Tahun Baru pada kali ini mungkin tidak semeriah tahun-tahun lalu disebabkan oleh kekangan pandemik dan juga musim banjir yang melanda negara kita. Bagaimanapun, ia tidak seharusnya melemahkan semangat kita sebagai rakyat Malaysia untuk memulakan tahun 2022 dengan semangat dan azam yang baru.
ARTIKEL BERKAITAN : Koleksi Jenama Aksesori Terkenal Dunia Pilihan Wanita, Mana Satu Paling Wow?
Well well, jenama barangan kemas yang popular di Malaysia baru saja mengeluarkan koleksi baharu yang dilihat bersesuaian bagi menyambut tahun baru ini.
Jom lihat sama ada ia berbaloi untuk dimiliki ataupun tidak.
Koleksi terbaru Pandora, iaitu Pandora Moments kali ini tidak kurang hebatnya dengan menampilkan ‘Simbol dan Warna’ dengan simbolik untuk mencipta momen yang tidak dapat dilupakan.
Malah, korang mampu tonjolkan karektor diri, tak mustahil korang akan tertarik untuk menukar aksesori yang baru kan?
“Simbol sangat relevan dari segi budaya, hari ini dan sepanjang sejarah. Kami telah mencipta alam semesta simbolisme, menjadikan Pandora destinasi untuk barang kemas yang menjadi azimat yang kita bawa sebagai nasib, perlindungan atau hubungan dengan harapan dan keinginan,” kata Filippo Ficarelli dan Francesco Terzo, Pengarah Kreatif Pandora.
Jadi, kamu yang macam mana orangnya? Rambang mata bukan?
Untuk info koleksi terbaru ini dilancarkan pada hari ini iaitu 6 Januari 2022, jadi apa tunggu lagi. Boleh lawati www.pandora.net
atau ke butik-butik Pandora yang berdekatan.BACA LAGI : Gucci Keluar Sarung ‘AirPods’ RM4477, Ini 4 Lagi Aksesori Gajet Tak Masuk Akal
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.