Untitled design (2)

Allahhuakbar. Beruntungnya bagi insan-insan terpilih ini. Bagaikan sudah berjanji untuk sehidup semati di bumi ambia yang turut menempatkan makam Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW dan para syuhadah, pasangan suami isteri Ismail dan isterinya, Rohani binti Dollah dijemput Allah selang dua hari.

Ternyata Madinah menjadi saksi cinta sejati, sehidup semati buat keduanya. Bermula dengan hanya demam ketika mengerjakan umrah, arwah Ismail meninggal pada 23 Disember dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Baqi.

Cinta Sejati, Sehidup Semati!  Suami Isteri Meninggal Selang 2 Hari Di Madinah Ketika Umrah

Cinta Sejati, Sehidup Semati!  Suami Isteri Meninggal Selang 2 Hari Di Madinah Ketika Umrah

Cinta Sejati, Sehidup Semati!  Suami Isteri Meninggal Selang 2 Hari Di Madinah Ketika Umrah

Disaat masih bersedih dengan kehilangan insan tercinta seperti dikongsikan oleh anaknya, Mohd Fikri Ismail di fb miliknya yang memaklumkan agar insan mengenali mendoakan arwah ayahnya.

Ya Allah..kau ampunilah dosa2 ayahku,dimaklumkan ayah saya baru meninggal dunia di madinah jam 12 tenaghari waktu Malaysia, minta sahabat-sahabat semua doakan arwah ayah saya..

Namun dua hari kemudian, sekali lagi beliau memaklumkan yang arwah ibunya turut menyusul pemergian suami tercinta.

Ya Allah hari ini kau uji keluarga ku lagi..ibu ku dijemput oleh MU di tanah suci madinah. Sungguh berat dugaan untukku dan family. Sahabat2 sekalian ibu saya Rohani bt Dollah sudah pergi buat selamanya..sungguh beratku nak terima semua ini..doakan arwah ayah dan ibu saya..

Ads
Cinta Sejati, Sehidup Semati!  Suami Isteri Meninggal Selang 2 Hari Di Madinah Ketika Umrah

Walau agak berat untuk menerima dugaan sebesar itu namun beliau adik beradik redha dengan ujian Allah taala.

Malah beliau turut membuat perkongsian di fbnya mengenai kisah kedua ibu bapanya.

20/12 – Kakak ipar minta tolong tanyakan khabar Mak Ayahnya di Mekah. Mereka datang umrah dengan Imraan Khalifakota punya Travel. Jadi lepas Isyak, aku ke Hotel Al Massa bilik 407. Kedua2nya dalam keadaan demam. Sempat la bersembang lebih kurang 1/2 jam.

Ads

23/12 – Pagi Subuh waktu Mekah, aku terima panggilan kecemasan daripada Ustaz Imran maklumkan akan kematian Ayah kakak ipar di Hotel Durrat Andalus, Madinah. Jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Baqi', alhamdulillah.

25/12 – Jam 3 petang waktu Malaysia, aku selamat tiba di KLIA. Buka hp, dapat mesej daripada kakak ipar beritahu Maknya plak meninggal di Madinah. Jenazahnya akan dikebumikan di Perkuburan Baqi'.
Allahuakbar! Berat ujian yang ditanggung kakak ipar, Fieza Alya Hafidz dan seluruh keluarganya. Kehilangan insan tersayang kedua2nya sekali dalam masa terdekat. Moga kak Zah sekeluarga tabah, redha dan gembira dengan ujian ini.

Sesungguhnya.. Inilah kematian yang amat dicemburui oleh semua umat Islam, meninggal di Kota Suci Madinah. Kematian itu memang pasti & kita pastinya bersedih. Tapi gembira la sebab meninggalnya di Kota Suci Madinah.
Cinta Sejati, Sehidup Semati!  Suami Isteri Meninggal Selang 2 Hari Di Madinah Ketika Umrah

Ads

Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا ؛ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا
Maksudnya: Siapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di sana.

Hadith riwayat al-Tirmidzi: (3917)
https://muftiwp.gov.my/…/3356-al-kafi-1244-kelebihan-mening…

Salam Takziah! Kak Zah & anak2 Ma dan Ayah. Mereka akan mendapat syafaat Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Maka, bersyukur la.. Sedih dalam gembira.
اللهم اغفر لهما وارحمهما وعافهما واعف عنهما

Sumber : Mohd Fikri Ismail

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI