Cikgu Sanggup Redah Hujan Hantar Kertas Latihan, Risau Pelajar SPM Tak Belajar Time PKPB

Share

Kerjaya guru sangat mulia. Tugas mereka mendidik anak bangsa hingga ada yang berjaya dan memperoleh pangkat dan gaji besar. Tidak hairanlah ramai antara kita cukup mengingati jasa-jasa guru dan sering menziarahi mereka kala kelapangan.

Jika di awal-awal PKB dahulu viral kisah Cikgu Muhammad Nazmi yang sanggup meredah kawasan pendalaman demi menghantar kertas latihan untuk anak muridnya, pergorbanan cikgu yang mengajar di SK Long Sukang, Lawa situ berjaya menjadi inspirasi buat semua guru-guru.

Perkongsian dari seorang suami yang juga seorang pegawai pendidikan, Wan Ridhuan Muhammad yang menemani isterinya, Noor Aniza Che Soh yang mengajar di SMK Kijal, Kemaman, Terengganu meredah hujan lebat tatkala isterinya menghantar kertas-kertas latihan untuk pelajar SPM membuat latihan cukup membuktikan guru-guru amat komited melihat anak bangsa berjaya.






Baca perkongsian di fbnya.

Al kisah
Gusar hati seorang guru
Hari-hari duk fikir
Budak-budak ni belajar tak kat rumah?
Bimbang anak-anak murid SPM tak belajar masa PKPB
Bimbang buka sekolah nanti anak-anak murid lupa apa yang dah diajar.
Dapat jalan penyelesaian.
Riso bahan-bahan
Diajaknya kita mintak tolong hantar bahan-bahan ke rumah murid-murid.
Rumah yang jauh ke dalam, mintak tolong anak murid keluar ke tempat yang mudah hulur soalan.
Hujan pun hujan la katanya,asalkan niat hati tercapai.
Ambe sebagai suami…pulas je stereng kereta, Ikut je lah.
Sepanjang jalan hujan tak berhenti. Lebat sungguh.
7 perhentian perlu dilalui..
38 murid untuk diserahkan modul.
Setiap kali jumpa anak murid, keluar pesanan dari mulut si guru.."jangan lupa buat dan siapkan..nanti cikgu kutip semula".


Pukul 2.30 petang keluar rumah, pukul 6.15 sampai rumah.
Sampai sekarang, si cikgu tu senyum sengeh sebab hajatnya tertunai.
Ni je gambar candid yang sempat di snap..yang lain tak boleh ambik sebab hujan lebat..air hujan masuk dalam kereta.
Semoga usaha si cikgu membuahkan hasil nanti.






Terima kasih cikgu. Moga semua amal kebaikan cikgu diganti dengan pahala di akhirat. Amin

Published by
Almaswa Haji Che Ros