Kita mesti selalu berangan-angan nak jadi kuruskan. Tapi setiap kali melihat makanan yang sudah terhidang di depan mata, angan-angan akhirnya menjadi mimpi yang tak sudah. Selepas sendawa kekenyangan, baru rasa menyesal kerana melantak tak ingat dunia. Sebenarnya bukan susah pun nak kurus. Dengan syarat mesti ikut lima tips ini. Perkara-perkara ini tak patut dilakukan selepas makan.
Mandi
Kadang memang berpeluh makan tambah-tambah rasanya cukup pedas tapi enak. Tapi kalau nak kurus, jangan terus mandi selepas makan. Mandi selepas makan akan melambatkan proses pencernaan dan memberi risiko untuk tubuh kembali gemuk. Mandi selepas makan juga akan menurunkan paras suhu dalam badan dan ini akan melambatkan tindak balas metabolisma pada tubuh.
Senaman berat
Melakukan senaman berat selepas makan akan menyebabkan perut mengalami kekejangan. Suhu dalam badan akan meningkat dan ini menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Silap-silap boleh masuk hospital.
Ads
Merokok
Korang pasti suka merokok selepas makan makanan yang pedas. Dah jadi tabiat bagi sesetengah orang. Mungkin juga terikut-ikut dengan trend. Tapi awas ya, merokok selepas makan akan meningkatkan kadar asid di dalam darah. Kadar asid ini boleh menganggu pencernaan dan risiko untuk berat badan korang naik juga akan bertambah!
Tidur
Jangan tak percaya, ramai yang suka tidur selepas makan tengahari. Perut yang kenyang membuatkan mata mudah mengantuk. Ketika ini kalau disorongkan bantal, pasti sudah sampai ke alam lain yang indah. Tidur selepas makan akan membuatkan perut kembung dan menganggu proses pencernaan. Kalau nak tidur juga pastikan sekurang-kurangnya korang sudah dua jam makan sebelumnya. Jangan terus tidur selepas makan!
Buka butang seluar atau tali pinggang
Selepas makan, perut terasa senak akibat kekenyangan. Pasti ramai yang mengambil keputusan untuk membuka butang seluar atau tali pinggang bagi memberi keselesaan pada perut. Tapi tahukah tindakan ini akan membuatkan otot perut makin kendur dan perut semakin buncit.
Ads
Jadi, berwaspadalah pada lima perkara di atas. Bukan susah nak kurus sebenarnya. Yang penting semangat mesti kuat, ada ilmu di dada dan pastikan kurus untuk sihat!
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selari dengan kemunculan filem paling dinanti-nantikan awal tahun ini iaitu Godzilla vs Kong, Uniqlo Malaysia telahpun mengeluarkan merchandise yang wajib dimiliki oleh semua peminat dua titan bersejarah dalam dunia perfileman itu.
Koleksi baju T di bawah rangkaian UT ini telahpun menemui stor Uniqlo dan dijual secara maya sejak beberapa minggu yang lalu dan hasilnya ternyata tidak mengecewakan.
Sebanyak sepuluh rekaan menarik boleh dipilih oleh korang dan setiap satu daripada mempunyai keistimewaan rekaan yang tersendiri.
Ada di antaranya yang menampakkan babak menarik daripada filem tersebut.
Sekiranya korang lebih meminati rekaan berasaskan perkataan (font) filem tersebut, korang boleh memilih tiga warna baju T berbeza iaitu biru, coklat keperangan dan biru tua.
Paling penulis gemari adalah baju T hijau zaitun ‘Mothra Against Godzilla’ yang kelihatan retro.
Harga yang ditawarkan juga cukup berbaloi untuk korang kumpulkannya sebagai merchandise.
Semalam kita dikejutkan dengan kematian Chadwick Boseman yang diberitakan mati akibat kanser kolon pada usianya 43 tahun. Lakonan hebat Chadwick dalam filem hebat Black Panther pasti masih diingati oleh ramai peminatnya. Aktor hebat ini sudah empat tahun berjuang melawan kanser kolon sebelum berakhir dengan pemergiannya semalam.
Tentu ramai ingin tahu di sebalik kanser kolonkan. REMAJA kongsikan artikel ditulis oleh Dr. Arief Budiman Abdul Aziz dari portal rasmi My Health Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai kanser kolon yang kerap terjadi kepada lelaki.
Apa itu kanser kolon?
Usus besar terdiri dari kolon dan rektum yang memainkan peranan penting dalam proses pembuangan najis. 5 hingga 6 kaki pertama usus besar adalah kolon dan rectum adalah 6 inci panjang yang berakhir di dubur. Kanser kolon dan rektum adalah salah satu satu daripada kanser yang kerap berlaku di dunia.
Di Malaysia Barat pada tahun 2002, ia merupakan kanser tertinggi di kalangan lelaki dan ketiga di kalangan wanita. Bangsa Cina mencatatkan bilangan tertinggi pesakit kanser kolon dan rektum. Kanser kolon dan rectum biasanya bermula dengan polip (unjuran berbentuk jejari) dan berubah kepada kanser. Pengesanan awal amat penting bagi membolehkan pembuangan polip dengan segera
Faktor Risiko
Penyebab kanser kolon dan rektum tidak diketahui. Faktor mendorong kepada kanser kolon dan rektum :
Usia: lebih 90% kes di Malaysia berlaku pada usia lebih 40 tahun.
Polip: polip jenis adenoma boleh menyebabkan kanser.
Penyakit radangan usus : seperti “ulcerative colitis”(luka dan radangan pada usus) dan “Crohn’s disease” (radangan pada usus,usus menebal dan luka) membentuk radangan yang berpanjangan.
Sejarah kanser: wanita yang mendapat kanser ovari, rahim atau payudara berkemungkinan mendapat kanser kolon dan rektum.
Sejarah keluarga kanser: ahli keluarga mendapat kanser kolon dan rektum, terutama sekali bila kanser didapati pada usia sebelum 60 tahun.
Pemakanan: makanan tinggi lemak dan kurang serat.
Merokok: kajian menunjukan perokok lebih ramai mati akibat kanser kolon dan rektum berbanding dengan individu yang tidak merokok.
Ubat penahan sakit bukan steroid: contoh aspirin boleh kurangkan risiko pembentukan kanser kolon dan rektum hasil dari sesetengah kajian.
Permakanan dan ubatan: makanan kaya dengan buah-buahan, sayuran dan kurang daging merah mungkin mengurangkan risiko kanser usus dan dubur. Sesetengah kajian mendapati pengambilan ubatan folic acid dan kalcium boleh mengurangkan risiko kanser kolon dan rektum.
Berat badan dan aktiviti fizikal: individu dengan cara hidup yang tidak aktif dan individu lebih berat badan atau obesiti meningkatkan risiko kanser kolon dan rektum.
Gejala
Berikut adalah gejala kanser kolon dan rektum. Jika anda mendapat gejala berikut, sila berjumpa doktor untuk pengesahan.
Abdomen tidak selesa, termasuk kerap kembung, sebu dan kejang.
Turun berat badan tanpa sebab
Kerap penat atau letih lesu
Perubahan habitat pembuangan najis.
Cirit birit, sembelit atau perasaan usus tidak dapat dikosongkan sepenuhnya.
Najis berwarna merah atau terlalu gelap dalam najis.
Najis kelihatan bersaiz kecil atau leper dari biasa.
Diagnosa
Ada beberapa ujian yang perlu dilakukan untuk membuat diagnosa kanser kolon dan rektum dan untuk mengesan samada berlaku perebakan ke organ lain dan untuk mengambil keputusan cara rawatan yang baik.
Sigmoidoskopi/ kolonoskopi
Tiub dimasukkan untuk melihat polip/ketumbuhan di dalam kolon dan rektum. Jika ada polip akan dibuang.
Biopsi
Pengambilan sedikit tisu di usus untuk pemeriksaan di bawah mikroskop, diambil semasa kolonoskopi atau semasa pembedahan.
Ujian darah
Kesan kurang darah akibat kerap berlaku perdarahan ke dalam usus yang boleh menyebabkan penyakit kurang darah.
Ujian imejan
CT scan – kesan perebakan kanser ke paru paru, hati dan organ lain.
Ultrasound – prosedur menggunakan gelombang bunyi untuk hasilkan imej jika kanser telah merebak ke hati, atau organ lain.
X-ray – untuk kesan perebakan ke paru paru.
Tahap kanser adalah cara menerangkan tentang situasi kanser contoh lokasi, perebakan dan adakah ia melibatkan fungsi organ lain. Dengan mengetahui tahap, ia memberi panduan kepada doktor untuk menentukan rawatan dan meramalkan peluang untuk sembuh.
Tahap I : Kanser terletak di lapisan dalam usus atau dubur
Tahap II: Kanser merebak melalui dinding usus atau dubur
Tahap III: Kanser merebak ke nodus limfa berhampiran
Tahap IV: Kanser merebak ke bahagian badan yang jauh seperti hati dan paru paru.
Rawatan
Rawatan bergantung kepada lokasi tertentu
Rawatan yang kerap dilakukan. sebahagian dari kolon dan rektum yang sihat dan nodus limfa juga akan dibuang. Sebahagian kecil pesakit perlu kolostomi (sebahagian usus dibawa keluar untuk pengeluaran najis) samada sementara atau pun kekal. Kesan sampingan pembedahan adalah rasa sakit, sakit bila disentuh pada kawasan pembedahan, sembelit atau cirit birit tetapi buat sementara waktu sahaja. Individu yang menerima kolostomi mungkin akan alami radangan sekeliling stoma.
Guna tenaga radiasi yang tinggi untuk membunuh sel kanser. Mungkin digunakan sebelum pembedahan untuk kecutkan ketumbuhan supaya senang dibuang atau selepas pembedahan untuk musnahkan sel yang tertinggal. Kesan sampingan – letih lesu, ganguan pada kulit dan kerosakan pada kulit tempat rawatan diberikan, hilang selera makan, loya dan cirit birit dan ia juga menyebabkan perdarahan di dalam najis atau penyumbatan usus.
Gunakan ubat untuk bunuh sel kanser selepas pembedahan untuk buang sel yang tertinggal. Kesan sampingan – loya, muntah, cirit birit atau rekahan di mulut.
Pembedahan
Terapi radiasi
Terapi kimo
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini Sandra Lim Shue Hui telah membanggakan Malaysia apabila dia berjaya merangkul gelaran naib juara dalam pertandingan Miss Global 2022. Bersaing dengan 73 peserta yang lain membuktikan pencapaiannya bukan calang-calang.
Namun untuk mencapai ke tahap tersebut, banyak pengorbanan dan juga pelajaran yang harus ditimba bagi memberikan hasil terbaik dan mampu berdiri setanding wakil negara lain. Dia yang merupakan seorang atlet bela diri sebelum menceburi dunia ratu cantik benar-benar berusaha untuk memberi yang terbaik.
Menarik perhatian REMAJA adalah perkongsian yang dibuat oleh Afeer Razak yang merupakan direktor kebangsaan bagi Miss Global Malaysia. Menerusi gambar yang dikongsikan, transformasi yang dilalui oleh Sandra cukup mengagumkan.
“Mendidik Sandra sangatlah mudah sebab dia sangat rajin berusaha. Belatih berjalan, ambil video dan hantar kepada team. Dari hari ke hari Sandra makin digemari dan dikenali berkat hasil usaha beliau yang rajin untuk menjadi seorang ratu
“Kemuncaknya apabila Sandra diberi peluang untuk berjalan di KL Fashion Week selain mukanya terpampang di billboard jenama Padini. Sebagai seorang atlet, untuk mencapai ketahap ini, bukan mudah. Serba serbi keras. Tetapi Sandra tetap Sandra, seorang yang rajin berusaha,” ujar Afeer.
Terbukti dengan persediaan rapi, seorang calon ratu cantik mampu menampilkan yang terbaik. Bukan sekadar diberikan busana yang cantik, namun persediaan dari segi penampilan dan cara pembawaan diri memainkan peranan.
Jika diperhatikan, gaya solekan yang diterapkan Sandra tepat dalam membentuk persona yang menjadikan dirinya seorang ratu. Giginya pula dirapikan bagi memberi senyuman yang paling manis. Semua ini disudahi pula dengan gaya komunikasi yang berkesan, lantas membentuk seorang wakil negara yang bagus.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 sudah pun bermula pada hari ini. Bagi pelajar SPM, selain sibuk dalam mengulang kaji semula segala...