Instagram nampaknya bakal melancarkan fungsi baru, iaitu Sticker yang akan menggantikan ciri ‘Swipe Up’ bermula 30 Ogos depan.
Seperti yang korang tahu, penggunaan swipe up membolehkan pemilik akaun IG yang mempunyai jumlah pengikut 10,000 ke atas meletakkan link untuk followers mereka terus mengakses informasi dengan lebih mudah.
Menurut Instagram, fungsi baharu pautan stickers ini diperkenalkan untuk meluaskan lagi ciri perkongsian pautan itu kepada semua pengguna mereka.
Fungsi baharu ini masih menggunakan pautan swipe up tetapi ia lebih mudah dengan hanya perlu menekan pada sticker tersebut dan akan terus membawa pengguna ke pautan berkenaan.
Beberapa pengguna sudah pun menerima notifikasi tersebut untuk menggantikan ciri swipe up dengan sticker link itu. Salah seorangnya adalah YouTuber terkenal, Sam Sheffer yang turut memuat naik ciapan di twitter memaklumkan tentang hal ini.
Ada beberapa kelebihan yang bakal diperoleh pengguna dengan ciri terbaharu ini, antaranya pemilik akaun boleh mengawal dalam membuat hantaran di ‘stories’ kerana sticker link ini boleh berubah gaya, ukurannya malah boleh diletakkan di mana sahaja untuk meningkatkan engagement.
Selain itu, pengguna lain yang melihat ‘stories’ dengan sticker link ini juga boleh meninggalkan komen sama seperti stories lainnya. Sebelum ini kalau posting swipe up korang tak boleh tinggalkan komen kan?
Nampaknya semua jadi lebih mudah dengan adanya ciri stickers terbaharu ini. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan kemunculannya pada 30 Ogos depan.
Sumber: (1)