Rumah. Lokasi yang membuatkan semua orang dilanda perasaan nostalgia. Memori zaman kanak-kanak tentunya masih masih jelas pada ingatan apabila kita kembali ke kawasan kejiranan di mana kita dibesarkan, lalu membibitkn rasa rindu untuk kembali semula ke masa lampau.
Itulah yang cuba untu dilakukan oleh jenama All-American, Coach baru-baru ini menerusi pertunjukan fesyen musim luruh 2022.
Jaket shearlings tidak pernah lari daripada identiti Coach. Kali ini, saiz memainkan peranan penting bagi menjadikannya lebih menarik dan segar.
Pengarah kreatifnya, Stuart Vevers kembali mengingatkan semula peminat jenama tersebut akan kawasan kejiranan di New York, Amerika Syarikat menerusi elemen-elemen persalinan yang familiar kepada semua.
Sedikit percikan idea pemakaian yang mudah dicop sebagai ‘American’ kembali diolah bersama penggunaan material yang pelbagai yang menjadi ciri-ciri persalinan kebiasaan masyarakat di negara Uncle Sam itu.
Pada mana-mana koleksi fesyen lain, gabungan material seperti lace, crochet, kulit dan warna neon dan corak grafiti mungkin tidak masuk akal. Tetapi di pentas Coach Fall 2022 ini, segalanya begitu cantik diadun dan langsung tidak terasa janggal untuk dipertontonkan bersama.
Ads
Jom lihat di antara elemen menarik yang akan menjadi trend tidak lama lagi pada tahun ini sempena musim luruh kelak.
Gaun Lace
Paten Grafiti
Ads
Fabrik Kulit
Gaun Bercorak Lantang Paras Lutut
Ads
Rekaan Tas Tangan Coach Fall 2022
Tonton koleksi penuh Coach Fall 2022 pada pautan video di bawah:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Latok pernah menjadi tular di media sosial apabila ramai masyarakat Malaysia memuat naik video berkongsi pengalaman mereka menikmati rumpai laut ini.
Bagi masyarakat di Semenanjung, mungkin ramai yang masih tidak biasa mendengar atau ada juga yang tidak pernah mencuba, tetapi jika korang ke Sabah, latok terkenal dan dijual di kebanyakan pasar di sana.
Dalam istilah saintifik, latok dikenali sebagai Caulerpa lentillifera, iaitu sejenis rumpai laut. Rumpai laut ialah tumbuhan laut yang dikenali sebagai alga, dan berbeza mengikut pigmen warna aslinya seperti merah, hijau, atau perang. Latok ialah sejenis rumpai laut berwarna hijau. Oleh kerana biji-biji latok menyerupai buah anggur, ia turut digelar sebagai umibudo (anggur laut) dalam bahasa Jepun.
Rasanya yang masin dinikmati bersama sos buatan sendiri menjadikan makanan ini unik dan ia juga merupakan makanan tradisi di Sabah terutamanya bagi masyarakat Bajau dan Sulu. Latok biasanya dimakan sebagai ulam bersama nasi, lauk pauk dan sayuran lain.
Tahu tak korang sebenarnya latok ini mempunyai pelbagai khasiat. Ha, bukan makan saja-saja tau, banyak manfaat yang korang boleh dapat.
Let’s check this out!
1. Antioksida dan anti-bakteria
Satu kajian telah dilaukan secara spesifik ke atas spesies rumpai laut ini membuktikan bahawa ia mempunyai kesan antioksida dan anti-bakteria yang tinggi terhadap bakteria Staphylococcus aureus.
2. Mengawal paras gula dalam darah
Estrak latok didapati dapat meningkatkan penghasilan insulin dan pengambilan gula dari dalam darah oleh sel lemak. Hasil kajian mencadangkan bahawa rumpai laut ini berpotensi dalam membantu mengawal gula dalam darah dan mencegah diabetes.
3. Menyumbang kepada kesihtan jantung
Kandungan asik lemak asid lemak tidak tepu dalam latok berupaya mengurangkan kadar kolesterol, meningkatkan keanjalan salur darah, memelihara struktur kolagen arteri, lantas mencegah penyakit kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung.
4. Membantu mencegah kanser
Melalui sebuah kajian, oligosakarida yang terhasil daripada tumbuhan latok melalui rawatan asid mampu mengurangkan jumlah sel kanser payudara. Kesan ini dipercayai berikutan fungsi rumpai laut untuk menyebabkan apoptosis (kematian) sel kanser tersebut berlaku.
Kredit foto: Harian Metro
5. Menguatkan tulang dan sendi
Latok kaya dengan kandungan protein, kalsium, dan asid lemak tidak tepu seperti omega-3, yang berkesan melegakan keradangan dan mengurangkan gejala artritis.
6. Membantu mencegah goiter
Dalam 100 gram latok, terdapat kira-kira 1.8 miligram iodin. Individu kekurangan iodin berisiko mempunyai tubuh yang tidak mampu menghasilkan hormon tiroid mencukupi lalu mengakibatkan goiter. Selain keju, telur, ikan air masin, dan kerang, rumpai laut juga merupakan salah satu sumber makanan yang membekalkan iodin.
7. Menghasilkan kulit dan rambut yang lebih sihat
Kandungan lemak di dalam tumbuhan ini membantu memelihara membran sel, memperbaiki keanjalan, dan mengurangkan kebolehtelapan (permeability) dinding salur darah bagi mengurangkan gejala kulit kering.
Selain itu, kandungan vitamin A dan C di dalam latok juga mampu menghasilkan kolagen dan antioksida. Ia dianggap sebagai ‘bahan kosmetik semula jadi’ yang menambah baik kesihatan kulit dan rambut, serta melambatkan proses penuaan.
Namun, tidak semua orang yang boleh terima rasa latok ini kerana rasanya yang agak masin. Korang pula bagaimana?
Amalan bertindik telinga merupakan budaya biasa orang di Malaysia, ia juga cara menghias diri yang digemari. Bahkan, ada antara kita sudah menindik telinga sedari kecil.
Namun bagaimana pula dengan bertindik hidung? Apa pula hukumnya bertindik di bahagian hidung?
Shila Amzah tindik hidung
Dengar penjelasan yang pernah dikongsi oleh pendakwah berpengaruh, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Dilarang syarak jika ikut dengan budaya lain
Beliau memberikan penjelasan bahawa seandainya seseorang itu melakukan tindik hidung kerana terikut-ikut dengan budaya lain, maka ia suatu yang dilarang syarak.
“Ini kerana ia sudah menyerupai suatu kaum sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis baginda,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video TikTok yang dikongsikan di Instagram miliknya baru-baru ini.
Bunga Isme tindik hidung
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, al-Tabarani, al-Baihaqi dan al-Bazzar)
Dibenarkan dalam syarak jika…
Walaupun begitu, Ustaz Ahmad Dusuki turut menjelaskan sekiranya perbuatan menindik tersebut dilakukan dengan tujuan untuk kecantikan yang ingin diperlihatkan kepada suami atau keluarganya, ia dibenarkan dalam syarak.
Tambah beliau lagi, “Namun, bagi saya, lebih baik jangan tindik pada hidung. Tindiklah pada telinga iaitu tempat yang sepatutnya kita memakai subang.
“Itulah yang disebut sebagai kecantikan buat kita, bukan untuk orang lain. Inilah yang terbaik dalam hidup kita,” sarannya.
Ramai yang memilih untuk mengamalkan pengambilan minuman detoks kerana manfaat yang diperoleh sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.
Apa yang paling best, minuman ini dapat membantu untuk menurunkan berat badan.
Nak menyediakan minuman detoks ini juga tidaklah begitu susah dan kosnya juga tak terlalu mahal.
Minuman ini baik untuk diamalkan dalam dua kali seminggu. Kalau korang nak try, berikut kami senaraikan beberapa resipi ringkas minuman detoks yang menyelerakan.
– 1 biji kiwi (hiriskan)
– 2 biji strawberi (dibelah dua)
– Segelas air putih
Sejukkan minuman ini sebelum diminum untuk rasa yang lebih enak. Buah kiwi kaya dengan vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta dapat mengeluarkan toksin, manakala strawberi bagus untuk kulit korang.
– Timun (dihiris)
– ½ lemon (dihiris)
– ½ inci halia (dihiris)
– 7 helai daun pudina
– 1 jag air
Campurkan kesemua bahan dan biarkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 2 hingga 3 jam. Air detoks ini dikatakan mampu untuk membantu mengempiskan perut.
– 1 biji grapefruit
– ½ batang timun
– ½ biji lemon
– 1 biji limau nipis
– Satu jag air
Campurkan bahan-bahan tersebut dengan beberapa helai daun pudina. Simpankan di dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum sedia untuk diminum. Khasiat yang diperoleh daripada grapefruit adalah membantu dalam pembakaran lemak, manakala lemon dan limau nipis bertindak menyingkirkan toksin dalam badan.
– 5 potong tembikai yang kecil
– Secawan strawberi
– 1 jag air
Kesemua bahan dicampurkan dan dimasukkan di dalam peti sejuk selama 4 hingga 6 jam sebelum diminum. Minuman ini berfungsi sebagai anti-radang dan untuk mencantikkan kulit.
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.