Cliche Tapi Benar, Ini 8 Punca Putus Tunang Yang Selalu Berlaku Dalam Masyarakat Kita

Share

 

Kata orang, ujian dalam tempoh waktu bertunang ni memang paling hebat. Cuma yang betul-betul kuat je yang boleh bertahan.

 

Terbaru hari ini, pasangan pelakon muda Syafie Naswip dan Aishah Azman baru saja mengumumkan bahawa mereka telah putus tunang. Walaupun kelihatan amat secocok, mereka merasakan bahawa tempoh bertunang telah memberikan mereka dugaan yang sukar digendong.

“Ya kami sudah putus tunang. Tak ada orang ketiga ataupun masalah keluarga. Cuma, saya rasa dugaan bertunang terlalu berat dan tak mampu untuk teruskannya.

“Jika dugaan ketika ini saya tak mampu tanggung, bagaimana nanti apabila sudah berkahwin? Mungkin juga dugaan paling besar adalah soal kematangan diri saya sendiri,” kata Syafie ketika dihubungi oleh rakan media di Kosmo.

*

Iya la, tengah darah manis semua benda nak kena jaga. Dugaan dan cabaran yang datang perlu ditangani dengan baik oleh pasangan. Kalau tidak, putuslah di tengah jalan.

Biasanya, ada beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini sering berlaku dalam masyarakat kita. Antaranya termasuklah

1. Hantaran tinggi

Bila anak tak kisah dengan jumlah wang hantaran, kadang-kadang family pula masuk campur. Sudahnya, minta hantaran yang tinggi dan tak mampu diberi oleh pihak lelaki.

2. Tak beri perhatian

Sibuk memanjang. Sebelum bertunang tak ada pula busy. Tapi, bila waktu bertunang mula la tunjuk belang dan ada juga yang dah mula naik ‘angin’ satu badan.

Gambar hiasan

3. Jumpa ex boyfriend/girlfriend

Kalau sebab yang ni memang boleh frust menonggeng. Elok-elok kita bagi dia pergi majlis reunion sekolah, alih-alih kasih bertaut semula dengan kekasih lama. Sadisnya!

4. Sihir

Jangan terkejut kalau kami katakan sihir antara sebab orang putus tunang. Dunia sekarang ni memang macam-macam boleh berlaku. Bukan nak percaya sangat tapi kita tetap perlu berhati-hati.

Gambar hiasan

5. Tak ada chemistry

Ada yang baru saja berkenalan terus ingin mengikat tali pertunangan. Jadi, dalam waktu menjalani fasa pertunangan, barulah sedar tiada chemistry di antara mereka berdua. Haishh!

6. Tempoh pertunangan yang lama

Bila dah terlalu lama bertunang, maka banyaklah perkara-perkara buruk yang berlaku. Oleh sebab itu, tempoh pertunangan tidak digalakkan mengambil masa yang lama. Paling-paling setahun atau enam bulan saja.

7. Terlalu mendengar cakap orang sekeliling

Tak semua orang menyukai kesenangan orang lain. Apabila kita gembira dalam fasa bertunang, mungkin ada yang ingin memutuskannya atas alasan cemburu, benci atau balas dendam. Ada juga orang di sekeliling yang niatnya ingin memberi nasihat tetapi ‘terselekoh’ pula sehinggakan kawannya tadi terfikir untuk putus tunang kerana gusar.

Bila sudah terlalu mendengar cakap orang lain dan bukannya cakap pasangan sendiri, susahlah..

8. Kurang Matang

Waktu pertunangan juga adalah waktu persiapan pasangan sebelum melangkah ke jinjang pelamin. Di sinilah korang akan melihat sama ada pasangan matang atau tak untuk mendirikan rumah tangga.

Akan ada banyak masalah, dilema dan keputusan yang perlu dibuat. Tetapi cara dia menyelesaikan masalah yang menentukan sama ada si dia adalah jodoh terbaik untuk korang.

Korang pula macam mana? Ada experience putus tunang ke? Mana la tahu nak tambah-tambah.

Published by
Noor Ain Norman