Twitter bakal tampil dengan ciri baru yang membolehkan pengguna untuk menghantar ciapan dalam bentuk audio.
Wow…menarik ni, sesuai buat korang yang malas nak taip panjang-panjang.
Ads
Ya, ciri ini agak sama dengan ciri yang ada di WhatsApp kan? Namun pada ciri terbaru di Twitter ini, pengguna hanya dibenarkan menghantar klip audio sepanjang 140 saat pada satu-satu masa. Jika audio yang lebih panjang ingin dihantar, aplikasi secara automatik akan menghasilkan bebenang bersambung untuk ciapan audio seterusnya.
Ads
Pada waktu ini, ciri ini hanya diaktifkan pada sebilangan kecil pengguna aplikasi iOS sebelum diberikan kepada semua pengguna iOS dalam masa beberapa minggu. Tiada maklumat bilakah ia akan diberikan pula kepada pengguna aplikasi Android.
Tahun ini melihat Twitter memperkenalkan pelbagai ciri baharu seperti menghantar ciapan yang tidak boleh dibalas dan melihat ciapan semula dengan komen dalam tab tersendiri. Kesemua ciri-ciri ini adalah bagus tetapi kita semua tahu yang benar-benar diinginkan ialah ciri menyunting ciapan yang telah dihantar. Ia juga untuk memudahkan semua pengguna Twitter.
Ads
Sesuai la buat korang yang malas nak menaip, lepas ni senang cuma ciapan audio jelah. Ish, tak sabar la nak tunggu ciri terbaru dari twitter ni.
Baru-baru ini, kami telah pun berkongsi tentang kebolehan seorang pelajar Matrikulasi yang berjaya menghasilkan satu alat khas membuka pintu tanpa menggunakan kunci.
Kini, seorang lagi pelajar sekolah yang baru saja berumur 14 tahun berjaya menghasilkan powerbank sendiri.
Pergh, power-power remaja Malaysia ni..
Menurut perkongsian Aaoisora di laman twitternya, adiknya telah menghadiahkannya sebuah powerbank buatan sendiri gara-gara lelaki itu mengadu belum dapat gaji untuk beli powerbank.
Sweetnyaa adik dia!
To those yang tertanya boleh charge ke. Inilah hasilnya adik saya cipta semalam 😁❤ Adik saya kata dia akan improve lagi powerbank ni 😬 Thankyou guys sebab support adik saya 😊❤ Semoga adik kalian akan membantu kalian juga 😊 pic.twitter.com/kEL7aXZy1m
Walaupun ciptaannya masih tidak sempurna, namun usaha dan kebolehan yang dimiliki oleh adiknya itu harus dipuji. Baru belajar di Tingkatan 2 dah mampu untuk cipta powerbank sendiri. Kita dulu masa form 2 masih samar-samar lagi nak tengok masa depan. Hiks!
Apa-apa pun kami ucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat adik kepada Aaoisora. Belajar rajin-rajin, potensi tu ada. Kutip lagi ilmu-ilmu daripada para guru. InsyaAllah adik boleh lebih berjaya.
All the best!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini jenama gajet Apple melancarkan tiga model serentak, tahun 2020 dijangka mereka akan mengeluarkan lagi 7 model iPhone menurut ramalan penganalisa di Rosenblatt.
Teknologi rangkaian 5G juga turut diperkenalkan kerana semakin banyak negara dunia yang menawarkan rangkaian selular terkini yang mampu memberikan kelajuan muat turun sehingga 7Gbps.
Model yang akan dilancarkan khabarnya adalah iPhone SE2 4G, iPhone 12 4G, iPhone 12 Pro 4G, iPhone 12 Pro 5G, iPhone 12 Pro Plus 4G, iPhone 12 Pro Plus 5G dan iPhone 12 Pro Max 5G. iPhone SE2 4G dengan skrin sebesar 5.1 akan dilancarkan pada awal tahun hadapan tanpa sebarang model dengan sokongan 5G.
Berkenaan dengan saiz skrin pula, iPhone 12 hadir dengan saiz skrin yang sama seperti iPhone 11 iaitu 6.1-inci. iPhone 12 Pro dengan skrin yang lebih kecil iaitu 5.4-inci, manakala iPhone 12 Pro Max hadir dengan saiz 6.1-inci.
Harga jualan model 5G khabarnya sehingga $200 (lebih kurang RM830) lebih mahal berbanding model 4G.
Sama-sama kita nantikan sama ada khabar ini adalah benar atau tidak.
Jeng jeng jeng, pengguna Twitter bakal tampil dengan ciri baru yang membolehkan pengguna untuk memuat naik kandungan yang hanya kekal selama 24 jam sebelum dihapuskan.
Eh…menarik ni tapi macam sama dengan story di instagram pula kan.
Ya, ciri ini agak sama dengan ciri yang ada di Instagram kan?
Fleets menawarkan ciri yang lebih kurang sama, memudahkan korang menambah teks, gambar dan video pada perkongsian “Fleets”, dan ia akan hilang selepas tempoh 24 jam. Pengguna juga turut boleh berkongsi Tweet dalam Fleets.
Ciri baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Twitter seluruh dunia bermula semalam.
That thing you didn’t Tweet but wanted to but didn’t but got so close but then were like nah.
Sabar ye semua, Fleets akan dilancarkan kepada semua pengguna di seluruh dunia dalam beberapa hari akan datang menerusi aplikasi Twitter pada iOS dan Android.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, menegaskan bahawa Gegar Vaganza adalah sebuah jenama yang kukuh dan berprestij, yang bertujuan untuk mengangkat semula nama penyanyi...