
Malam ini, pentas Gegar Vaganza musim ketujuh akhirnya melabuhkan tirainya dengan kemenangan vokalis kumpulan Projek Pistol, Cliff Umar!
Saingan sengit nyata diberikan oleh semua peserta pada malam ini apabila masing-masing tampil dengan persembahan sebaik mungkin bagi merealisasikan peluang untuk bergelar juara. Namun, juara hanya boleh menjadi milik seorang peserta kecuali semasa Gegar Vaganza musim keenam dan rezeki berpihak kepada Cliff.
Untuk pengetahuan, saingan sengit Cliff iaitu Mus May bergelar Naib Juara manakala seorang lagi peserta ‘favourite’ iaitu Ayu Damit memperolehi tempat ketiga. Lain-lain kedudukan adalah seperti berikut; Noraniza Idris (Tempat ke-4), OkaLinda Nanuwil (Tempat ke-5), Oja (Tempat ke-6) dan Ashira (Tempat ke-7).
Dalam ucapan penghargaan Cliff setelah dinobatkan sebagai juara (dan – ahem – membuka pelitup muka), beliau mendedikasikan kejuaraan ini kepada semua pihak yang terlibat yang menjayakan Gegar Vaganza 7.
“This one (merujuk kepada trofi) doesn’t belong to me. This one belongs to everyone yang menjayakan show ini. Kepada production team, and to all my fellow artists who work so hard every week. It is my honour to be performing with them every week.
“Saya merupakan peminat Abang Mus, kak Ani dan semua orang di sini,” katanya dengan penuh teruja.
Tahniah kami ucapkan kepada Cliff Umar!
Adakah korang bersetuju dengan keputusan ini?
Happy Birthday! Lihat Koleksi Foto Umur 1 Hingga 24 Tahun Milik Harry Styles

Selamat hari lahir Harry Styles!
Ramai peminat ahli One Direction ini telah mengucapkan happy birthday pada 1 Februari semalam sempena hari kelahiran Harry ke 24. Namun, kami ingin mengikut masa kiraan di Amerika Syarikat bagi menyambut saat kelahiran Harry bersamanya di sana.
Pelantun single ‘Sign Of The Times’ dan ‘Kiwi’ ini selalu menyambut hari kelahiran bersama sekumpulan selebriti A-list Hollywood. Hari kelahirannya yang ke 23 disambut bersama Adele (OMG), Cindy Crawford, Tommy Lee dan ramai lagi di Malibu, California.
Namun, di sebalik kemeriahan sambutan itu, Harry juga dikenali sebagai salah seorang selebriti terkenal yang suka menyambut hari kelahiran secara kecil-kecilan. Contohnya pada tahun lepas, Harry bersama rakan karibnya Charlotte Dawes terlebih dahulu menyambutnya dengan sebuah kek secara private di rumahnya.
We guess there are two (or many) sides to Harry.
Kalau korang lihat foto Harry dari umur setahun hingga 24 tahun ini, mesti korang pun akan ternganga:












Bakal Menyambut Ulang Tahun Ke-15! INFINITE Bakal Temui Peminat Di Kuala Lumpur Februari 2025 Ini!

Terbaru, kumpulan sensasi dunia hiburan K-Pop dari generasi kedua, INFINITE mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajah dunia bersempena ulang tahun mereka yang ke-15 dan paling menarik, Malaysia termasuk dalam senarai!
Kumpulan yang terkenal menerusi lagu ‘Before The Dawn (BTD)’ ini akan memulakan konsert jelajah dunia pada akhir tahun 2024 dan tahun 2025. Menerusi perkongsian di aplikasi X rasmi INFINITE, mereka telah mengeluarkan tarikh dan lokasi terpilih termasuk Kuala Lumpur, Malaysia.
Menurut perkongsian yang sama, INFINITE akan membuat persembahan di Mega Star Arena di Kuala Lumpur pada 22 Februari 2025. Selain Kuala Lumpur, antara destinasi lain di Asia yang dikunjungi oleh kumpulan ini adalah Seoul, Taipei, Macau, Jakarta, Singapore, Yokohama,dan Hongkong.
ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Sulung Green Day Di Malaysia Akan Berlangsung Februari 2025! Tiket Dijangka Hangat Terjual
Dalam pada itu, selepas 11 tahun, konsert ‘INFINITE 15TH Anniversary Concert’ ini juga merupakan konsert pertama kali di Malaysia sejak tahun 2013. Kali terakhir mereka beraksi di Stadium Negara untuk konsert jelajah ‘One Great Step’.
Sebelumnya, pada awal tahun ini, ketua kumpulan SungGyu telah mengadakan konsert selama dua hari di Zepp Kuala Lumpur untuk jelajah solonya ‘LV3: Let’s Vacay’. Selain itu, penyanyi WooHyun juga akan membuat persembahan di EX-8, Subang Jaya pada 26 Oktober ini.
INFINITE mula muncul sebagai satu kumpulan pada tahun 2010 dan mula dikenali menerusi lagu-lagu ikonik mereka seperti ‘Be Mine’, ‘The Chaser’, ‘Nothing’s Over’ dan ‘Destiny’. Mereka juga popular dengan koreografi yang mencabar dan memikat selain persembahan yang mengasyikkan!
ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-Tiba Terputus Bekalan Elektrik Semasa Konsert Di Kuala Lumpur! The Boyz Tenangkan Peminat Dengan Nyanyi Lagu ‘Happy Birthday’!
Sehingga kini, masih belum banyak butiran terperinci mengenai konsert ‘INFINITE 15TH Anniversary’ tetapi menerusi maklum balas daripada peminat, mereka pasti akan mempersembahkan semua lagu terbaik yang telah membentuk kerjaya INFINITE selama 15 tahun sebagai artis K-Pop.
Susulan itu, butiran tambahan, termasuk harga tiket dan pelan tempat duduk juga akan diumumkan tidak lama lagi. Kalau korang para peminat tidak mahu melepaskan peluang, jangan lupa untuk tunggu maklumat lanjut dan bersedia untuk merayakan ulang tahun ke-15 INFINITE bersama secara langsung pada Februari akan datang!
Sekadar info, INFINITE sebelum ini dianggotai tujuh (7) anggota iaitu Sungkyu, Dongwoo, Woohyun, Sungyeol, L, Sungjong dan Hoya tetapi pada 30 Ogos 2017, Hoya mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan dan bergerak mula bergerak solo.
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Singgah Di Kuala Lumpur Disember Ini! Taeyang Hadir Meriahkan Axiata Arena Bagi Konsert Jelajah 2024 ‘ The Light Year’!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Single But Not Available…”, Meerqeen Idam Wanita Tinggi, Fox Eyes, Tak Pakai Make Up

Baru-baru ini, pelakon Meerqeen telah berkongsi kriteria wanita idamannya dalam satu temubual bersama Era FM Sarawak. Dia juga turut menjelaskan bahawa ada beberapa ciri yang dapat memikat hatinya dan membuat dia jatuh cinta.
Pemilik nama penuh Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam (22) mengakui bahawa dia masih belum mempunyai kekasih kerana ingin fokus sepenuhnya kepada kerjaya seninya. Kesibukan dalam kerjaya seni membuatkan dia memilih untuk tidak mempunyai teman wanita kerana bimbang tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada hubungan tersebut.
“Single but not available sebab saya tengah fokus kerja. Nanti kesianlah kalau ada teman wanita macam mana nak komited dengan dia,” jelasnya.

Dalam pada itu, Meerqeen lebih suka menumpukan perhatian kepada perkembangan kerjayanya yang semakin berkembang pesat.
Apabila ditanya mengenai kriteria wanita idamannya, pelakon yang terkenal dengan drama Melur Untuk Firdaus itu menyatakan beberapa ciri fizikal dan personaliti yang disukai.
Wanita tersebut mestilah tinggi, kelakar, tidak terlalu bergantung kepada alat solek, dan menghormati ibu bapa.

“Saya suka perempuan tinggi, fox eyes, tak pakai make up sangat. Bergantung kepada masa itu. Kalau ada acara awak boleh pakai make up tapi saya lebih suka barefaced”
“Saya juga suka orang yang hormat mak bapa saya, boleh masuk kepala, kelakar dan yang seronok untuk berborak”
Meerqeen turut mendedahkan bahawa dia seorang yang memerlukan masa bersendirian sekiranya merajuk dengan pasangan.
Hmm… agaknya siapalah yang mampu menawan hati Meerqeen nanti kan…
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.