CL & Jackson Wang Di Sunway Lagoon Untuk Good Vibes Weekender, Tiket Dijual 3pm Ini

Share

 

Hello Sunway Lagoon!

Bersiap-sedia untuk merebut tiket masing-masing yang mula dijual pada jam 3 petang ini.

Buat semua GZB dan Team Wang di Malaysia, akhirnya impian korang bertukar realiti setelah penghibur K-pop terkenal, CL (daripada kumpulan 2NE1) dan Jackson Wang (dari kumpulan GOT7) bakal turun ke Kuala Lumpur sempena festival Good Vibes Weekender 2022 pada 23 – 24 September ini.

Setelah dua tahun menyepi akibat pandemik COVID-19, Good Vibes ‘Weekender’ mengubati kerinduan peminat festival muzik di Malaysia dengan acara tahun ini. Cuma, lokasinya sahaja yang sudah diubah dari The Ranch, Genting Highlands ke taman tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya.

CL.

CL dijadualkan muncul pada 23 September (Sabtu) bersama nama-nama besar dari Malaysia seperti Joe Flizzow, Dolla, Sonaone, Midnight Fusic dan Claudia. Turut ditampilkan ialah penyanyi dari Amerika Syarikat, Surf Mesa.

Jackson Wang.

Sementara itu, Jackson Wang pula akan menghangatkan pentas pada 24 September (Ahad) bersama-sama Beabadoobee (penyanyi Inggeris-Filipina), Pink Sweat$ (popular dengan single All My Worst), Yonnyboii dan ramai lagi.

Paling penting tentunya adalah senarai harga tiket bagi Good Vibes Weekender ini.

Well, korang boleh layari ke laman web mereka pada hari ini dan rebut tiket masing-masing bermula 3 petang ini (2 Ogos 2022). Harga tiket ‘early bird’ bermula dari RM399 (pas dua hari) manakala harga tiket normal setelah tempoh ‘early bird’ berakhir adalah RM499 (pas dua hari) dan RM999 (pass VIP dua hari).

Terdahulu, peminat muzik di Malaysia telah berebut bagi memiliki tiket konsert Billie Eilish, Dewa19 dan Justin Bieber.

ARTIKEL BERKAITAN : Tiket Konsert Dewa 19 Habis Terjual, Ramai Tidak Kisah Tiket Berharga RM148 – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ