“Cinta Gigolo?” Perkahwinan Jadi Tular Kerana Lelaki Ini Sanggup Terima Wanita Tua Demi Kereta Ferrari

Share

Setiap mempunyai pilihan. Semua orang berhak memilihnya. Tak kisahlah apa orang nak kata, apa yang pasti, ia tetap sebuah pilihan!

Zaman ini, zaman duit. Ada yang kata, ada duit boleh beli cinta. Ada setengahnya pula berkata, cinta tak boleh dibeli dengan duit. Tapi berbalik kepada istilah pilihan tadi, tak kisahlah boleh atau tidak beli cinta dengan duit, pilihan itu kita yang memilihnya.

Kisah perempuan muda mengahwini lelaki tua, ramai yang mengaitkannya kerana duit dan harta. Bagaimana  dengan lelaki muda tetapi pilih perempuan tua. Adakah soal duit juga? Tapi lebih ramai yang kata ianya lebih kepada jodoh kerana amat jarang lelaki muda akan memilih pasangan yang lebih tua darinya kecuali sudah benar-benar cinta.

Ramai saja, artis-artis muda yang pasangannya lebih berusia seperti Zain Saidin yang mengahwini Rozita Che Wan, pasangan paling loving, Fattah Amin dan Fazura serta lain lain. Kesemuanya mengaku jatuh cinta kepada pasangan masing-masing.

Tapi membaca kisah yang berlaku di China ini ternyata dunia sudah terbalik tetapi tidak pelik.

Cinta tak kenal usia tapi cinta lelaki ini kerana kereta Ferrari barangkali…

 

Seorang pemuda berusia 23 tahun yang agak kacak telah mengahwini pasangannya berusia 38 tahun.

Kisah pengantin lelaki ini dan pasangannya yang berbeza umur 15 tahun menjadi buah mulut masyarakat kerana ramai yang beranggapan dia hanya mahukan wang dan harta isterinya.

Perkahwinan mereka berlangsung di sebuah rumah di bandar Qionghai, Hainan pada 9 Januari lalu.

Menurut media sana, lelaki muda itu mengambil tanggungjawab mengahwini wanita tersebut selepas menghamilkannya.

Pengantin perempuan dikatakan hanya setahun lebih muda daripada ibunya dan mempunyai anak lelaki berusia 14 tahun.

Pengantin perempuan ini sudah hamil dan pasangannya sanggup bertanggungjawab

 

Pada mulanya ibu bapa pengantin lelaki dikatakan tidak bersetuju dan menentang perkahwinan mereka, namun akhirnya mereka bersetuju selepas pengantin perempuan menawarkan ‘tawaran’ yang serba serbi mewah.

Wanita itu menghadiahkan 660,000 yuan (RM406,769) dalam bentuk wang tunai, lot hartanah dan kereta sport Ferrari yang dianggarkan bernilai 5,000,000 yuan (RM3,080,224).

Dalam satu video yang tular, pasangan itu dilihat menaiki Ferrari sambil melambai-lambai ke arah tetamu.

Sememangnya salah satu cara singkat untuk hidup senang ialah mengahwini orang kaya. Namun hakikatnya, kekayaan tidak semestinya menjanjikan sebuah kebahagiaan –

Sumber:-MYNEWSHUB.CC

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros