Cinta Jer Gaiss! Statistik Tunjuk Sehari 2 Kes Bunuh Diri Di Malaysia

Share

Kes pelajar sekolah berusia 14 tahun yang cuba bunuh diri selepas cinta ditolak semalam mungkin dianggap luar biasa bagi golongan dewasa. Ramai menyebut bunga bukan sekuntum, jauh lagi masa depan. Cinta je pun, itu pun nak terjun dan pelbagai tanggapan lain.

Namun bila korang membaca laporan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pasti korang terkejut. Tahukah, sejak 2014,  800,000 orang mati akibat bunuh diri seluruh dunia menjadikan kematian bunuh diri lebih tinggi dari kemalangan, peperangan dan sebab lain.

Lebih ngeri, dikatakan 1 kejadian bunuh diri berlaku dalam tempoh 40 saat. Pergh, tak sempat nak ngucap senafas!

Cubaan seorang pelajar sekolah bunuh diri semalam menjadi berita gempar selepas cintanya ditolak

 

 

Remaja ini akui berasa sakit hati lepas cintanya ditolak

Di sebalik fakta di seluruh dunia, korang tahu tak bahawa kajian yang dilakukan oleh pungutan data Pusat Registri Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia (NSRM-National Suicide Registry Malaysia) mendapati sekurang-kurangnya dua orang membunuh diri setiap hari dengan kadar purata 60 orang dalam sebulan.

Kaum India mempunyai kadar yang tertinggi (3.67: 100,000), diikuti Cina (2.44 : 100,000) dan Melayu (0.32 : 100,000) dalam setiap 100,000 kes bunuh diri. Namun begitu, ramai pakar berpendapat jumlah sebenar jauh lebih tinggi. Anggarannya, hampir 2,500 kes bunuh diri setiap tahun atau secara puratanya tujuh kes setiap hari.

Terkejut tak? Lebih buat korang tak percaya fenomena bunuh diri di Malaysia kini didapati menyamai trend bunuh diri di AS.

Masa yang sama kalau korang nak tahu, satu per tiga daripada rakyat Malaysia menghadapi masalah kemurungan. Kajian yang dibuat berdasarkan tinjauan Kesihatan Morboditi Kebangsaan (NHMS) mendapati  29.2% rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas ada masalah depresi.

Hah, jadi tak hairanlah adik semalam tu, yang agak tertekan dan berasa sakit hati apabila cintanya ditolak mengambil keputusan untuk terjun dari bangunan dua tingkat kerana dia rasa kecewa.

Korang yang lebih dewasa pun tentunya faham bila patah hati niekan. Sakitnya susah nak cakap! Kajian juga menunjukkan remaja berusia antara 15-29 tahun paling tinggi membunuh diri.

Tentu korang masih ingat kes seorang pelajar yang dituduh mencuri telefon bimbit gurunya yang mana pelajar itu kemudian bertindak membunuh dirinya dan menulis nota dia tidak mencuri pun!

Lebih menakutkan ialah anggaran bahawa bagi setiap seorang individu yang mati akibat bunuh diri, ada 20 orang lagi yang cuba untuk membunuh diri.

Bunuh diri adalah pilihan bagi mereka yang mahu mengakhiri kehidupan dengan sangat cepat

Kajian yang sama turut merekodkan bahawa menggantung diri cara paling popular untuk membunuh diri, diikuti oleh pengambilan racun serangga dan terjun dari tempat yang tinggi.

Gejala bunuh diri juga sering berlaku dalam kalangan pesakit mental kronik, seperti skizofrenia, kecelaruan personaliti, dan mereka yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah serta alkohol.

BACA SINI : Kenali 7 Jenis Kemurungan, Penyakit Ini Boleh Dirawat

LAGI : 3 Kali Cuba Bunuh Diri, Pelajar Universiti Ini Hanya Jadi Penyedap Rakan Kuliah

LAGI : 6 Selebriti Bunuh Diri Akibat Depresi 

Bunuh diri sering dikaitkan dengan tekanan (stress) kerana secara rasionalnya tiada individu sihat dan seronok menjalani kehidupan, sanggup mengambil keputusan sebegitu.

Lebih buruk jika sistem sokongan masyarakat lemah, membuatkan mereka melihat bunuh diri sebagai satu-satunya jalan menyelamatkan keadaan.

“Ada juga individu tiada masalah kemurungan, tetapi masalah bertimpa-timpa dalam satu masa seperti gagal dalam peperiksaan, putus cinta, berhutang dan dibuang keluarga menyebabkan mereka tidak mem­punyai cara lain untuk mengakhirinya.

Di China sahaja, merekodkan rakyatnya paling ramai membunuh diri berbanding rakyat negara lain. Dianggarkan lebih 300,000 rakyatnya membunuh diri, lebih 10 kali ganda daripada jumlah bunuh diri di Amerika Syarikat. Jepun dan Korea juga menunjukkan antara negara yang rakyatnya ramai membunuh diri.

Jadi isu bunuh diri bukan isu gurauan semata-mata. Ayat-ayat bunga bukan sekuntum, cinta je dik, bersepah perempuan lain atau apa saja jenaka tak perlu dijadikan satu jenaka kerana orang yang alami tekanan langsung tak nak fikirkan apa korang cakap begini. Bagi mereka bila dah tak selesai semua masalah. Jadi kalau korang tahu mana-mana kawan yang alami kemurangan atau ada masalah, jadilah pendengar yang baik ya kerana ia juga satu ibadah.

Nie kes orang tua bunuh diri sebab cinta ditolak

Kecewa kerana putus cinta, seorang lelaki maut selepas dia menikam dada dan mengelar pergelangan tangan kirinya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bayan Baru.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa berusia 38 tahun dan bekerja sebagai kerani akaun ditemui sudah meninggal dunia oleh bapa saudaranya.

Siasatan polis dapati mangsa baru putus cinta empat hari dengan teman wanitanya.

Menurutnya, sejak itu mangsa dilihat kemurungan dan tidak dapat menerima hakikat selain turut kerap memberitahu ahli keluarga mahu membunuh diri.

“Dia juga ada menghantar kiriman WhatsApp kepada ibu dan bapa saudaranya memberitahu dia sudah menikam diri sendiri pada 2.30 pagi. Bagaimanapun, bapa saudaranya itu sudah tidur dan hanya menyedari kiriman mesej terbabit pagi tadi sebelum pergi ke rumah mangsa.

Jadi kes bunuh diri ini bukan berlaku pada remaja saja tapi juga golongan dewasa.

Published by
Almaswa Haji Che Ros