Drama bersiri terbaru di slot Lestary, Melur Untuk Firdaus akan bermula pada 27 Mei ini setiap jam 9 malam; setiap hari Rabu hingga Sabtu.
Diterajui oleh Meerqeen dan Anna Jobling yang masing-masing lahir daripada pencarian Hero Remaja 2020 dan Dewi Remaja 2018/2019, ramai tidak sabar untuk menyaksikan gandingan dua pelakon ini.
Buat Anna yang ditemui REMAJA sewaktu sebuah acara baru-baru ini, dia menyifatkan pengalaman ini sebagai sesuatu yang baharu memandangkan dia belum pernah lagi menjadi teraju utama.
“Ini merupakan kali pertama saya memegang watak utama dalam sebuah drama atau filem; dan jujurnya ia sedikit scary
. Sebelum Anna masuk ke set Melur Untuk Firdaus, Anna telah pergi ke kelas lakonan untuk kaji karakter dan skrip supaya bila Anna mulakan penggambaran Anna tidaklah datang dengan ‘tangan kosong’.“As usual I did my homework and preparation kerana saya ingin berikan yang terbaik untuk Melur Untuk Firdaus,” kongsi Anna. Mengakui dirinya sedikit cemas sebelum sertai produksi, namun Anna cepat boleh bergaul dengan mereka ibarat famili.
Melur diibaratkannya sebagai seorang anak tunggal yang easy going dan sentiasa berfikiran positif. Pada waktu yang sama, Melur juga pernah mengalami trauma dan insiden di masa lampau.
Penulis tidak melepaskan peluang untuk bertanya mengenai perhubungannya denganr akan pelakon dalam drama Melur Untuk Firdaus iaitu Meerqeen. Jelas terpancar kemesraan yang dalam sedikit content
yang mereka berdua muat naik ke media sosial.Ada apa-apa ke Anna dengan Meerqeen?
Sedikit tersipu apabila diajukan soalan tersebut, Anna menyifatkan chemistry mereka tercetus kerana mereka berdua pernah bekerjasama dalam projek terdahulu.
“Anna senang bekerja dengan Meerqeen. Dalam bab cinta lokasi, itu bukanlah fokus Anna buat masa ini. Yang penting adalah masuk ke set dan bekerja. Tapi Anna senanglah bekerja dengannya,” ulasnya ringkas.
Soal lelaki buat masa ini nyata bukanlah perkara utama dalam mindanya. Namun, saat ditanya jika Meerqeen mempunyai ciri-ciri lelaki idaman Anna, dia hanya menjawab, “Ada. Adalah sedikit.”
“Meerqeen kelakar. Dia juga menghormati saya dan keluarga saya. Kami selalu bertanyakan khabar masing-masing. (Ketawa) And he is always willing to help out. Tapi sampai tahap itu sahajalah. Nak kata bercinta, belum lagi,” kongsinya secara eksklusif.
Kalau betul pun bercinta, apa salah? Sama cantik sama padan, why not?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.