Cincin Zamrud ‘Crazy Rich Asians’ Sebenarnya Milik Michelle Yeoh?! Harga Adalah…

Share

 

Dalam ramai-ramai selebriti Hollywood yang berjalan di karpet merah semalam, hanya ada satu saja yang mencuri tumpuan kami. Tan Sri Dato’ Seri Michelle Yeoh.

 

Okay, dan juga Lady Gaga. (What a dress and moment!)

Tetapi Michelle Yeoh yang menyarungkan gaun hijau zamrud bersekuin rekaan Shiatzy Chen tetap menjadi topik perbualan karpet merah walaupun beliau dikelilingi oleh para pelakon wanita Hollywood yang lebih muda.

Semuanya gara-gara cincin zamrud yang tersarung pada jari tangan kiri beliau!

Kalau korang merupakan peminat filem blokbuster, Crazy Rich Asians, mesti korang dapat cam cincin zamrud besar yang dipakai oleh Michelle sebagai Eleanor di dalam babak filem tersebut.

BACA: Ini Gadis ‘Crazy Rich Asians’ Sebenar Dari Malaysia!

Eleanor merupakan ibu kepada Nicholas Young dan mereka tergolong di dalam keluarga yang cukup, CUKUP kaya di Singapura. Jadi apabila team wardrobe filem tersebut cuba untuk mencari barangan kemas yang bersesuaian untuk dipakai oleh Michelle, mereka tidak dapat mencari item yang kelihatan semewah karakter Eleanor itu.

Sehinggalah Michelle sendiri mencadangkan untuk memakai cincin zamrud miliknya sendiri!

OKAY, ITU CINCIN MICHELLE yang sebenar, gaiss!

“Oleh sebab Eleanor merupakan karakter penting di dalam Crazy Rich Asians, barang kemas yang dipakai oelhnya haruslah mudah diingati dan cepat mencuri tumpuan.

“Warna hijau zamrud ini membawa maksud kehidupan, kesejahteraan dan rezeki. Jadi, untuk menjadikan watak Eleanor lebih realistik dan kaya, cincin tersebut haruslah realistik juga. Bukan cincin mock-up seperti yang Michelle Vogt (pereka kostum) cadangkan pada awalnya,” kata Michelle lagi.

Batu zamrud pada cincin itu cukup flawless dan ia sukar untuk ditemui. Ini kerana zamrus selalunya mudah retak. Ia cukup klasik, dan mirip cincin rekaan Cartier pada era 20-an.

BACA: 8 ‘Interview OOTD’ Henry Golding Pilihan Remaja, Onz Ke Tak?

Dalam temuramah bersama Giuliana Rancic semalam di karpet merah, Michelle sekali lagi memakai cincin zamrud tersebut dan berkata nilainya adalah…

Priceless.” Adoi, baru nak tahu harga!

“Ini adalah cincin milik saya sendiri dan memandangkan karakter Eleanor cukup tegas, saya tahu inilah cincin yang akan dipakai olehnya.”

Tak sabar kami nak lihat barang kemas lain yang akan dipakai oleh Michelle Yeoh sepanjang musim anugerah filem ini.

Published by
FZ