Cikgu Kongsi Pengalaman Staff Hospital Kurang Ajar, Siap Sindir Ketika Halau Keluarga Asnaf

Share

Dalam orang sibuk meraikan kemenangan politik, terselit sebuah kisah kehidupan yang bukan semua orang dapat melaluinya. Kisah bagaimana seorang warga asing, keluarga asnaf mendapat layanan buruk ketika cuba meminta pengurangan kos rawatan yang dikenakan terhadap anaknya.

Hal ini dilalui oleh Cikgu Mohd Fadhli yang sangat terkenal di media sosial dan mempunyai lebih dari 100,000 pengikut di mana cikgu ini cuba membantu warga asing ini ketika meminta pengurangan kos dan turut membawa surat sokongan doktor.

Nampaknya isu layanan kurang mesra hospital kakitangan kerajaan mulai tular kembali selain beberapa aduan sebelum ini. Walau bukan semua melakukannya tetapi kata orang, nila setitik, rosak susu  sebelanga.

Baca seperti apa ditulisnya di facebooknya semalam.

Terima kasih buat semua misi, nurse dan kakitangan Wad Pediatric HKL, Wad KK2 kerana melayan adik Muhamad Farish Daniel dengan baik dan mesra walau dia bukan warganegara.

Aku sempat ke sana untuk urusan discaj adik Farish setelah pembayaran dibuat. Nurse dan staff kat Wad KK2 ini sangat peramah dan mesra melayan kedua ibu bapa Farish dan juga aku.

Adik Farish admit sejak 6/5/2018 dan baru sahaja discaj hari ini. Ayah dia kawan aku. Orang Pattani, Thailand. Kerjanya hanya sebagai tukang masak. Baru dibuang kerja dua minggu lepas.

Dia baru sahaja buka kedai minggu lepas. Itu pun deposit dia minta bayar beransur-ansur sebab duit tak cukup. Tiba-tiba anak kecil mereka dijangkiti kuman pada paru-paru. Terpaksa masuk wad dan dipantau lama.

Mujur aku dah pesan kat dia, nanti nak keluar wad bagitahu aku. Dia cuma ada seribu sahaja. Itu pun entah mana dia pinjam aku pun tak tahu.

Doktor dah bagi surat sokongan untuk kurangkan bayaran bil hospital yang berjumlah RM2,515 tu. Namun entah di mana silapnya bila aku ke kaunter bayaran bertanya hal pengurangan aku pula kena sindir dan kena gelak.

Agaknya dia ingat aku ayah adik Farish dan merupakan bukan warganegara. Maka sebab itu layanan acuh tak acuh sahaja. Dihalau keluar berkali-kali. Disindir dan dihina. Mungkin kerana aku cakap dialek Kelantan, dia ingat aku orang Siam.

Ugut nak panggil polis heret aku keluar tu paling tak tahan. Nak bayar pakai kad debit, dia minta ic bagai. Ic aku tertinggal tadi.

Mujur cash cukup. Sedebuk aku bayar semua bil dengan bantuan kawan aku. Hal pengurangan bil aku akan cuba urus kemudian.

Kawan aku juga ucap jutaan terima kasih pada semua sahabat yang terus menerus menyokong #danakita. Ini antara usaha kecil aku membantu mereka yang benar-benar terdesak dan memerlukan.

Benarlah, jika kita tidak punyai wang kita akan dihina dan dipandang rendah.

Jangan dibangga sangat dengan duit dan pangkat. Terus tunduk dan merendah diri walau engkau terbang di langit yang tinggi.

#MFS
– Hormat itu tidak boleh dibeli –

 

Cikgu Fadhli banyak membantu golongan asnaf melalui team #dana kita yang diusahakan bersama kawan-kawannnya. gambar diambil dari fb miliknya

Malah cikgu Fadhli turut menulis buat kali kedua dari kejadian pertama itu.

Aku di HKL sekarang. Aku sentiasa menghormati warga KKM yang berdedikasi dan sangat penyabar. Namun hari ini pengecualian.

Staff kaunter tiga tempat pembayaran bil keluar wad (Sebelah kecemasan) sangat kurang ajar. Langsung tak professional menjalankan tugas.

Setiap pertanyaan dijawab dengan sangat kurang ajar. Siap sindir bagai lagi. Aku tanya nama, sampai ke sudah tak nak cakap. Nametag tak pakai pun!

Mentang-mentang aku datang bawa surat warga asing nak minta kurang (dengan surat sokongan doktor) dia layan aku macam sampah. Aku bawa ni surat asnaf, keluarga layak zakat. Cuma mereka bukan warganegara. Saudara seIslam kita warga Pattani, Selatan Thailand.

Staff pembayaran kaunter 3, Hospital Kuala Lumpur, jam 1:40 tengahari 10 Mei 2018. Kau tunggu saja. Aku nak tulis surat aduan tentang perangai buruk kau siap ugur nak suruh polis heret aku keluar.

Jika ada cctv beserta rakaman suara di sana, aku nak saja biar lihat semua lihat sendiri dan dengar kata-kata kurang ajar staff ni.

Maaf buat semua warga KKM. Demi Tuhan aku sangat menghormati dan menghargai tugas kalian. Sedikit sebanyak kesalahan tu biasa.

Tapi kali ini memang kurang ajar gila. Tunggu aku buat aduan bertulis dan juga kat laman web sispaa. Tungguuu!

#MFS

Published by
Almaswa Haji Che Ros