Kita mesti selalu berangan-angan nak jadi kuruskan. Tapi setiap kali melihat makanan yang sudah terhidang di depan mata, angan-angan akhirnya menjadi mimpi yang tak sudah. Selepas sendawa kekenyangan, baru rasa menyesal kerana melantak tak ingat dunia. Sebenarnya bukan susah pun nak kurus. Dengan syarat mesti ikut lima tips ini. Perkara-perkara ini tak patut dilakukan selepas makan.
Kadang memang berpeluh makan tambah-tambah rasanya cukup pedas tapi enak. Tapi kalau nak kurus, jangan terus mandi selepas makan. Mandi selepas makan akan melambatkan proses pencernaan dan memberi risiko untuk tubuh kembali gemuk. Mandi selepas makan juga akan menurunkan paras suhu dalam badan dan ini akan melambatkan tindak balas metabolisma pada tubuh.
Melakukan senaman berat selepas makan akan menyebabkan perut mengalami kekejangan. Suhu dalam badan akan meningkat dan ini menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Silap-silap boleh masuk hospital.
Korang pasti suka merokok selepas makan makanan yang pedas. Dah jadi tabiat bagi sesetengah orang. Mungkin juga terikut-ikut dengan trend. Tapi awas ya, merokok selepas makan akan meningkatkan kadar asid di dalam darah. Kadar asid ini boleh menganggu pencernaan dan risiko untuk berat badan korang naik juga akan bertambah!
Jangan tak percaya, ramai yang suka tidur selepas makan tengahari. Perut yang kenyang membuatkan mata mudah mengantuk. Ketika ini kalau disorongkan bantal, pasti sudah sampai ke alam lain yang indah. Tidur selepas makan akan membuatkan perut kembung dan menganggu proses pencernaan. Kalau nak tidur juga pastikan sekurang-kurangnya korang sudah dua jam makan sebelumnya. Jangan terus tidur selepas makan!
Selepas makan, perut terasa senak akibat kekenyangan. Pasti ramai yang mengambil keputusan untuk membuka butang seluar atau tali pinggang bagi memberi keselesaan pada perut. Tapi tahukah tindakan ini akan membuatkan otot perut makin kendur dan perut semakin buncit.
Jadi, berwaspadalah pada lima perkara di atas. Bukan susah nak kurus sebenarnya. Yang penting semangat mesti kuat, ada ilmu di dada dan pastikan kurus untuk sihat!