Berita

Congo Dilanda Wabak Misteri! Simptom Selsema, Batuk, Demam, Hingga Bawa Maut!

Share

Congo dilanda selsema, batuk, demam dan sakit kepala yang meragut nyawa.

Republik Demokratik (DR) Congo kini berjaga-jaga tahap tertinggi susulan penularan penyakit misteri yang telah pun meragut berdozen-dozen nyawa dalam tempoh sebulan yang lepas.

ARTIKEL BERKAITAN : Lima Wabak Virus Pembawa Maut Yang Pernah Menyerang Rakyat Malaysia

Pihak berkuasa kesihatan negara tersebut menyifatkan pesakit yang menyebabkan simptom seperti selsema, batuk, demam dan sakit kepala itu sebagai ‘kecemasan awam yang tidak diketahui’.

Menteri Kesihatan Congo, oger Kamba

Menurut AFP, penyakit berkenaan pertama kali dikesan pada Oktober lepas dan setakat ini hanya terhad di kawasan wilayah Panzi, kira-kira 700 kilometer tenggara ibu negara, Kinshasa.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 17 orang pesakit yang meninggal dunia berdepan dengan masalah pernafasan.

Penyakit misteri menular di Congo, lebih 6o kematian dicatatkan setakat ini

 

Manakala 10 lagi kes kematian berpunca daripada kekurangan transfusi disebabkan keadaan anemia yang teruk.

Tambah Kamba, sebanyak 44 kematian lagi dilaporkan berlaku dalam kalangan komuniti, namun tidak menolak ‘sebab-sebab lain’ mungkin menjadi punca kematian tersebut.

Berdasarkan data awal yang diperolehi, penyakit misteri itu didapati memberi kesan terutamanya kepada golongan muda dengan kira-kira 40 peratus kes melibatkan kanak-kanak dibawah usia lima tahun.

 

Foto Via The Guardian

Menurut AFP, epidemiologis kini sudah pun dihantar ke Panzi untuk mendapatkan sampel daripada pesakit.

Setakat ini, pakar kesihatan menolak kemungkinan bahawa koronavirus sebagai punca kepada penyakit berkenaan. Namun mereka menyimpulkan bahawa penyakit tersebut memberi kesan kepada sistem pernafasan.

Sumber: AFP

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana