CNY 2023: Mengapa Vietnam Sambut Tahun Kucing & Bukannya Tahun Arnab?

Share

Bagi mereka yang lahir pada tahun 1987, 1999 dan 2011, pastinya korang merasa teruja apabila tahun Arnab mengikut kalendar masyarakat Cina kembali lagi untuk sambutan Tahun Baru Cina 2023.

Namun tahukah korang, tatkala masyarakat Tiong Hua di Malaysia menyambut tahun Arnab, mereka di Vietnam pula rupa-rupanya menyambut tahun Kucing!

Aik, kenapa tak sama ni.

Menurut laporan, di seluruh negara Vietnam sejak awal bulan ini lagi telah dihias dengan pelbagai jenis imej kucing manakala pusat membeli-belah dan kedai-kedai di sana pula penuh dengan dekorasi bertemakan kucing dan juga hadiah popular di sana bernama ‘Tet’ yang diinspirasikan daripada – well you guess it

– kucing!
Antara hiasan di jalan raya Vietnam bagi menyambut Tahun Baru Cina 2023.

Mengapa agaknya Vietnam berbeza dengan negara lain seperti di Malaysia, Singapura dan China?

Tidak ramai yang tahu sebenarnya, hanya 10 zodiak yang adalah dalam kalender masyarakat Cina disambut oleh masyarakat di Vietnam. Ini termasuklah tikus, harimau, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan khinzir.

Namun, zodiak arnab akan ditukar kepada kucing, manakala zodiak kerbau akan ditukar kepada lembu.

Ada sebab mengapa dua zodiak ini ditukarkan kepada haiwan lain

Menurut laporan Voa News, pakar budaya tradisional Vietnam di sana bernama Nguyen Hieu Tin memberitahu bahawa ia disebabkan oleh kepentingan sawah padi untuk ekonomi Vietnam.

“Padi adalah sebahagian besar daripada industri pertanian Vietnam. Dengan adanya ancaman haiwan perosak seperti tikus, kucinglah haiwan popular yang akan memburu kelibat haiwan perosak ini.”

Para pekerja dilihat membersihkan hiasan landskap di Vietnam yang menampilkan figura kucing.

“Satu lagi penjelasan lain (mengapa arnab ditukar kepada kucing) adalah kerana masyarakat Vietnam merasakan tikus dan arnab tidak jauh bezanya. Oleh itu, mereka memilih kucing kerana ia berbeza daripada tikus.

“Dan satu lagi penjelasan masuk akal adalah kerana bunyi perkataan ‘arnab’ dalam bahasa Cina iaitu Mao. Dalam bahasa Vietnam, ia berbunyi seperti ‘meo’ yang bermaksud kucing,” ujarnya.

Antara perhiasan kucing yang dijual di Vietnam sempena sambutan Tahun Baru Cina 2023.

Biarpun berbeza zodiak haiwan, masyarakat di Vietnam tidak mempunyai masalah memilih kucing memandangkan di sana, kucing merupakan simbolik kepada kepercayaan pembawaan tuah dan perjalanan yang lancar. Disebabkan itulah, mereka yang lahir pada tahun kucing di sana dianggap sebagai individu yang dipermudahkan dalam banyak perkara.

Best juga kalau ada tahun kucing. Mesti banyak makanan-makanan sedang untuk Si Oyen, hehe..

FOTO Hiasan: South China Morning Post

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ