Kalau tuannya digelar President of The United States dan First Lady of The United States, kucing ini pula kini dikenali dengan gelaran First Cat of United States. Seekor kucing yang diberi nama Willow kini secara rasmi menjadi kucing yang tinggal di White House, Amerika Syarikat.
Bangunan rasmi yang didiami oleh Presiden AS ke-46, Joe Biden dan isterinya, Dr. Jill Biden itu kini meriah dengan kehadiran seekor lagi haiwan peliharaan. Sebelum ini mereka sudah memiliki seekor anjing jenis German Sherpard yang diberi nama Commander.
Nampaknya selepas ini si comel berwarna kelabu ini akan menjadi sahabat baik kepada Commander. Kucing yang kini berusia dua tahun itu dinamakan sempena tempat asal haiwan tersebut, Willow Grove.
Untuk pengetahuan pembaca Willow merupakan kucing pertama sejak pentadbiran presiden George W. Bush berakhir pada 2009 yang ketika itu membawa seekor kucing berwarna hitam yang dinamakan sebagai India sebagai kucing White House.
Isteri Presiden AS, Dr. Jill Biden berkongsi gambar Willow ketika hari pertama kucing itu memasuki White House. Dalam ciapannya di Twitter itu beliau berkata, “Meet Willow!”.
Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Dr Jill berjumpa si comel ini. Beliau terlebh dahulu telah ‘berkenalan’ dengan Willow ketika kucing itu tiba-tiba muncul di atas pentas dalam salah satu acara kempen pilihan raya suaminya di Pennsylvania.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Dr. Jill Biden kepada Associated Press, “Willow kini menetap di White House dengan mainan kegemarannya, makanan ‘jajan’ kegemaran dan ruang yang luas untuk dihidu dan diteroka.”
Bertuah sungguh Willow! Do your job please, tangkap tikus-tikus yang ada di White House.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.