Cinta datang tanpa dipaksa. Walau berbeza usia namun apabila perasaan itu datang, tidak lagi wujud perbezaan usia.
ARTIKEL BERKAITAN : Bermula Hubungan Ibu & Anak Angkat, Pemuda 24 Tahun Nikah Nenek 65 Tahun
Di negara jiran Thailand, viral kisah seorang remaja berusia 19 tahun jatuh cinta dengan wanita berusia 56 tahun. Ramai melihatnya sebagai tidak masuk akal, namun untuk pengetahuan korang remaja lelaki yang bernama Wuthichai Chantaraj, ini bertemu dengan teman wanitanya Janla Namuangrak, 56 tahun.
Perbezaan usia 37 tahun bukan penghalang bagi mereka untuk menjalinkan cinta.
Tolong Bersihkan Rumah
Menurut laporan Portal Mirror UK, cinta mereka berputik selepas warga emas kepada tiga anak itu meminta bantuan jirannya itu, Wuthichai membersihkan rumahnya di wilayah Sakhon Nakhon di timur laut Thailand.
Kerap melakukan kerja untuk wanita itu, membuahkan rasa cinta dan sayang. Kini, mereka sudah menjalinkan hubungan selama dua tahun, dan bebas bergerak di bandar dan ke restoran.
Pasangan itu berkata, mereka tidak terpengaruh dengan jarak umur 37 tahun, kerana mereka tidak segan menunjukkan kasih sayang di khalayak ramai, kerap memberi ciuman antara satu sama lain dan berpegangan tangan.
Bercakap mengenai hubungan itu, Wuthichai, yang juga dikenali dengan nama panggilannya Tung, berkata: “Saya sudah dua tahun bersama Janla.
“Ini kali pertama dalam hidup saya rasa seperti saya ingin memastikan seseorang hidup dengan selesa.
“Saya melihat rumahnya yang usang dan mendapati diri saya memikirkan cara untuk membantunya hidup dalam keadaan yang lebih baik. Dia seorang wanita yang rajin dan juga jujur. Saya mengaguminya.”
Walaupun hanya menjadi intim sekitar dua tahun lalu, pasangan itu merahsiakan hubungan mereka daripada rakan dan keluarga.
Rancang Berkahwin
Sejak tular kisah pencintaan mereka sekitar awal tahun ini, pasangan itu menggunakan media sosial untuk menyiarkan video dan gambar percintaan mereka.
Janla seterusnya berkata, Wuthichai membuatkan dia berasa muda semula.
Nenek itu berpisah dengan pasangannya sebelum ini, suaminya yang berusia 20 tahun, yang mempunyai tiga orang anak dan semuanya berusia 30-an. Kini, pasangan itu mendedahkan mereka merancang untuk berkahwin.
“Wuthichai menjadi seperti superhero bagi saya. Dia membantu saya setiap hari. Kemudian apabila dia lebih besar kami mula mempunyai perasaan antara satu sama lain,” kata Janla.
Jadi benarlah ‘cinta itu buta’ kan?
BACA LAGI : 5 Perkara Yang Tak Patut Korang Korbankan Kerana Cinta
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.