“Comelnya, Macam Anime Dah,” – Penampilan Masya Masyitah Di Jepun Tarik Perhatian

Share

Nama Masya Masyitah mula menjadi perhatian apabila dia berjaya memenangi pertandingan Ceria Popstar pada tahun 2014 ketika baru berada di tingkatan dua. Bermula dari titik tersebut, gadis cantik yang berasal dari Kedah ini terus aktif dalam dunia tarik suara.

Buktinya dia pernah menjadi juara pertandingan pencarian bakat antarabangsa, Yippi Star Quest 2020 yang berlangsung pada 24 Oktober 2020. Masya berjaya menewaskan penyanyi Filipina, Phem sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$40,000 iaitu kira-kira RM160 ribu.

Selain terkenal dengan suaranya yang merdu, gaya penampilan pemilik nama penuh Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff ini juga kerap menjadi perhatian ramai. Dia cukup pandai berfesyen sesuai dengan usianya yang masih muda. Biarpun berhijab, itu tidak menjadi penghalang baginya untuk berkesperimen dalam gaya.

Terbaharu dalam hantaran di Instagramnya, Masya yang kini sedang berada di Jepun dilihat cukup comel mengenakan pakaian bertemakan rona biru denim dan dapat dilihat rekaannya berkonsep kawaii yang cukup comel.

Dalam hantaran tersebut, dia menulis kapsyen berbunyi, “Just go. Go see all the beauty in the world. Learn. Grow. Discover.

ARTIKEL BERKAITAN: Cemerlang Di Pentas Antarabangsa, Wan & Mary Wakili Malaysia Ke Thai Silk International Fashion Week

Memadankan busana tersebut bersama baju turtle neck dan seluar rona putih bersama but tinggi rona hitam, penampilan Masya diserikan lagi dengan penggayakan beanie dan loket berbentuk M. Gaya selendangnya pula dilepas labuh bersahaja.

Teman selebriti, Hannah Delisha memberikan komen, “So Cute” manakala pemilik akaun Instagram @cy97 pula berkata, “Some how you always can match the vibe where you are.” Seorang lagi warga net @i_am-mariam1101 turut meninggalkan komen berbunyi, “Comelnyer… macam anime dah.”

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber & Kredit foto: Instagram Masya Masyitah

Published by
Fiezreen