Nampaknya, bukan seorang saja selebriti Hollywood bernama Jennifer yang mencari semula kekasih lamanya; seperti yang berlaku kepada Jennifer Lopez dan Ben Affleck pada pertengahan tahun ini.
Jennifer Aniston pun mungkin sekali cuba untuk bersama dengan pasangan lamanya!
Bukan dengan Brad Pitt, tidak.. bukan juga dengan Justin Therouxyang dikahwininya pada tahun 2015.
Kali ini, Jennifer disebut-sebut kembali rapat dengan bekas pasangannya dalam siri televisyen popular, Friends iaitu David Schwimmer!
Sejak semalam lagi, internet menjadi tidak keruan dengan gosip kononnya duo ‘Ross dan Rachel’ ini semakin rapat selepas mereka kerap bertemu sejak rakaman episod Friends Reunion yang keudara pada bulan Mei, tahun ini.
*
Ads
Dalam siri Friends, Ross & Rachel digambarkan sebagai pasangan on-off, on-off… and on again (!) sepanjang 10 musim ia ditayangkan. Bagaimanapun dalam kehidupan sebenar, Jennifer mahupun David tidak pernah cuba memulakan bibit cinta di antara mereka.
Ini kerana masing-masing merasakan ‘timing’-nya tidak pernah kena’.
Jika salah seorang single, seorang lain pula sedang terlibat dalam perhubungan lain.
Jen dan David mengaku mempunyai perasaan crush sejak penggambaran Friends musim pertama lagi disebabkan chemistry yang tercetus di antara mereka. Namun, mereka hanya kekal sebagai kawan baik dan tidak lebih daripada itu.
Bak kata Jen, apa-apa perasaan sayang yang wujud di antara dirinya dan David akan disalurkan ke watak Ross dan Rachel. Mungkin sebab itulah, Friends menjadi siri televisyen komedi paling popular dalam sejarah penerbitan Warner Brothers.
*
Well, well.. tiga bulan telah berlalu sejak mereka menidakkan gosip cinta.
Tiba-tiba saja semalam, gosip tersebut timbul semula dan peminat Friends terus teruja!
Menurut sumber terdekat majalah Closer, Jen dan David semakin rapat sejak episod Reunion tersebut. David dikatakan sanggup membeli tiket penerbangan untuk bersama dengan Jen di Los Angelas.
“Dalam episod reunion yang memperkatakan sejarah di antara mereka, masing-masiing cuba meletakkan ke tepi sebarang rasa cinta yang pernah wujud. Tapi kini, mereka lebih selesa berbalas mesej. Hanya pada bulan lalu, David ‘terbang’ dari New York semata-mata untuk bertemu Jen di LA.”
Ads
“Mereka hanya luangkan masa di rumah Jen di mana dia menyediakan makan malam dan masing-masing berborak dan ketawa bersama,” ulas sumber tersebut.
..hari ini, wakil David Schwimmer meredakan gosip tersebut dan menidakkan harapan peminat Friends yang ingin menyaksikan ‘Ross dan Rachel’ bercinta dalam kehidupan sebenar.
Jelas mereka kepada BuzzFeed News, ura-ura cinta yang wujud adalah tidak benar. *URGH*
Tapi, kita semua masih boleh berharap, bukan? Come on, they deserve a love story fairytale.
Apapun,
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon drama popular Wanita Syurga itu telah menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM3,000 manakala wang hantaran dirahsiakan.
Majlis bertemakan rona putih itu diadakan secara sederhana di Forest Valley Hall, Cheras, dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
Menjengah ruangan komen menerusi hantaran di Instagram TV3, rata-rata warganet turut menumpang gembira selain mengucapkan tahniah buat Redza dan Bella.
Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli itu pernah bergandingan menerusi satu naskhah berjudul Luruhnya Bunga Cinta yang ditayangkan di TV3.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram TV3
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menerusi perkongsian sama, pasangan merpati dua sejoli itu tampil sama cantik dan sama padan mengenakan baju melayu dan kurung berona putih suci.
Selain itu, dia menzahirkan kesyukuran dan gembira untuk memulakan perjalanan sebagai seorang suami, selain berharap semua peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan isteri.
“Alhamdulillah syukur. Bermula satu perjalanan baru dalam hidup kami. Terima kasih semua yang mendoakan yang baik untuk kami.
“Semoga doa yang baik kembali semula dekat kalian,” coretnya menerusi ruangan kapsyen.
Sekadar informasi, Fizi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga bersama.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang puteri yang bernama Nurul Ameena Sofia pada tahun 2019.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setiap manusia diciptakan berpasangan, termasuklah jodoh kita yang telah ditentukan oleh Allah SWT sebelum lahir ke dunia lagi.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud korang hanya perlu menunggu sehingga jodoh tu datang sendiri tanpa berusaha. Kalau duduk saja pun, jodoh tak datang bergolek tau.
Oleh sebab tu korang kena teruskan usaha untuk mendapatkan jodoh yang baik. Ada beberapa tempat yang korang boleh try untuk cari calon. Dah alang-alang tu boleh la cuci-cuci mata sikit, mana la tahu ada jodoh kan. Hiks!
1. Media sosial
Dah ramai juga yang bertemu jodoh di media sosial. Bermula dengan hanya saja-saja ‘add friend’, siapa sangka perkenalan di media sosial boleh berakhir di jinjang pelamin.
Tapi, korang jangan pula suka-suka nak bagi maklumat peribadi pada mereka selagi belum betul-betul kenal. Selidik dulu latar belakang mereka dan kalau dah benar-benar yakin, barulah teruskan dengan usaha seterusnya.
2. Majlis kenduri
Tak kisahlah kenduri kahwin ke, kenduri aqiqah atau mungkin birthday party kawan-kawan korang pun boleh jadi tempat untuk bertemu dengan ramai orang. Time ni la korang nak ‘usha-usha’ tetamu yang datang.
Kalau malu nak approach, mintalah bantuan tuan rumah untuk mempertemukan korang dengan calon pilihan tu. Tak salah gunakan orang tengah untuk memudahkan urusan.
3. Aktiviti sosial
Janganlah asyik duduk rumah je. Bila weekend try aktifkan diri dalam aktiviti sosial bersama masyarakat. Contohnya korang boleh join organisasi-organisasi sukarelawan atau pun sertailah fun run ke.
Selain daripada melakukan perkara berfaedah, di situ juga korang berpeluang untuk mengenali dengan lebih ramai orang.
4. Majlis ilmu
Kalau nak jumpa dengan orang yang baik-baik, rajin-rajinlah pergi ke majlis ilmu. Mungkin juga korang kenalan korang disana mempunyai adik atau abang/kakak, ini pun siapa tahu kalau calon-calon jodoh kan? Hehe..
5. Website cari jodoh
Jangan memperlekehkan agensi-agensi mencari jodoh sebab tak dinafikan, cara ini juga adalah antara yang paling berkesan untuk korang bertemu jodoh.
Ada ramai calon yang mendaftar, korang boleh pilih mana yang berkenan dan cuba untuk berkenal an. Kalau sesuai Alhamdulillah, tetapi kalau tak, usaha la untuk mencari lagi. Yang penting dah try kan?
Walau bagaimanapun, ini hanyalah sebagai ikhtiar untuk korang bertemu jodoh. Jangan putus asa selagi belum jumpa yang sesuai. Nak dapat yang terbaik kenalah sabar sikit.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Golongan muda diingatkan agar tidak terlalu memilih dalam mendapatkan pekerjaan sebelum peluang berkenaan direbut oleh orang lain terutamanya warga asing.Seorang anak muda berusia 20 tahun dari Kampung...