‘Perang’ di antara jenama-jenama fesyen baju Melayu Malaysia sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang semakin hari semakin giat!

Masing-masing enggan kalah dari aspek rekaan baju, pemilihan duta dan idea pemasaran kepada pelanggan mereka.

Terbaru, jenama Elrah Exclusive tampil dengan gandingan dua beradik yang mencuri tumpuan warganet dewasa kini sebagai duta kempen Raya 2023 mereka. Mereka tidak lain tidak bukan ialah pelakon yang semakin ‘masyuk’ dengan rezeki lakonan dan duta jenama, Meerqeen serta adik bongsunya yang baru berusia 1 tahun 7 bulan, Mohd Shaqeel Shauqeen.

Comelnya! Baby Shaqeel Hampir ‘Overshadow’ Abangnya, Meerqeen Dalam Kempen Raya Elrah Exclusive

Akui Meerqeen, gandingan sulung dengan adiknya itu dalam sesebuah penggambaran adalah lamaran pertama yang dipersetujui oleh mereka walaupun telah banyak jenama lain yang pernah menyatakan hasrat yang sama bagi kempen jenama masing-masing.

Jadi, apa yang membuatkan Meerqeen bersetuju dengan lamaran Elrah Exclusive ini?

“(Sebelum ini), kami sekeluarga merasakan belum masa yang sesuai untuk dia (Shaqeel) terlibat di dalam bidang seni kerana usianya yang masih mentah.”

Ads

Comelnya! Baby Shaqeel Hampir ‘Overshadow’ Abangnya, Meerqeen Dalam Kempen Raya Elrah ExclusiveComelnya! Baby Shaqeel Hampir ‘Overshadow’ Abangnya, Meerqeen Dalam Kempen Raya Elrah Exclusive

“Tapi apabila saya dilamar sebagai sebahagian daripada wajah jenama (Elrah Exclusive) kali ini, Shaqeel turut diberikan peranan yang sama dan pastinya peluang berkenaan tidak dilepaskan untuk berkerja bersamanya,” kata pelakon yang dicungkil bakatnya daripada pencarian Hero Remaja 2020 itu.

Tambahnya lagi, pihak keluarga juga tidak mempunyai masalah bagi memberi kebenaran untuk Shaqeel ‘bekerja’ sebagai model kempen memandangkan pasangan beradik itu hanya perlu terlibat dalam sesi fotografi bersama sahaja dan tidak komited dengan skop kerja lain seperti penggambaran video yang melibatkan banyak babak.

“Ini adalah pekerjaan pertama Shaqeel dan saya gembira kami dapat bergandingan bersama-sama. Memang dia banyak ragam dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi semuanya berjalan lancar.”

Comelnya! Baby Shaqeel Hampir ‘Overshadow’ Abangnya, Meerqeen Dalam Kempen Raya Elrah Exclusive

Ads

“Bila melihatkan hasil kerja, semua rasa penat hilang. Kalau ada lagi tawaran seperti ini datang pada masa hadapan, insya-Allah saya akan pertimbangkan memandangkan peluang sebegini tak selalunya datang,” ulas jejaka berusia 22 tahun ini.

Ragam yang dipertontonkan oleh Meerqeen dan Shaqeel di media sosial selama ini telah mencuri tumpuan ramai warganet baik dari Malaysia mahupun Indonesia. Tidak hairanlah mereka yang menjadi pilihan Elrah Exclusive!

Comelnya! Baby Shaqeel Hampir ‘Overshadow’ Abangnya, Meerqeen Dalam Kempen Raya Elrah Exclusive
Ujar Meerqeen, pengambaran baju Melayu ini mengambil masa 8 jam untuk disiapkan dan dia sendiri perlu melayan keletah Shaqeel untuk mendapatkan gambar yang menarik. Namun, segalanya masih berjalan lancar.

Selain pasangan beradik itu, kempen Raya tersebut turut memaparkan beberapa lagi pelakon popular sebagai modelnya termasuklah Ben Amir, Khai Bahar, Amir Ahnaff, Hazeeq Deen, Fadhli Masoot dan dua bintang TikTok seperti Aabias dan Wan Chai.

Lebih mengujakan Meerqeen adalah apabila wajah mereka terpampang di papan iklan LED gergasi TS Law bersebelahan menara TRX yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Ads

“Alhamdulilah, ramai yang mula perasan dan papan iklan tersebut tular di media sosial.  Semoga kedatangan lebaran kali ini akan memberikan kegembiraan kepada semua.

Untuk peminat saya pula, jangan lupa menonton Melur Untuk Firdaus 2 yang sudah mula ditayangkan. Terima kasih atas sokongan semua,” tambahnya lagi.

FOTO: Elrah Exclusive

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI