Jangan sampai kena air mata, nanti batal wuduk. Inilah yang selalu kita dengar dari mulut orang tua menyuruh berhati-hati mencium jenazah.
Bagi yang kurang arif atau tak tahu dan mempercayainya, dengan air mata diseka kita mencium arwah bapa, arwah ibu, arwah suami, arwah isteri, adik beradik, anak-anak dan lain lagi dengan sepantasnya. Bimbang jika air mata kita itu membatalkan wuduk jenazah.
Benarkah batal wuduk pada jenazah seperti yang selalu orang tua cakap? Padahal itulah ciuman kasih terakhir kita untuk orang yang kita kasihi di dunia ini.
REMAJA menemuramah Pengurus Jenazah Masjid Ikhlasiah Bukit C2 Pantai Dalam Kuala Lumpur, Ustaz Hamdan Haji Mohd Yusof yang sudah lebih 20 tahun berpengalaman dalam pengurusan jenazah.
“Tiada istilah batal wuduk pada jenazah kerana orang yang sudah meninggal dunia semua amalannya sudah terputus di dunia,”demikian jelas Ustaz Hamdan.
Ads
Tambahnya lagi, yang batal wuduk ialah pada orang yang menciumnya seperti suami/ isteri sahaja atau mana-mana hubungan yang bukan mahram. Sebagai contoh, anak saudara mencium jenazah bapa saudara dan lain lagi.
“Kalau adik beradik mencium jenazah adik beradiknya pun tak batal wuduk pada yang mencium itu. Sebagaimana hubungan semasa masih hidup iaitu siapa yang boleh kita salam dan siapa yang kita tak boleh salam, itulah juga pada soal batal wuduk pada yang mencium jenazah ini,”katanya memaklumkan, jika suami meninggal dan isteri mencium dahi untuk penghormatan terakhir, yang batal adalah wuduk isteri di mana isteri perlu mengambil semula wuduk jika ingin sama mengikut solat jenazah.
Ads
“Hal yang sama jika isteri meninggal dan suami mencium dahinya. Suami perlu ambil wuduk semula kalau nak solat jenazah. Tapi kalau anak-anak mencium jenazah ibu, ayah, nenek dan sebagainya, tiada istilah batal wuduk pada yang menciumnya dan boleh ikut terus solat jenazah,”katanya memaklumkan orang sudah meninggal tiada istilah batal air wuduk pun.
Menangislah kerana ia emosi kesedihan
Ads
Jelas Ustaz Hamdan, sesiapa sahaja yang kehilangan orang disayangi, adalah wajar untuk berasa sedih dan mengeluarkan air mata. Ia berkaitan dengan emosi dan perasaan sedih dan tidak salah untuk kita berasa sedih ketika mencium jenazah. Tiada istilah air mata membatalkan wuduk jenazah walau jenazah memang diwudukkan selepas selesai dimandikan.
“Yang dilarang sama sekali ialah meratap, meraung atau mengoyak-goyak sesuatu seperti kain seolah-olah kita tidak boleh menerima hakikat orang yang kita kasihi sudah tiada. Ini dilarang sama sekali dan perbuatan seumpama ini seperti orang di zaman jahiliyah. Hidup lawannya mati dan begitulah sebaliknya. Kita boleh menangis, ia melibatkan emosi dan perasaan dan hal itu tidak salah.
“Kita dilarang sama sekali mengeluh atau meratapi mayat dengan kata-kata dan perbuatan yang menampakkan kegelisahan dan hilang kesabaran seperti menyebut peribadinya dengan kata-kata aduhai baiknya atau mulianya dia.Dan perbuatan menepuk dada, mengoyak baju dan sebagainya adalah haram. Rasulullah SAW telah melarangnya dengan tegas dalam beberapa hadis yang sahih kerana ia bertentangan dengan kepatuhan kepada Allah dan kesediaan menerima qada dan qadar dariNya,”kata Ustaz Hamdan lagi.
Pada yang kehilangan itu, ciumlah jenazah sepuasnya.Biarlah air mata kita terkena pada jenazah pun, tidak ada apa yang terbatal pun seperti mana orang tua selalu bagi nasihat. Ya peluklah dan menangislah kerana itu pelukan terakhir kita untuk orang kita sayangi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak tertumpu kepada orang muda dan remaja, kini aplikasi TikTok turut digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Tapi korang tahu tak sebenarnya TikTok ini mampu menjana pendapatan yang lumayan.
Jika sebelum ini TikTok yang dikenali sebagai Charli D’Amelio menjadi orang pertama yang memiliki lebih 100 juta pengikut di akaun miliknya. Lantas, dia dengan mudah mampu menjana pendapatan menggunakan akaun TikTok tersebut sehingga ke hari ini hasil daripada populariti menari.
Orang muda dari Malaysia tidak kurang hebatnya, seorang pengguna media sosial Twitter, @razharaman telah memuat naik satu gambar, di mana seorang individu mengaku terima bayaran yang tinggi sepanjang beliau menjadi content creator atau pencipta kandungan.
Jadi content creator dekat Tiktok boleh dapat income RM 4K monthly and weekly ranking boleh dapat RM 10K – 20K fuhhh really a good pay
Melalui tangkap layar kenyataan individu terbabit, dia mengaku bahawa dia adalah seorang pelajar ijazah sarjana muda dan dalam masa yang sama beliau juga seorang pencipta kandungan.
“Purata pendapatan saya di TikTok selama sebulan ialah kira-kira $1,000 (RM4,000 sesuatu). Jumlah tertinggi yang saya perolehi $2,600 (RM12,000). Saya memperoleh daripada hadiah video, ulasan (kadang-kadang) dan hadiah di Live (selalunya). Saya lakukan Live hampir setiap hari atau di masa lapang. Saya mendapat minimum $50 sehari selama 2 jam (berdasarkan pemerhatian saya),” kata individu terbabit.
Selain itu, beliau turut akui bahawa ada pencipta kandungan yang berjaya mendapat sehingga RM10,000 sehingga RM20,000 sebulan.
Kenyataan ini turut disokong oleh beberapa individu di Twitter yang mengakui bahawa mereka mendapat wang bulanan hasil daripada video di TikTok. Selain itu, sebahagian netizen turut terkejut dengan pendedahan ini. Malah, pemilik twitter ini turut menasihati TikTokers agar mendaftar di SSM dan cukai agar senang untuk membeli rumah atau kereta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi penggemar minuman bubble tea, lepas ni korang bolehlah dapatkan minuman Tea Live secara 24 jam di rangkaian 7-Eleven yang terpilih di Lembah Klang.
Tak perlu nak tunggu jam 10 pagi waktu shopping mula beroperasi, korang boleh terus serang kedai 24 jam 7-Eleven kerana menurut Tea Live Asia, tiga minuman eksklusif Tea Live bakal dijual dibebarapa cawangan 7-Eleven.
Antara pilihan minuman yang ada termasuklah:
• Signature Milk Tea with Konjac Jelly – Rm5.50
• Original Milk Tea with Konjac Jelly – RM5.00
• Superior Coco – RM5.00
Senarai 10 Outlet 7-Eleven yang terpilih:
1. Plaza Berjaya, KL
2. Wisma Bukit Bintang
3. Sidewalk Island Ansa Hotel, KL
4. Changkat Thambi Dollah
5. KL Sentral
6. Nu Sentral
7. Berjaya Times Square (1st Floor)
8. Berjaya Times Square (LG Floor)
9. Berjaya Times Square Hotel
10. Kenanga Wholesale City
Lepas ni, kalau rasa teringin je boleh terus cari di 7E. Tak kisahlah kalau dah pukul 1 pagi pun. Mudah kan? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan semua individu dikurniakan bakat seni seperti melukis. Jadi, bagi mereka yang mempunyai kebolehan melukis sudah tentu ini menjadikan satu kelebihan buat mereka.
Seorang pengguna di laman Twitter yang dikenali sebagai @muazdin telah pun berkongsi tentang artwork dan hasil kerja tangannya terpampang gah di salah satu kawasan tarikan pelancong.
Gambar Daripada Twitter @muazdin .
Muaz Zainuddin, 24 juga merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Fotografi telah menghasilkan 12 ilustrasi grafik yang memaparkan visual haiwan-haiwan yang diancam kepupusan di negara ini.
Kesemua visual haiwan seperti gajah, tapir, harimau, orang utan, burung merak dan banyak lagi dipaparkan di papan iklan di lokasi ikonik negara iaitu berhampiran Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) atau KLCC Snokels.
ARTWORK AKU DAH ADA KAT KLCC !!!!! arghhhhh best feelings ever!!!
Perkongsian yang meraih sehingga lebih 6.1 ribu kicauan itu dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada warganet yang turut sama berkongsi kegembiraan dan rasa bangga terhadap Muaz.
Gambar Daripada Twitter @muazdin .
Apa yang lebih membanggakan adalah apabila Muaz diberi kepercayaan oleh sebuah syarikat pengiklanan, Big Tree Outdoor untuk menjadi sebahagian daripada ‘orang penting’ projek tersebut walaupun baru sahaja menyertai syarikat berkenaan pada awal tahun lalu.
“Idea projek ini datang daripada Pengurus Besar, Nismanita Zulkifli. Seperti yang kita tahu, sekarang ini rata-rata orang bercakap mengenai wabak COVID-19. Jadi beliau keluarkan idea ini, di mana isu kepupusan haiwan juga merupakan antara perkara yang perlu diberi perhatian.
“Team kami berbincang bagaimana nak sampaikan idea itu untuk dipaparkan di papan iklan di KLCC dengan konsep pop-art, dengan warna-warna yang terang untuk digunakan.
Gambar Daripada Twitter @muazdin .
Gambar Daripada Twitter @muazdin .
Gambar Daripada Twitter @muazdin .
“Saya ditugaskan untuk menyampaikan idea dalam bentuk visual. Ia merangkumi tanggungjawab untuk melakar dan buat ilustrasi grafik untuk kesemua 12 haiwan berkenaan.
Menurutnya lagi, projek ini adalah salah satu kempen untuk menyebarkan kesedaran kepada orang ramai tentang hidupan terancam di negara ini.
Bagi Muaz sendiri, dia tidak menyangka akan diberi peluang kerana merasakan dirinya masih ‘mentah’ di dalam syarikat berkenaan.
“Inilah hasil pertama yang menjadi pencapaian tertinggi saya setakat ini. Tiada apa yang mampu diucapakan selain syukur Alhamdulillah. Ini semua takkan berlaku tanpa sokongan orang sekeliling terutama ibu bapa,” kata Muaz.
Wah…untungnya kalau memang dikurniakan bakat melukis begini kan…Remaja ucapkan semoga maju jaya di makan akan datang okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena bulan Ramadan yang hampir ke penghujungnya, kumpulan hip hop, 53 Universe baru-baru ini memberi sedikit perbezaan dalam karya mereka apabila melancarkan album EP...