Dari zaman anak dara hinggalah kini sudah bergelar ibu, jelitawan ini masih kekal sama seperti dahulu.
11 edisi pencarian Dewi Remaja telahpun berlalu sejak dari tahun 1985. Dan dari sejarah 37 tahun penganjurannya itu, ramai di kalangan finalis yang lahir daripada pencarian ini telahpun bergelar ibu.
Sempena sambutan Hari Ibu pada 8 Mei hari ini, kami ingin throwback semula beberapa alumni finalis Dewi Remaja yang kini juga bergelar hot mummies! Selamat Hari Ibu dewis!
Noor Neelofa
Dewi Remaja 2009 / 2010
Februari 2022 menjadi bulan termanis buat juara Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa setelah dia dan suami menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka, Muhammad Bilal. Sebagai dewi terbaru yang kini bergelar mummy, Neelofa dalam satu pertemuan bersama media baru-baru ini mengakui masih sedang belajar mengadaptasi peranannya sebagai seorang ibu.
Memilih untuk menjaga privasi identiti Bilal setakat artikel ini ditulis, Neelofa dan Haris beranggapan ia bukanlah demi menyembunyikan anak mereka daripada tatapan umum. Bagaimanapun, mereka merasakan biarlah Bilal menikmati waktu-waktu awal ini dalam kalangan keluarga terlebih dahulu sebelum satu hari nanti diperkenalkan kepada dunia luar.
ARTIKEL BERKAITAN : Neelofa Belum Tinggalkan Industri, Beri ‘Hint’ Bakal Muncul Dengan Talkshow Terbaru – REMAJA
Mawar Rashid
Dewi Remaja 2014 / 2015
View this post on Instagram
Setelah menimang Raden Muhammad Rafael pada Mac 2019, pemenang Dewi Favourite 2014/2015, Mawar Rashid dan suami Raf tidak menunggu lama untuk cahaya mata seterusnya.
Mawar selamat melahirkan anak kedua yang diberikan nama Raden Seri Rosabella Cinta. Amboi, macam kacukan nama watak Sinetron & Telenovela tak? Hehe.. Kongsinya, kelahiran itu berjalan lancar secara normal tanpa memerlukan epidural, ubat penahan sakit atau laughing gas.
“Nikmat kesakitan yang banyak menginsafkan Mawar. Pengorbanan bersalin ini buatkan Mawar sedar, dalam hidup kita untuk mendapat sesuatu yang kita betul-betul nak, kita kena berkorban dahulu. Semasa nak lahirkan itu, Mawar hanya serah kepada Allah dan minta pertolongan Allah semoga selamat lahirkan baby Cinta,” kongsinya.
Kuza
Dewi Remaja 1990 / 1991
View this post on Instagram
Sekitar tahun 2012, Kuza pernah memberitahu harapannya agar tiga orang anaknya tak akan mengikut jejak langkahnya sebagai seorang selebriti.
Nizam Firdaus, 24, Puteri Nazihah, 23 dan Puteri Nadia, 13 masing-masing mempunyai iras cantik seperti Kuza. Namun kata Kuza, “Saya tak galakkan mereka terlibat dalam bidang seni kerana saya sudah lalui pahit manis sebagai pelakon. Ia bukanlah semudah yang disangka.
“Saya mahu mereka kejar cita-cita dalam bidang lain yang lebih menjamin masa depan.”
Anzalna Nasir
Dewi Remaja 2009 / 2010
Ibu kepada Eidrees ini dijangka bakal mendapat adiknya pada bulan Syawal 2022! Berita gembira ini telah diumumkan oleh Anzalna Nasr sendiri sewaktu kandungannya mencecah lapan bulan, April lalu. Menariknya, Eidrees juga telah dilahirkan pada bulan Syawal tahun 2019 dan nama ‘Eid-rees’ dipilih sempena kenangan tarikh tersebut. Begitupun, jantina bayi yang dikandung oleh dewi kelahiran Pulau Pinang ini masih belum didedahkan untuk memberi kejutan kepada keluarganya nanti.
ARTIKEL BERKAITAN : Mohon Doakan Terus Istiqomah, Anzalna Beri Kejutan Pada Majlis ‘Birthday’ Suami – REMAJA
Didie Alias
Dewi Remaja 1990 / 1991
Pada Jun 2014, Didie Alias telah melahirkan seorang bayi lelakinya bernama Muhammad Dayyan. Dayyan dah pandai dan petah bercakap sekarang!
Dan beberapa tahun lalu, rakan seperjuangan Jasmin Hamid dan Datin Seri Umie Aida ketika Dewi Remaja 1990/1991 ini telah berkongsi kegembiraan ketika menimang cucu sulungnya pula. Cucu lelaki itu selamat dilahirkan oleh anak Didie, Nur Dhaniyah Md Ridzuan. Sebelum ini, Didie dikurniakan lima orang anak hasil perkahwinan pertamanya.
ARTIKEL BERKAITAN : “Budak Baru Nak Naik Tunjuk Bakat, Tak Perlu Ada Content Bodoh..” – Didie Alias – REMAJA
Rozita Che Wan
Dewi Remaja 1994 / 1995
Rasanya, kami tak perlu perkenalkan lagi anak perempuan kepada Rozita Che Wan ini. Aaisyah Dhia Rana petah bercakap dan memang tak kalah dari segi gaya dan kecomelannya.
Anak tunggal perkongsian bersama Zain Saidin ini memang mengikut gaya ibunya yang sentiasa cantik dan manis dipandang. Rozita Che Wan juga mempunyai anak bujang Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Izara Aishah
Dewi Remaja 2009 / 2010
Tanggal 15 April 2020 menjadi detik istimewa buat Naib Juara Dewi Remaja 2009/2010 ini. Izara Aishah selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Irisa Alaia setelah tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan pasangan, Muhammad Adib. Katanya, tarikh jangkaan sepatutnya adalah pada akhir bulan namun mereka bersyukur menerima berita bahagia ini lebih awal.
ARTIKEL BERKAITAN : BFF Sehingga 12 Tahun Selepas Dewi Remaja, Izara Aishah Jadi Model Terbaru Naelofar – REMAJA
Rita Rudaini
Dewi Remaja 1997 / 1998
Semakin membesar, anak teruna Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna pun dah pandai untuk main media sosial.
Finalis Top 10 Dewi Remaja bersama Wardina Safiyyah dan Juliana Banos ini terpaksa membenarkan dua orang anaknya itu membuka akaun Instagram. Namun, Rita akan memantau dan tak benarkan mereka membaca komen.
.
Pushpa Narayan
Dewi Remaja 2002 / 2003
View this post on Instagram
Naib Juara Dewi Remaja musim ke-6, Pushpa Narayan merupakan ibu kepada Rhea Rosa Robless dan Robert Richard.
Walaupun sibuk dengan kerjaya, Pushpa masih mengambil kira ibu sebagai kerja sepenuh masa. “Saya paranoid dan selalu risaukan anak. Saya cuba untuk belajar perbaiki teknik penjagaan daripada ibu dan ibu mertua.”
Scha Alyahya
Dewi Remaja 2005 / 2006
View this post on Instagram
Hi Lara Alana & Lyla Amina!
Jika dahulu, Scha Alyahya hanya menyambut Hari Ibu dengan anak tunggalnya. Sejak tahun lalu pula, sambutan Awal Ashaari dan Dewi Remaja 2005/2006 ini telah bertambah meriah dengan kehadiran Lyla Amina.
Seperti yang korang tahu, Lara Alana selalu membuat kemunculan di media sosial Scha dan Awal, malah menyertai mereka berdua ketika menghadiri majlis di luar.
Scha juga pernah mendengar perbualan di antara Lara dan rakannya Aleesya. “Dalam perjalanan pulang dari sekolah, saya terdengar Aleesya berkata dia ingin menjadi seorang doktor. Kemudian Lara memberitahu dia ingin menjadi pelakon seperti saya. Saya terus terdiam.
“Dia tak pernah cakap pun sebelum ini. Tapi saya boleh katakan Lara sukakan seni. Dia suka mendengar muzik, menonton drama dan filem. Masa saya bacakan buku pun, dia sangat berikan perhatian.
“Apapun, cahaya mata ini adalah punca rezeki. Kalau Lara banyak menjadi duta, rezeki Lyla pula lain apabila dia menerima banyak jenis barangan. Setakat ini tak keluar duit lagilah beli barang keperluannya,” kata Scha semasa ditemui di majlis pelancaran produk makanan mereka.
Ramona Zamzam
Dewi Remaja 2009 / 2010
View this post on Instagram
Rakan seperjuangan Anzalna Nasir dan Izara Aishah ini terlebih dahulu berkahwin dan menerima cahaya mata.
Setelah tampat tempoh bercuti selepas melahirkan anak sulungnya, Ivanna, Ramona Zam Zam pada mulanya menolak tawaran berlakon kerana ingin menjaga anak yang masih kecil dan susukan anak sepenuhnya.
Kini setelah Ivanna semakin membesar, Ramona kembali aktif dengan projek lakonan serta jemputan rancangan realiti atas dasar minat yang mendalam.
Syatilla Melvin
Dewi Remaja 2009 / 2010
View this post on Instagram
Baru-baru ini, Syatilla Melvin dan suami, Shaheizy Sam memperolehi berita mendukacitakan apabila dia mengalami keguguran ketika kandunganna berusia lapan bulan.
Kandungan ketiga Syatilla selepas melahirkan Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy tersebut baru saja diketahui oleh pengasas jenama Kekasih HQ ini. Namun apakan daya, doktor mengesahkan kandungannya terbantut. Reda dengan berita tersebut, Syatilla dan suami menganggapnya sebagai belum ada rezeki dan menerimanya dengan hati terbuka.
Telatah Syeriv dan Sarima memang seronok ditonton. Buat Syatilla, dia mengutamakan kebahagiaan anak-anak kerana percaya ialah punca rezeki buat keluarganya. “Saya perasan satu benda, lagi banyak kita gembirakan anak-anak, lebih melimpah ruah rezeki yang Allah SWT akan beri.
“Letakkan telefon ke tepi dan layan meeka apabila anak datang kepada kita,” kongsinya. Teringat pula penulis kepada cerita Tilla yang sanggup bersolek sebelum melahirkan Sarima!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.