Cinta Billie Eilish & Jesse Rutherford Tak ‘Direstui’ Peminat Kerana Jarak Usia 10 Tahun

Share

Apabila bercerita mengenai bintang elektropop sensasi seorang ini, pastinya difikiran sudah terbayang gaya fesyennya yang sememangnya selalu menjadi perhatian di kalangan peminatnya.

Bukan itu sahaja, pemilik nama Billie Eilish yang jarang sekali berkongsi mengenai kisah peribadinya kepada khalayak turut menjadi tumpuan ramai apabila dia tampil menayangkan hubungan cintanya bersama vokalis band rock Amerika Syarikat, Jesse Rutherford, baru-baru ini.

Namun begitu, hubungan cinta merpati dua sejoli itu diketahui tidak mendapat restu daripada peminat kerana perbezaan usia mereka yang dikatakan terlalu jauh.

ARTIKEL BERKAITAN: Billie Eilish Pilih Teman Lelaki 11 Tahun Lebih Berusia, Tidak Lagi Sembunyikannya

Bahkan, menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok, ada peminat penyanyi lagu popular Happier Than Ever itu menyindir Eilish bercinta dengan seorang lelaki yang sudah berusia walaupun Rurherford baru berusia 31 tahun.

Enggan berdiam diri, abang kepada Eilish yang juga penyanyi, Finneas kemudiannya tampil mempertahankan adik kesayangannya apabila memberitahu dia tidak kisah jika penyanyi itu bercinta dengan lelaki yang dikatakan terlalu berusia.

“Saya tidak kisah. Apa yang penting adik saya bahagia dan gembira. Dia sekarang berusia 21 tahun dan sudah dianggap dewasa untuk menentukan kehidupannya sendiri,” katanya ringkas.

Sekadar informasi, Billie Eilish yang terkenal menerusi lagu Therefore I Am diketahui menjalinkan hubungan cinta dengan vokalis kumpulan The Neighbourhood itu sejak Oktober tahun lalu, selepas kedua-duanya dirakam saat makan malam bersama.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Jesse Rutherford Fanpage& Billie Eilish

Published by
Fath