Cinta ‘Ross & Rachel’ Digosip Bertaut Semula Sejak Episod Reunion, TAPI..

Share

 

Ouh, ouh

Nampaknya, bukan seorang saja selebriti Hollywood bernama Jennifer yang mencari semula kekasih lamanya; seperti yang berlaku kepada Jennifer Lopez dan Ben Affleck pada pertengahan tahun ini.

Jennifer Aniston pun mungkin sekali cuba untuk bersama dengan pasangan lamanya!

Bukan dengan Brad Pitt, tidak.. bukan juga dengan Justin Theroux yang dikahwininya pada tahun 2015.

Kali ini, Jennifer disebut-sebut kembali rapat dengan bekas pasangannya dalam siri televisyen popular, Friends iaitu David Schwimmer!

Sejak semalam lagi, internet menjadi tidak keruan dengan gosip kononnya duo ‘Ross dan Rachel’ ini semakin rapat selepas mereka kerap bertemu sejak rakaman episod Friends Reunion yang keudara pada bulan Mei, tahun ini.

*

Dalam siri Friends, Ross & Rachel digambarkan sebagai pasangan on-off, on-off… and on again (!) sepanjang 10 musim ia ditayangkan. Bagaimanapun dalam kehidupan sebenar, Jennifer mahupun David tidak pernah cuba memulakan bibit cinta di antara mereka.

Ini kerana masing-masing merasakan ‘timing’-nya tidak pernah kena’.

Jika salah seorang single, seorang lain pula sedang terlibat dalam perhubungan lain.

Jen dan David mengaku mempunyai perasaan crush sejak penggambaran Friends musim pertama lagi disebabkan chemistry yang tercetus di antara mereka. Namun, mereka hanya kekal sebagai kawan baik dan tidak lebih daripada itu.

Bak kata Jen, apa-apa perasaan sayang yang wujud di antara dirinya dan David akan disalurkan ke watak Ross dan Rachel. Mungkin sebab itulah, Friends menjadi siri televisyen komedi paling popular dalam sejarah penerbitan Warner Brothers.

*

Well, well.. tiga bulan telah berlalu sejak mereka menidakkan gosip cinta.

Tiba-tiba saja semalam, gosip tersebut timbul semula dan peminat Friends terus teruja!

Menurut sumber terdekat majalah Closer, Jen dan David semakin rapat sejak episod Reunion tersebut. David dikatakan sanggup membeli tiket penerbangan untuk bersama dengan Jen di Los Angelas.

“Dalam episod reunion yang memperkatakan sejarah di antara mereka, masing-masiing cuba meletakkan ke tepi sebarang rasa cinta yang pernah wujud. Tapi kini, mereka lebih selesa berbalas mesej. Hanya pada bulan lalu, David ‘terbang’ dari New York semata-mata untuk bertemu Jen di LA.”

“Mereka hanya luangkan masa di rumah Jen di mana dia menyediakan makan malam dan masing-masing berborak dan ketawa bersama,” ulas sumber tersebut.

AKAN TETAPI..

..hari ini, wakil David Schwimmer meredakan gosip tersebut dan menidakkan harapan peminat Friends yang ingin menyaksikan ‘Ross dan Rachel’ bercinta dalam kehidupan sebenar.

Jelas mereka kepada BuzzFeed News

, ura-ura cinta yang wujud adalah tidak benar. *URGH*

Tapi, kita semua masih boleh berharap, bukan? Come on, they deserve a love story fairytale.

Apapun,

Published by
Team Remaja