Solekan dan dandanan penyanyi Wani Kayrie pada konsert minggu ketiga yang membawa tema Retro bersama Bella Astillah menerusi program Famili Duo Ahad lalu, mencuri perhatian warganet apabila disamakan dengan wajah ‘nyonya’ yang menjadi penghias sebuah jenama bedak ‘legend’, satu ketika dahulu.
Menerusi satu hantaran yang tular di Twitter, seorang pengguna berkongsi foto tata rias Wani ketika persembahannya pada konsert itu bersama gambar bedak ‘batu’ yang menjadi pilihan wanita era 1990-an.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tanda Suka Dan Tontonan Hanya Beri Kepuasan Sementara Sahaja” Neelofa Titip Pesan Buat Yang Bakal Melancong
“Aku rasa Wani Kayrie punya ‘look’ comel macam Bedak Batu Nyonya Sengat kan,” tulis pengguna tersebut.
Terhibur dengan usikan nakal tersebut, penyanyi lagu popular Kamu Kamu itu kemudiannya berkongsi perkara sama menerusi Instagram miliknya.
“Bincangkan,” tulisnya ringkas dalam ruangan kapsyen beserta emoji terhibur.
Sempat REMAJA menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengakui tata rias wajah dan rambut yang digayakan penyanyi muda itu sememangnya serupa dengan imej wanita penghias bedak tradisonal itu.
“Sama pula dengan apa yang terlintas dalam kepala acik ini,” komen seorang pengguna.
“Inspirasi bedak amoi look, cantik kau… minggu depan look Maryline Monroe,” komen juga pengikut lain.
“Nampak sama tapi bukan dia,” seloroh netizen lain.
Sekadar informasi, Wani merupakan peserta program realiti Famili Duo terbitan TV3 yang bersiaran setiap Ahad pada 9:00 malam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Wani Kayrie