
Potongan rambut yang popular sejak tahun 1960-an ini sampai sehingga kini masih digemari oleh ramai wanita. Alasan mereka kerana potongan sebegini sangat selesa, langsung tidak merimaskan dan mudah dari segi rawatan.
ARTIKEL BERKAITAN : Netizen China Serang Park Shin Hye Di IG Gara-Gara Tanda Pagar #koreantraditionalclothes
Park Shin Hye antara yang membuktikan bahawa stail bob ini boleh menjadi moden, muda, segar, dan sedikit seksi. Penampilan terus berubah dengan stail bob, nampak lagi cool dan edgy sekali.
Jika dahulu, Park Shin Hye selesa dengan pelbagai stail rambut yang lebih panjang sedikit daripada paras bahu, kini dia tampil dengan rambut baru .
Terbaru, semalam Park Shin Hye memuat naik gambar swafoto dengan potongan rambut bob. Dalam foto yang dimuat naik, aktres itu kelihatan malu dan menyembunyikan separuh wajahnya.
Rata-rata peminat memuji dengan menyatakan bakal ibu ini dianggap cantik dengan potongan rambut pendek dan rambut panjang.
Cantikkan?
BACA LAGI : Main Kutu Cara Selamat, Guna Akaun Bank Sendiri Tolak Duit Setiap Bulan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nampak Sama Tapi Lain, Ini Jenis-Jenis Susu Dalam Tin & Perbezaannya

Isi Kandungan
ToggleMinuman manis memang sinonim dengan kebanyakan masyarakat di Malaysia kerana lihat sahaja ramai yang gemar menikmati bubble tea selain minuman-minuman seperti teh tarik atau milo ais yang dibeli di kedai mamak.
Susu dalam tin antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan minuman lemak manis ini dan jika korang ke pasar raya, terdapat pelbagai jenis susu tin yang dijual. Nampak sama tapi sebenarnya masing-masing mempunyai kandungan dan fungsi yang berbeza.

Penting untuk korang tahu sebelum memilih susu dalam tin yang ingin dibeli. Berikut adalah perbezaan kandungan susu tin yang telah dibuat oleh ahli nutrisi, Thiru Kanesh.
1. Susu sejat (evaporated milk)

Susu yang telah disejatkan airnya, lebih dikenali sebagai susu cair di kalangan orang berusia.
2. Susu pekat manis (sweetened condensed milk)
Susu yang telah disejatkan airnya menjadi lebih pekat dan ditambah gula. Rujuk pada bahan pertama di senarai ramuan label produk – kebiasaannya gula.
3. Susu isian sejat (evaporated filled milk)

Susu yang telah disejatkan airnya. Lemak dalam susu itu pula telah diganti dengan minyak makan sayuran. Ada juga yang menggunakan produk ini dalam masakan, kuih dan pemanis mulut seperti Ais Batu Campur (ABC).
4. Susu isian pekat manis (sweetened condensed filled milk)

Sama seperti susu isian sejat dan ditambah gula. Rujuk pada bahan pertama di senarai ramuan label produk – kebiasaannya gula.
5. Krimer manis (sweetened creamer)

Krimer manis ialah keluaran yang diperoleh dengan menggabungkan lemak atau minyak sayuran dengan gula atau apa-apa bahan pemanis lain, konstituen susu untuk memaniskan dan memutihkan minuman. Kebiasaannya produk jenis ini tinggi kandungan gula (kandungan gula adalah ramuan utama) dan hampir tiada kandungan susu bergantung kepada jenis keluaran atau jenama.
Penggunaanya sangat meluas di negara kita terutamanya dalam minuman panas seperti teh tarik, sirap bandung dan sebagainya. Ada juga krimer manis yang berperisa (coklat, strawberi, karamel).
Selain itu, ada juga produk krimmer tanpa tenusu, iaitu keluaran yang disediakan daripada lemak sayuran dan karbohidrat yang sesuai. Kalau di pasaran, jenis keluaran ini dapat dilihat dalam bentuk serbuk seperti krimer kopi dan sering digunakan dalam minuman pracampur atau 3 in 1.
Jadi, selama ini korang gunakan produk susu yang mana satu?
Jika korang membaca label dengan teliti, ada produk krimer manis akan ditambah mineral atau vitamin. Kuantiti yang ditambah tu jarang memberi impak baik berbanding GULA yang kita sedia tahu implikasi kesihatan jika diambil secara tidak terkawal.
Kalau dirujuk Piramid Makanan Malaysia, hanya SUSU SEJAT (1 sajian = 2/3 cawan susu sejat) yang tergolong dalam kumpulan susu dan produk tenusu. Menurut Akta Makanan 1983 pula, krimer manis tergolong di bawah kategori bahan pemanis (sweetening substance).

Menurut Thiru lagi, tidak hairanlah bila negara kita tersenarai dalam statistik negara paling obes dan mendahului carta bilangan pesakit kencing manis yang ramai sebab kerap dan banyak mengambil minuman/ makanan berasaskannya.
Nasihatnya, fikirkan semula, amalkan kesederhanaan. Ambil inisiatif dan rajinkan diri membaca label serta kenali jenis produk. Label produk mungkin berbeza mengikut formulasi terkini syarikat pengeluar.
Semoga bermanfaat!
Sumber: (1)
“Lelaki Tidak Boleh Pakai…”, Aisyah Hijanah Kongsi Hukum Pakai Baju Kelawar

Baju kelawar memang selesa dipakai, dan semestinya ia sinonim sebagai salah satu pakaian wanita. Terbaru, pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah tampil berkongsi sedikit ilmu dan pandangannya mengenai hukum jika lelaki memakai baju kelawar.
Melalui perkongsian di Tiktok, Aisyah memaklumkan bahawa baju kelawar itu asalnya dicipta untuk golongan wanita dan ia tidak sesuai untuk digayakan oleh kaum lelaki walaupun ketika berada di rumah.

“Sekarang ini ramai lelaki yang suka pakai baju kelawar. Sebab kita lihat ibu atau kakak kita pakai baju itu nampak sangat selesa. Jadi apa sebenarnya hukum lelaki pakai baju kelawar?”
“Jika baju itu boleh dipakai oleh dua jantina berbeza, hukumnya berbeza. Tetapi dekat sini, kalau kita lihat secara umum tahu baju kelawar merupakan pakaian kaum wanita”
Katanya, meskipun itu hanya nampak seperti baju tidur ataupun seperti satu kain selembar. Baju kelawar dipakai oleh golongan wanita, maka tidak boleh dipakai oleh kaum lelaki.

“Jadi untuk lelaki di luar sana yang suka pakai baju kelawar, jangan pakai lagi selepas ini. Kerana itu memang pakaian bagi golongan wanita. Semoga bermanfaat”
Aisyah juga tampil memberi pesanan kepada kaum lelaki untuk tidak sesekali memakai baju kelawar selepas ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tak Patuhi SOP Cegah Covid-19, RM10,000 Bakal ‘Melayang’ Mulai 11 Mac

Seriuslah!
Kalau korang tertangkap kerana tak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan Covid-19peraturan kesihatan, korang boleh dikenakan denda atau kompaun sehingga RM10,000.
Sekali fikir best jugakan tindakan begini dalam mendisiplikan masyarakat yang degil dn ingkar. Ya lah, sudah banyak larangan agar tidak melanggar SOP kesihatan dalam memastikan wabak COVID-19 ini tidak terus tersebar termasuk sentiasa memakai pelitup muka, membasuh muka serta penjarakan fizikal tapi masih ramai yang ingkar.

Jika kini, denda RM1,000 dikenakan kepada individu atau syarikat yang dikesan melakukan kesalahan berkenaan. Namun, berdasarkan paparan di e-Warta Persekutuan, menerusi Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan semalam, kompaun berkenaan akan berkuat kuasa 11 Mac depan.
Menerusi pindaan itu juga, syarikat atau pertubuhan yang melakukan kesalahan sama boleh dikenakan kompaun sehingga maksimum RM50,000.
Selain itu, orang ramai yang melakukan kesalahan Ordinan Darurat boleh ditangkap, manakala individu dijangkiti atau disyaki terkena jangkitan atau menjadi kontak pula boleh dipakaikan dengan peranti pengesanan.

Pemasyhuran ordinan itu dibuat Yang di-Pertuan Agong yang berpuas hati tindakan serta-merta dikehendaki bagi meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 diwartakan susulan Proklamasi Darurat dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong, mengikut Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan, 11 Januari lalu.
Kadar kompaun terbabit dinaikkan, susulan penggantian Seksyen 25 yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kesihatan atau mana-mana pegawai kesihatan yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya.
Pindaan terhadap penalti am mengikut Seksyen 24 Ordinan sama, bagi kesalahan yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata kini boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.
Manakala, peranti pengesanan iaitu gelang tangan atau peranti yang diberikan pegawai yang diberi kuasa dan sebarang perbuatan memusnah, merosak, menghilang atau mengubahnya, menjadi satu kesalahan juga.
Penulis rasa kalau dengan pelaksanaan ini boleh mendidik masyarakat tentang kepentingan mematuhi SOP Kesihatan. Why not!
Sumber: Harian Metro