Selalunya remaja yang baru berusia 19 tahun sibuk mentelaah pelajaran ataupun berulang-alik pergi ke kolej, tetapi lain pula kisahnya dengan remaja ini yang bakal ‘berjalan-jalan’ di angkasa lepas!
Gadis bernama Zainab Azim ini boleh dianggap bertuah setelah ibu bapanya membelikan ‘tiket penerbangan’ ke angkasa lepas di bawah kelolaan suborbital Virgin Galactic kerana dia sentiasa berminat dengan ekplorasi angkasa lepas sejak berusia 11 tahun. Tiket yang dibeli itu dilaporkan bernilai AS$250,000 atau kira-kira RM1,050,000.
Kini setelah 8 tahun berlalu, Zainab Azim bakal memahat sejarah sebagai pelancong angkasa lepas berhijab pertama, ever. Begitupun, Zainab bukanlah wanita Islam pertama ke angkasa lepas.
Masa yang agak lama ini terpaksa diambil oleh Zainab kerana pelancong ke angkasa lepas perlu mencukup had usia tertentu sebelum layak menaiki kapal angkasa yang disediakan.
Ketika ditemui pada sambutan Hari Antarabangsa Untuk Wanita & Gadis dalam Sains Ekspo 2020 Dubai, Zainab yang juga merupakan pengasas-bersama organisasi Global Initiative and Vision for Education berkata, dia melihat peluang ini sebagai satu perkembangan positif agar lebih ramai lagi wanita yang akan mencipta peluang dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
Untuk pengetahuan, sehingga kini terdapat 600 pemegang tiket Virgin Galactic dari seluruh dunia yang sedang menunggu giliran untuk berpeluang menaiki kapal angkasa itu. Setelah penerbangan penumpang pertama telah membawa pemilik Virgin, Richard Branson pada musim panas tahun lalu, Virgin Galactic mengumumkan operasinya akan disambung semula pada akhir tahun ini.
Justeru, Zainab mungkin perlu menunggu beberapa tahun lagi sebelum gilirannya tiba. Namun rasa teruja tetap dirasai oleh remaja itu.
Seronoknya dapat jalan-jalan di angkasa lepas kan….
BACA LAGI : Main Kutu Cara Selamat, Guna Akaun Bank Sendiri Tolak Duit Setiap Bulan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Astro Awani