Bukan mudah untuk pelajar dari Malaysia terpilih bagi melanjutkan pelajaran di universiti berprestij seperti Cambridge University.
Namun itu tak seharusnya menghalang kita daripada memperolehi pendidikan sebaik silibus yang diajar di universiti tersebut.
Impian itu tidak mustahil jika korang memilih untuk mengambil peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) seperti dua orang pelajar cemerlang ini.
Teng Yee Shean dan Hassan Azhar daripada Beaconhouse Sri Inai International masing-masing telah dinamakan sebagai penerima terbaik Malaysia bagi subjek Perniagaan dan Geografi. Penghargaan itu telah diberikan oleh Cambridge Assessment International Education sendiri sempena Outstanding Cambridge Learners Awards, baru-baru ini.
Menurut Yee Shean kepada rakan media di Free Malaysia Today, mereka telah menduduki peperiksaan tersebut pada November tahun lalu dan baru mengetahui bahawa mereka memperolehi markah tertinggi bagi subjek masing-masng.
Katanya, “This is an honour.
Perniagaan adalah minat saya selama ini walaupun saya masih seorang pelajar.“Saya amat gembira apabila dinamakan sebagai pelajar terbaik di Malaysia untuk peperiksaan ini dan ia memberi lebih motivasi kepada saya untuk meneruskan minat ini pada masa akan datang.
Sementara itu, Hassan yang pada mulanya tidak menyangka akan meminati subjek Geografi bersyukur kerana kerana usahanya selama ini membuahkan hasil.
Tahniah korang!
*
Ini bukanlah kali pertama pelajar dari Malaysia menjadi penerima Outstanding Cambridge Learners Awards.
Tahun lalu, pelajar bernama Andres Nge Jing menjadi penerima bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan. Pada tahun 2018 pula, Bryan Chow Wei Ming menerimanya bagi Matematik sementara Sneha Sherchan merupakan pelajar terbaik bagi subjek Perspektif Global.
Bukan kaleng-kaleng kan pelajar Malaysia.
NEXT READ: Pelajar 16 Tahun Diterima Masuk RCSI