Kes pelajar sekolah berusia 14 tahun yang cuba bunuh diri selepas cinta ditolak semalam mungkin dianggap luar biasa bagi golongan dewasa. Ramai menyebut bunga bukan sekuntum, jauh lagi masa depan. Cinta je pun, itu pun nak terjun dan pelbagai tanggapan lain.
Namun bila korang membaca laporan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pasti korang terkejut. Tahukah, sejak 2014, 800,000 orang mati akibat bunuh diri seluruh dunia menjadikan kematian bunuh diri lebih tinggi dari kemalangan, peperangan dan sebab lain.
Lebih ngeri, dikatakan 1 kejadian bunuh diri berlaku dalam tempoh 40 saat. Pergh, tak sempat nak ngucap senafas!
Cubaan seorang pelajar sekolah bunuh diri semalam menjadi berita gempar selepas cintanya ditolak
Remaja ini akui berasa sakit hati lepas cintanya ditolak
Di sebalik fakta di seluruh dunia, korang tahu tak bahawa kajian yang dilakukan oleh pungutan data Pusat Registri Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia (NSRM-National Suicide Registry Malaysia) mendapati sekurang-kurangnya dua orang membunuh diri setiap hari dengan kadar purata 60 orang dalam sebulan.
Kaum India mempunyai kadar yang tertinggi (3.67: 100,000), diikuti Cina (2.44 : 100,000) dan Melayu (0.32 : 100,000) dalam setiap 100,000 kes bunuh diri. Namun begitu, ramai pakar berpendapat jumlah sebenar jauh lebih tinggi. Anggarannya, hampir 2,500 kes bunuh diri setiap tahun atau secara puratanya tujuh kes setiap hari.
Terkejut tak? Lebih buat korang tak percaya fenomena bunuh diri di Malaysia kini didapati menyamai trend bunuh diri di AS.
Masa yang sama kalau korang nak tahu, satu per tiga daripada rakyat Malaysia menghadapi masalah kemurungan. Kajian yang dibuat berdasarkan tinjauan Kesihatan Morboditi Kebangsaan (NHMS) mendapati 29.2% rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas ada masalah depresi.
Hah, jadi tak hairanlah adik semalam tu, yang agak tertekan dan berasa sakit hati apabila cintanya ditolak mengambil keputusan untuk terjun dari bangunan dua tingkat kerana dia rasa kecewa.
Ads
Korang yang lebih dewasa pun tentunya faham bila patah hati niekan. Sakitnya susah nak cakap! Kajian juga menunjukkan remaja berusia antara 15-29 tahun paling tinggi membunuh diri.
Tentu korang masih ingat kes seorang pelajar yang dituduh mencuri telefon bimbit gurunya yang mana pelajar itu kemudian bertindak membunuh dirinya dan menulis nota dia tidak mencuri pun!
Lebih menakutkan ialah anggaran bahawa bagi setiap seorang individu yang mati akibat bunuh diri, ada 20 orang lagi yang cuba untuk membunuh diri.
Bunuh diri adalah pilihan bagi mereka yang mahu mengakhiri kehidupan dengan sangat cepat
Kajian yang sama turut merekodkan bahawa menggantung diri cara paling popular untuk membunuh diri, diikuti oleh pengambilan racun serangga dan terjun dari tempat yang tinggi.
Gejala bunuh diri juga sering berlaku dalam kalangan pesakit mental kronik, seperti skizofrenia, kecelaruan personaliti, dan mereka yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah serta alkohol.
Bunuh diri sering dikaitkan dengan tekanan (stress) kerana secara rasionalnya tiada individu sihat dan seronok menjalani kehidupan, sanggup mengambil keputusan sebegitu.
Lebih buruk jika sistem sokongan masyarakat lemah, membuatkan mereka melihat bunuh diri sebagai satu-satunya jalan menyelamatkan keadaan.
“Ada juga individu tiada masalah kemurungan, tetapi masalah bertimpa-timpa dalam satu masa seperti gagal dalam peperiksaan, putus cinta, berhutang dan dibuang keluarga menyebabkan mereka tidak mempunyai cara lain untuk mengakhirinya.
Ads
Di China sahaja, merekodkan rakyatnya paling ramai membunuh diri berbanding rakyat negara lain. Dianggarkan lebih 300,000 rakyatnya membunuh diri, lebih 10 kali ganda daripada jumlah bunuh diri di Amerika Syarikat. Jepun dan Korea juga menunjukkan antara negara yang rakyatnya ramai membunuh diri.
Jadi isu bunuh diri bukan isu gurauan semata-mata. Ayat-ayat bunga bukan sekuntum, cinta je dik, bersepah perempuan lain atau apa saja jenaka tak perlu dijadikan satu jenaka kerana orang yang alami tekanan langsung tak nak fikirkan apa korang cakap begini. Bagi mereka bila dah tak selesai semua masalah. Jadi kalau korang tahu mana-mana kawan yang alami kemurangan atau ada masalah, jadilah pendengar yang baik ya kerana ia juga satu ibadah.
Nie kes orang tua bunuh diri sebab cinta ditolak
Kecewa kerana putus cinta, seorang lelaki maut selepas dia menikam dada dan mengelar pergelangan tangan kirinya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bayan Baru.
Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa berusia 38 tahun dan bekerja sebagai kerani akaun ditemui sudah meninggal dunia oleh bapa saudaranya.
Siasatan polis dapati mangsa baru putus cinta empat hari dengan teman wanitanya.
Menurutnya, sejak itu mangsa dilihat kemurungan dan tidak dapat menerima hakikat selain turut kerap memberitahu ahli keluarga mahu membunuh diri.
“Dia juga ada menghantar kiriman WhatsApp kepada ibu dan bapa saudaranya memberitahu dia sudah menikam diri sendiri pada 2.30 pagi. Bagaimanapun, bapa saudaranya itu sudah tidur dan hanya menyedari kiriman mesej terbabit pagi tadi sebelum pergi ke rumah mangsa.
Jadi kes bunuh diri ini bukan berlaku pada remaja saja tapi juga golongan dewasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerjaya dalam bidang perubatan sekian lama menjadi idaman ramai remaja (dan ibu bapa) kerana ia dianggap sebagai kerjaya yang boleh menjamin masa depan serta memberi peluang untuk kembali berbakti kepada masyarakat dan negara.
Namun, dek insiden pemergian seorang doktor pelatih di Pulau Pinang April lalu apabila mangsa dilaporkan terjatuh dari tingkat 23 sebuah apartment, masyarakat mulai skeptikal untuk memilih bidang perubatan kerana tekanan yang terpaksa dihadapi sejak awal lagi.
Umum mengetahui akan kebijaksaan yang selalunya dikaitkan dengan pelajar perubatan. Rata-rata memang geliga dan berjaya mendapatkan keputusan cemerlang sewaktu di bangku sekolah demi menempatkan diri dalam jurusan tersebut.
Begitupun, lain pula realiti yang terpaksa mereka hadapi setelah timbul isu buli secara emosi terhadap kelompok doktor pelatih di hospital sehingga menjurus kepada percubaan membunuh diri.
Dakwaan isu buli doktor pelatih ini telahpun mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pakar bedah yang kini bertapak di United Kingdom, Dr. Amalina Che Bakri.
Menerusi hantaran di Instagram beliau, Dr. Amalina, mengakui isu ini bukanlah sesuatu yang baru terjadi dalam dunia perubatan. Sebaliknya, ia telah berlarutan sejak dahulu kala dan beliau menguatkan hujah tersebut dengan statistik yang dikongsikan bersama pengikutnya.
“Satu kajian ke atas 1,000 doktor pelatih di Malaysia menunjukkan bahawa kelaziman buli di tempat kerja adalah sebanyak 13 peratus.”
“Tinjauan terhadap 16,000 ahli yang dijalankan oleh Sistem Papan Buletin Doktor sahaja menunjukkan bahawa kira-kira 80 peratus daripada doktor di Malaysia (pernah) dibuli yang mana 17 peratus berfikir untuk membunuh diri kerana itu. Ini membimbangkan!” catatnya pakar berusia 33 tahun itu.
Tambahnya lagi, bukan hanya Malaysia yang menjadikan buli di tempat kerja sebagai budaya normal. Malah di negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat sendiri, ramai doktor pelatih yang terpaksa ‘menelan nasib’ menjadi ‘yes man’ kepada ahli perubatan senior kerana takut bersuara.
“Saya sangat bertuah kerana bekerja dalam persekitaran di mana saya secara peribadi tidak dibuli dan rakan sekerja saya sangat baik dan menghormati antara satu sama lain tanpa budaya hierarki.
“Di UK, terdapat sistem untuk mencegah buli. Kesemua doktor junior mempunyai penyelia masing-masing yang mana boleh dibawa berbincang mengenai perkembangan dengan kerap dan mendapatkan bantuan sekiranya perlu.
“Terdapat juga tinjauan yang dijalankan secara tanpa nama (anonymous) agar doktor pelatih boleh melaporkan sebarang isu yang terjadi; serta wujudnya Freedom to Speak Up Guardians oleh jabatan kesihatan di sana yang betindak membangkitkan isu buli dan gangguan,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mendedahkan lima nama yang didakwa sebagai doktor pembuli berpangkat doktor pakar di hospital yang terletak di Pulau Pinang terbabit.
Dalam waktu terdekat ini, REMAJA berharap agar akan ada usaha yang dilakukan ke arah menyempurnakan persekitaran tempat kerja di sini agar ia menjadi lebih positif untuk semua pihak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kisah seorang anggota bomba dari Balai Bomba & Penyelamat Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah diserang perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25 semalam agar, “Bangun segera kerana diri saya tidak cukup kuat” ketika menghadapi semua ujian ini.
Selepas mendapat tahu tunangnya agak kritikal kerana tulang rusuknya patah lalu mencucuk paru-paru sehingga mengakibatkan kesukaran bernafas dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di Pusat Perubatan Subang Jaya.
Nurul Najihah dalam satu hantaran di Facebook telah menulis sekitar tiga jam lalu, “Kamu kuat. Cepat bangun Muhammad Adib. Doakan tunang saya, tak kuat tengok kamu macam ini.”
Nurul Najihah turut memuat naik gambarnya dan tunang yang kini kritikal kerana tulang rusuknya patah lalu menikam paru-parunya sehingga sukar bernafasKeadaan Adib dilaporkan kritikal dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Subang
Rakyat Malaysia yang bersimpati dengan nasib anggota bomba yang agak parah itu banyak memberikan kata-kata semangat buat gadis ini yang dijadualkan berkahwin pada Disember ini.
Namun sejak 15 minit lalu, sekali lagi Nurul Najihah menulis di Facebook-nya, “Tunang saya masih selamat. Tolonglah hentikan kata yang bukan-bukan. Doakan dia,” jelasnya di laman media sosial iyu.
Ini kerana telah tular satu berita memaklumkan akan kematian anggota bomba berkenaan yang dimuat naik di media sosial.
Tular berita palsu melibatkan kematian Adib. Berita tidak berintegriti begini boleh mengganggu gugat keharmonian kaum di Malaysia. Hentikan penyebarannya
Common Malaysia. Jangan keruhkan lagi situasi dan menimbulkan amarah orang lain. Kita rakyat Malaysia bersatu kerana perpaduan kaum yang terjaga sejak dahulu lagi. REMAJA menganggap berita begini adalah berita fitnah yang nyata kerana kematian orang lain bukan mainan. Betul tak?
Insiden yang berlaku kepada Adib ini turut mendapat perhatian daripada Menteri Besar Selangor, YAB Aminuddin Saari yang menziarahi anggota bomba ini sebentar tadi.
YAB Menteri Besar Aminuddin Saari dipercayai bersama ibu bapa Adib yang risau tentang keadaan anak mereka dalam satu lawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya sebentar tadi
Beliau berkata, kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk menanggung semua kos rawatan Muhammad Adib. Sama-samalah kita mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan segera.
“Keutamaan saya buat masa ini ialah untuk mengembalikan ketenteraman awam dan memastikan keadaan kembali pulih seperti sediakala. Untuk itu, saya telah memanggil Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri petang ini khusus bagi membincangkan langkah seterusnya untuk mengembalikan ketenteraman awam.
“Saya menggesa semua pihak agar dapat menghentikan tindakan mengeluarkan kenyataan yang akan memburukkan lagi keadaaan. Semua pihak harus bekerjasama bagi mengembalikan ketenteraman awam dan memastikan keadaan terkawal,” jelas beliau.
Isu pemindahan Kuil Maha Mariamman, USJ 25ini bertukar menjadi kecoh sehingga menimbulkan berita tidak harmoni di kalangan rakyat MalaysiaDikatakan lebih 18 uuah kenderaan dibakar dalam isu pemindahan kuil ini dan ia menimbulkan kegemparan dalam negaraPejabat menempatkan pemaju One City turut dipecahkan oleh perusuh
Sejak dua hari lalu, kecoh di kalangan rakyat Malaysia mengenai isu pemindahan Kuil Maha Mariamman, USJ 25 sehingga menimbulkan ancaman pergaduhan.
Diberitakan hampir 20 buah kereta dibakar termasuk malam semalam di mana kenderaan bomba yang datang untuk memadamkan kebakaran turut dipecahkan sebelum perusuh menarik keluar Muhammad Adib dan mencederakannya sehingga berita ini menjadi tular di media sosial.
Malah pejabat pemaju One City turut menjadi sasaran sehingga cerminnya dipecahkan dalam kejadian malam tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memaklumkan pihak polis sudah menahan 17 individu termasuk enam yang cedera dan kesemuanya akan didakwa esok di mahkamah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun hanya menerajui negara selama lima tahun (2003-2008), kepimpinan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, telah mencipta impak besar...