Dari golongan kanak-kanak hingga dewasa, McDonalds sudah menjadi sebahagian dari kehidupan kita sebagai makanan segera kegemaran ramai. Pastinya kita semua sudah kenal dengan bungkusan setiap makanan yang ditawarkan.
Terbaharu, Pearlfisher, sebuah agensi penjenamaan telah mereka semula bungkusan untuk McDonalds bagi menyuntik ilustrasi menu-menu klasik jenama ini dengan lebih menarik. Bungkusan ini bakal diperkenalkan di semua rangkaian global restoran yang terkenal dengan maskot badut ini.
Bungkusan yang direka semula ini merupakan satu simbolik yang menjadi refleksi kepada keriangan yang dilalui ketika menjamu selera. Setiap makanan akan dihidangkan dan dibungkus di dalam bungkusan yang mewakili apa menu di dalamnya.
Menurut Hamish Campbell yang merupakan seorang pengarah kreatif di Pearfisher kepada Deezen , “Kami sangat teruja kerana diberi peluang untuk membawa keriangan McDonalds kepada setiap bungkusan. Cara ini menjadikan setiap menu mudah dikenali tanpa perlu diperkenalkan apa yang berada di dalam bungkusan.”
CORAK SEGAR & MODEN
Jika dilihat kepada setiap rekaan bungkusan, ia direka dengan cukup berseni dengan tampilan rekaan grafik yang moden dan warna-warna menarik. Sebagai contoh rekaan kotak bungkusan Fillet-O-Fish diberikan suntikan corak lautan dalam rona biru (Turqoise) dan bungkusan Egg McMuffin pula diberi corak telur di atas bungkusan. So cute!
Selain dari corak grafik yang menarik, bungkusan yang telah direka semula ini hanya akan menampilkan nama menu dan juga logo sahaja.
Sumber gambar: worldbrandesign.com