Kata orang, trend fesyen itu kan silih berganti. Kadangkala dilupakan, kadangkala ia muncul semula secara tiba-tiba!
Begitulah perumpaan yang tepat terhadap trend foamies yang dilihat semakin diterima semula oleh remaja di Malaysia setelah beberapa tahun dipandang sepi.
Adakah ia kasut? Adakah ia sandal? Sukar untuk kami kategorikannya, apa yang pasti foamies akan menjamin keselesaan kepada sang pemakainya. Bukan sahaja ia hadir dengan warna dan paten comel, malah kini ia dilihat sebagai aksesori trendy yang wajar korang miliki.
Terbaru, jenama pakaian sukan dan gaya hidup, Skechers telah muncul dengan koleksi Skechers GOWalk 5 Foamies versi Pokémon.
Pada awalnya, REMAJA meramalkan ia akan digemari oleh peminat animasi popular dari Jepun itu untuk dijadikan sebagai item koleksi. Namun tidak sangka pula, mereka yang bukanlah peminat Pokémon tegar pun inginkannya kerana kecomelan lima karakter yang ditawarkan!
Ini termasuklahh karakter Eevee, Jigglypuff, Charizard, Snorlax dan tentunya yang disarungkan oleh pelakon Thailand Mew Suppasit ini iaitu Pikachu.
Bukan sahaja populariti lima karakter ini menjadikan koleksi Foamies ini menjadi rebutan ramai, malah pemakainya juga mengakui keselesaan yang ditawarkan ole Skechers menerusi teknologi kusyen ULTRA GO pada bahagian tapak midsole.
Kesemua rekaannya ini juga sesuai digayakan oleh lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. Cuba bayangkan sekiranya korang dan pasangan menggayakan karakter Pokémon yang sama, serius comel!
Lagipun, korang tidak pelu risaukan dengan kemungkinan hari hujan memandangkan foamies ini lengkap dengan sistem ‘draining’ agar ia mudah kering.
Bagi karakter Pikachu, Eevee dan Jigglypuff, ketiga-tiganya hadir dengan pilihan untuk pemakai wanita dan boleh didapati pada harga RM279. Manakala karakter Charizard, Snorlax dan sekali lagi, Pikachu hadir dalam saiz untuk pemakai lelaki dan juga boleh didapati pada harga yang sama.
Menariknya, korang juga berpeluang mendapatkan ‘dry bag’ Pokémon secara PERCUMA sekiranya korang mendapatkan dua barangan daripada koleksi Skechers GOWalk 5 Foamies Pokémon ini di stor konsep Skechers selagi stok masih ada.
Korang juga boleh mendapatkan koleksi istimewa ini di laman web rasmi Skechers, platform Lazada mahupun platform Shopee.
ARTIKEL BERKAITAN : Sneakers Kegemaran Park Seo Joon Adalah Skechers D’Lites 4.0! Korang Juga Boleh Menanginya – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.