
Tahniah kami ucapkan kepada adik kepada pelakon Fatiya Latif, Fasiha Latiff kerana telah pun bergelar doktor pada usia 25 tahun.
Gadis yang baru saja menamatkan pengajian di Trinity College ini berkongsi foto majlis graduasinya di Dublin, semalam.
Rata-rata pengikutnya di laman Instagram mengucapkan tahniah dan turut merasa bangga dengan gelaran yang diperolehnya seawal usia 25 tahun.

Malah, tak kurang juga ada yang berseloroh katanya tak sabar nak dirawat oleh doktor cantik ini. Hiks!

Apa-apa pun, sekali lagi ucapkan tahniah buat Fasiha Latiff atas kejayaannya bergelar doktor di usia muda. Semoga gadis ini dijadikan inspirasi buat remaja di luar sana.
Ini baru beauty with brain kan?
Instagram: Fasiha Latiff
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kenduri Berlangsung Semalam, Mayat Bakal Pengantin Ditemui Pagi Ini

Mengikut perancangan semua pihak, hujung minggu ini sepatutnya menjadi momen paling indah buat keluarga kedua-dua belah pihak apabila dua insan yang mereka sayangi mengikat tali perkahwinan.
Namun ternyata, rancangan Allah SWT lebih nyata apabila mayat bakal pengantin lelaki yang dilaporkan hilang di Pantai Alor Tuman dekat Marang, Terengganu baru selamat ditemui kira-kira jam 10 pagi tadi.
Dalam laporan Sinar Harian semalam, Naim Hariri Kamaryddin, 31 dan Fatin Nabila Huda Ismail, 27 sepatutnya melangsungkan majlis akad nikah mereka pada jam 10 pagi semalam di Masjid Kampung Surau Haji Mat Zin. Malah, bapa bakal pengantin perempuan iaitu Ismail Awang, 61 turut sempat berjumpa dengan Naim Hariri selama 100 minit pada pagi hari Jumaat semasa beliau datang melihat persiapan akhir kenduri.


Setelah Naim dipercayai pergi mandi di kawasan pantai sebelum waktu senja pada hari Jumaat, dia dilaporkan lemas di Pantai Kelulut dan misi mencari & menyelamat terus dilakukan di kawasan seluas 42 kilometer itu; bermula jam 7 pagi semalam.
Pada masa yang sama, majlis kenduri yang dirancang oleh keluarga belah perempuan masih diteruskan memikirkan jemputan kira-kira 500 orang tetamu telah tiba. Keputusan untuk meneruskan kenduri makan juga dibuat memandangkan makanan dan minuman sudah ditempah lebih awal.
*
Dakwaan bakal pengantin lelaki itu telah lemas disahkan setelah mayatnya ditemui terdampar di Pantai Alor Truman pada jam 8.55 pagi ini.

Menurut laporan Astro Awani, mayat yang ditemui dalam keadaan sempurna itu telah dicam oleh bapa mangsa menerusi beberapa objek identiti yan ada pada jasad.
Jenazah Naim Hariri telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan kenalan rapat mangsa. Bagi korang yang berada di kawasan tepian pantai, berfikirlah dahulu sebelum bermandi-manda pada musim tengkujuh ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Page Kesihatan Di Facebook Selar Tindakan Selebriti Promosi Vape Di Media Sosial

Isu Vape nampaknya semakin menjadi topik perbualan di media sosial apabila sebuah page kesihatan di Facebook, Public Health Malaysia menyelar selebriti popular yang menyerahkan wajah mereka untuk dipromosikan di kotak dan iklan cecair nikotin.
Public Health Malaysia merupakan satu platform untuk menyampaikan maklumat mengenai perkembangan dan isu berkaitan kesihatan awam, serta memfokuskan kepada pencegahan, perlindungan dan promosi kesihatan.
Jadi, mereka telah bersuara dan mempersoalkan tentang isu ini. Melihatkan situasi semasa di mana ibu bapa dan guru mengadu semakin ramai anak-anak yang mula terjebak dengan vape dan tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.
Terbaru, semakin ramai selebriti popular Malaysia disogok untuk mempromosikan produk tersebut. tidak cukup dengan instagram review dan promosi di media sosial, wajah mereka juga digunakan di kotak-kotak cecair nikotin.

Apa buktinya selebriti dan perisa vape mempengaruhi anak-anak?
Menurut kajian TECMA 2016, dianggarkan 300,000 pelajar sekolah merupakan pengguna rokok elektronik. Apabila disoal kenapa mereka mula menggunakan vape, 77.3 % pelajar mengaku sukakan perisa dan bau vape, manakala 20.3% mengaku terpengaruh dengan selebriti popular.
Walaupun mereka beramai-ramai mengangkat papan tanda #Not4kids yang kononnya sebagai semboyan untuk membantah penjualan vape kepada golongan bawah umur, namun hakikatnya mereka masih melakukan promosi besar-besaran dengan memaparkan wajah mereka di kotak-kotak cecair nikotin.
Malah, ada juga diantara mereka yang merupakan pengacara dan juri untuk rancangan bakat kanak-kanak.
Persoalan mereka, mengapa ada di antara selebriti yang sanggup membiarkan wajah mereka terpampang di kotak nikotin, iaitu sejenis cecair yang menyebabka ketagihan?
Hm, what say you?
Sumber: Public Health Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan Malaysia Saja Kenakan Perintah ‘Lockdown’ Kedua, Ini 5 Buah Negara Lain

3,309
Itulah jumlah kes positif COVID-19 yang dicatatkan semalam pada hari terakhir sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan; bermula hari ini.
Sememangnya, angka tersebut ibarat satu tamparan kepada Malaysia, secara amnya tentang bagaimana kita telah membiarkan situasi wabak di negara ini meningkat secara mendadak dalam tempoh 5 bulan yang lalu sehingga memaksa beberapa buah negeri untuk kembali diletakkan di bawah arahan PKP.
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Muat Turun Borang Permit Pergerakan PKP & PKPB Untuk Rentas Negeri Atau Daerah – REMAJA
Bagaimanapun, usahlah kita menunding jari kepada mana-mana pihak. Jangan gigih mencari siapakah punca sebenar peningkatan itu. Apa yang penting adalah usaha kita sekarang untuk melandaikan situasi semasa.
Untuk pengetahuan, bukan Malaysia saja yang terpaksa memberi arahan duduk di rumah buat kali kedua. Beberap negara lain juga mengambil langkah yang sama demi menjaga keselamatan rakyat setelah ratusan ribu kes baharu dilaporkan pada awal minggu ini.
.
Amerika Syarikat

Sumber Foto: Getty Images.
Tidak habis-habis ya isu yang melanda negara Uncle Sam dari tahun lalu.
Setelah penyokong Donald Trump melakukan rusuhan di US Capitol bagi menghalang pengesahan pelantikan Joe Biden sebagai Presiden baharu Amerika Syarikat, minggu ini beliau mengistiharkan pula perintah darurat di Washington D.C menjelang acara pelantikan rasmi itu yang dijadualkan berlangsung pada 20 Januari ini.
Haih, tak nak lepaskan kuasa sungguh!
.
Lebanon

Pengumuman perintah sekatan dan kawalan pergerakan diambil di tiga buah kawasan setelah jumlah kes COVID-19 di Lebanon mencatatkan angka membimbangkan – sejak 7 Januari sehingga 1 Februari ini.
Bagaimanapun, ia dilihat masih belum mencukupi memandangkan jumlah katil di hospital juga semakin berkurangan. Lalu, bermula isnin lalu pula, Lebonan mengenakan sekatan lockdown di seluruh negara selama 11 hari berturut-turut.
.
China

Keadaan di Wuhan China. Sumber Foto: Getty Images.
Perintah lockdown baru saja diumumkan di Shijiazhuang, Langfang, Hebei dan Heilongjiang setelah banyak kes baharu COVID-19 dilaporkan secara drastik. Ia memberi kesan kepada 11 juta orang rakyat yang mendiami kota itu untuk beroperasi seperti biasa.
Seperti di Malaysia, rakyat tidak dibenarkan untuk merentas daerah di sana. Malah menjelang perayaan Tahun Baru Cina tahun ini, banyak wilayah yang mengumumkan sekatan perjumpaan beramai-ramai di kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
.
Great Britain

Perdana Menteri Britain, Boris John mengumumkan negara itu kembali dalam keadaan lockdown untuk kali ketiga bermula minggu ini sehinggalah pertengahan Febuari nanti.
Ini selepas Britain menunjukkan angka kematian terburuk di seluruh dunia buat masa ini disebabkan jangkitan wabak. Sehingga kini, lebih 3 juta rakyatnya telah disahkan positif COVID-19 dan jumlah kematiannya mencecah 81,000.
Bak kata Perdana Menteri mereka, “Britain sedang dalam perlawanan menentang masa.” Mengikut perancangan, sebanyak 15 juta orang rakyat Britain dijangka akan menerima suntika vaksin sehingga bulan hadapan demi mengawal jumlah kes pada musim bunga kelak.
.
Thailand
Sumber Foto : AFP.
Negara seberang kita juga baru saja memperkenalkan sekatan pergerakan selepas gelombang kedua COVID-19 tercetus di sana. Bagaimanapun, seperti Malaysia, Thailand juga tidak mengehadkan pergerakan ekonomi seperti tahun lalu. Sebaliknya, mereka mengehadkan pergerakan rakyat secara berperingkat mengikut wilayah sejak Disember 2020.
Antara cara yang dilaksanakan adalah mengehadkan pembukaan restoran sehingga jam 9 malam saja di Bangkok. Di 6 buah wilayah di sana, penduduk perlu mendapatkan permit khas untuk merentas keluar. Jadi, ia bukanlah lockdown sepenuhnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

