
Apa itu Moratorium?
Moratarium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda.
Ini bermakna pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran peribadi atau rumah atau kenderaan atau lain-lain selama 6 bulan, bayaran ansuran akan bersambung setelah tempoh moratarium tamat.
Sangat berguna buat korang yang tidak dibayar gajai selama temoh perintah larangan pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan sekarang.
Antara bank yang menawarkan moratorium ialah :
1. Bank Rakyat
2. SME Bank
3. TEKUN
4. Bank Simpanan Nasional
5. Public Bank dan Public Islamic Bank
6. RHB Bank dan RBH islamic Bank
7. AgroBank
8. Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic
9. Maybank dan Maybank Islamic
10. Bank Islam Malaysia Berhad
11. Bank Muamalat Malaysia Berhad
Permohonan moratorium boleh dibuat di cawangan-cawangan bank atau melalui telefon bank masing-masing.