Cayalah Malaysia!
Peserta negara telah mencipta kejayaan hebat apabila berjaya menewaskan 21 peserta lain untuk memenangi pertandingan R U Tough Enough Asia Tenggara yang dibawakan oleh KIX Asia.
Tahniah kepada Mohd Saddam bin Mohd Pittli yang sebentar tadi menjadi peserta terpantas menyelesaikan halangan sukar dan akhirnya memenangi hadiah utama berupa wang tunai US$15,000 (RM62,950)!
Saddam yang juga merupakan seorang pegawai tentera sebenarnya telah kehilangan ibu tersayang sejak usia 11 tahun lagi. Disebabkan detik hitam tersebut, ayahnya terpaksa bekerja untuk menampung 10 orang anaknya.
Lalu, Saddam terpaksa belajar untuk menjadi lebih berdikari walaupun masih bersekolah rendah. Dia sendiri perlu membantu ayahnya untuk menjaga dan menyara adik di bawahnya.
Untuk menenangkan emosinya selepas kehilangan ibu pula, Saddam menemui aktiviti kegemaran yang dapat membuatkannya lupakan rasa sedih.
Guess what it is guys…
Yup, berlari. Saddam tak pernah melepaskan hobinya itu sehinggalah dia menjadi seorang peserta yang aktif menyertai acara Spartan Race sekarang.
Selain daripada Saddam, 4 lagi peserta dari Malaysia telah mencabar diri mereka hari ini untuk menewaskan peserta negara lain seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Mereka ialah Vincent Mallang (pelatih fitness), Priya Naidu (pelatih fitness), Syarif Nirhidayat (trainer dan pemain ragbi) dan Teh Wai Kit (chef serta peserta termuda hari ini!). Sementara itu, ia dihoskan oleh Hansen Lee dan duta RU Tough Enough, Ishaq Vadillo yang popular dengan aktiviti FlyCycle.