Orang kata, kalau dah jodoh pasti akan bertemu kan?
Baru-baru ini, media melaporkan mengenai perkahwinan antara pemuda dari Perlis dan juga wanita dari Osaka, Jepun yang mendapat perhatian netizen.
Pasangan tersebut, Norfaizad Farhan Nor Hashimi, 28 tahun dan Anna Farhana Tanaka, 25 selamat diijabkabulkan di dalam sebuah majlis ringkas di Perlis hujung minggu lalu.
Memetik Utusan, perkenalan daripada laman Facebook itu membawa kepada bibit-bibit cinta seterusnya membawa ke alam perkahwinan walaupun dipisahkan beribu batu.
Oleh kerana cara perkenalan mereka yang unik itu membuatkan pasangan ini menjadi viral di laman Twitter.
Kebanyakan netizen juga turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut malah mendoakan agar kebahagiaan mereka berpanjangan. Malah, ada juga yang sempat bertanya jika ada sanak-saudara boleh dijadikan bakal suri hati untuk diri mereka sendiri.
Oh my! Betul lah kata orang, kalau dah memang termaktub di loh mahfuz
bahawa orang itu adalah jodoh kita, tetap akan bersama juga kan?