Pada mulanya kami melihat entree di Twitter ingatkan Starbucks ada projek baru mengeluarkan cup yang berkonsepkan lukisan doodle.
Tapi rupa-rupanya ia adalah hasil tangan seorang pemuda, NasSuha_ yang melukis di cawan kertas Starbucks sementara menunggu flight balik ke kampung baru-baru ini.
Perkongsian ini dibuat di laman twitternya dan mendapat kira-kira 14 ribu retweet.
Dikhabarkan, pemuda ini ingin memasuki contest yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur International Airport (KLIA) yang dahulunya dia pernah meraih hadiah sagu hati daripada pertandingan ini.
Ads
Ini adalah hasil lukisannya pada 2016 bertemakan Harimau Jadian. Katanya, line/stroke lukisan terdahulu tak berapa nak kemas. Sekarang ni Nas mengakui skillnya untuk memperkemas lukisan lebih baik. Tapi apa yang kami nampak, cantik je kan? Hiks!
Ads
Reaksi netizen
Ada yang terkejut dan menyangka bahawa pemuda ini hanya bergurau dan tak sangka rupa-rupanya ia adalah hasil lukisan asli daripada Nas sendiri.
Ramai juga yang menyarankan agar Starbucks berkolaborasi bersama anak muda ini untuk menghasilkan edisi istimewa seperti ini.
Ads
Korang boleh lihat sendiri hasil kreatif doodle yang lain di laman Instagramnya sendiri.
Apa-apa pun kami ucapkan syabas dan selamat maju jaya bro! Semoga makin ramai lagi anak muda terinspirasi dengan bakat dan daya kreativiti ini dan membuka mata remaja lain untuk lebih berani mencuba sesuatu yang baru.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, kumpulan Kugiran Masdo tercalon sebagai wakil Malaysia dalam kategori Artis Asia Terbaik di anugerah berprestij MTV EMA 2024 yang bakal berlangsung di Manchester, England pada 11 November ini.
Menurut vokalis dan gitaris Masdo, Ali Sariah (32) berkata, pencalonan itu merupakan satu pencapaian sangat bermakna buat mereka, namun enggan meletakkan harapan besar kerana perlu bersaing dengan artis hebat lain dari seluruh Asia.
“Kami mendapat pengesahan mengenai pencalonan itu sekitar seminggu yang lalu. Seperti biasa, kami tidak meletakkan harapan yang tinggi. Dapat tercalon pun sudah cukup berpuas hati”
“Sekiranya menang, memang satu bonus buat Masdo. Setakat ini, belum ada sebarang kepastian lagi jika kami akan menghadiri acara itu nanti,” katanya.
Dalam pada itu, antara artis Asia lain yang tercalon dalam kategori yang sama adalah Mahalini (Indonesia), ILLIT (Korea Selatan), BINI (Filipina), dan Sakurazaka46 (Jepun).
Bagi penentuan pemenang pula akan dibuat menerusi undian yang sudah dibuka menerusi laman web rasmi anugerah itu.
Sekadar info, MTV EMA adalah acara anugerah yang meraikan industri muzik dan budaya pop seluruh dunia dan dihadiri oleh barisan artis hebat dan ternama dalam industri hiburan.
Pencalonan tahun ini menyaksikan dominasi artis wanita dan bintang pop sensasi, Taylor Swift mendapat pencalonan terbanyak iaitu tujuh kategori termasuk Artis Terbaik, Video Terbaik, Pop Terbaik, dan lain-lain. Selain itu, turut tercalon adalah Billie Eilish, Arian Grande, Charlie XCX, Sabrina Carpenter, Ayra Starr, Beyonce, Kendrick Lamar, dan LISA.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ajai masih kekal sebagai juri tetap Big Stage musim ke-5 ini.
Komposer dan penyanyi itu turut meluahkan rasa kagum beliau terhadap keyakinan yang ditonjolkan sesetengah peserta dalam menunjukkan identiti mereka sebagai penyanyi menerusi persembahan semalam.
“Keyakinan mereka lebih tinggi musim ini, terutama peserta Naufal Azrin yang telah memasukkan elemen ‘qasidah’ dalam persembahannya,” ujar beliau.
Naufal Azrin merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Zayne yang ditubuhkan pada 2019.
Beliau turut menerangkan bahawa seiring dengan perubahan zaman, citarasa generasi kini turut berubah. Maka, produksi rancangan harus peka dengan hal tersebut agar intipati program kekal relevan.
“Kita bukan nak cari penyanyi seperti Misha Omar dan Dayang Nurfaizah, itu cara penyampaian nyanyian zaman dahulu. Kini, kita mahukan penyanyi yang sesuai dengan cita rasa orang zaman kini,
“Orang muda kini lebih kerap dengar lagu pop yang rancak seperti K-Pop. Maka, logiklah bagi kumpulan duo dan berkumpulan untuk turut serta bertanding bagi musim ini. Paling penting kita kena sentiasa ‘adapt’ dengan apa yang orang muda sekarang gemar,” ujar beliau pada pihak media.
Manakala apabila ditanya tentang penilaian peserta dari luar negara, penyanyi Bisikan Asmara itu memilih untuk kekal subjektif dan adil.
Persembahan mantap dari peserta luar negara ternyata memberikan persaingan yang sengit kepada peserta lain.
“Tidak kisah peserta itu dari negara mana sekalipun, asalkan suaranya sedap pasti akan dinobatkan juara. Tambahan lagi, penyertaan peserta negara lain akan memberi kesempatan kepada peserta Malaysia untuk belajar lebih lagi tentang cara mereka bekerja dan profesionalisme yang ditonjolkan,” komen beliau.
Bekas ahli kumpulan Exists itu juga sempat memuji kelayakan Aina Abdul selaku juri tetap program tersebut.
“Aina adalah artis yang hebat. Dia ada identiti dan gaya persembahan tersendiri sebagai penyanyi. Elemen itu sangat diperlukan selaku juri kerana dia akan lebih teliti dalam membimbing hala tuju persembahan seseorang peserta itu.
“Manakala saya lebih kepada teknikal iaitu dari segi vokal peserta tersebut. Dalam kata mudah, ianya lebih kepada kualiti nyanyian yang harus diperbetulkan dari awal lagi,” kata penyanyi berusia 48 tahun itu.
Gabungan dua individu hebat ini ternyata berbaloi apabila setiap komen dan kritikan yang diberikan kepada peserta diterima baik dan disetujui oleh warganet sendiri.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Normal lah dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan Berkawal (PKPB) ini, ramai di antara kita yang mungkin lebih ‘mudah’ untuk tertidur ketika sedang berpuasa di siang hari.
Jadi apakah hukumannya?
Kami sempat untuk bertanyakan soalan tersebut kepada Pencetus Ummah Amin dalam sesi #RemajaDengarKata.
Menurut PU Amin, ada sebahagian hadis bertaraf lemah yang menyebut, ‘Tidur seorang yang berpuasa itu adalah ibadah dan tasbih.’ Jadi di sini, jika kita tertidur sepanjang hari semasa berpuasa, itu memanglah adab yang tidak baik. Tetapi..
“Terdapat golongan yang tertidur di siang hari ini bukanlah kerana sengaja hendak tidur. Yang saja-saja nak tidur itu rugilah.
“Tidur kerana ibadah di sini dimaksudkan dengan golongan yang tidur untuk merehatkan tubuh badannya dalam keadaan perlu. Contohnya, ibu yang mengerjakan anak dan perlu masak untuk sahur. Orang yang bekerja penat.
“Mereka perlu berehat kerana kehendak badan. Yang penting tidur itu tidak mengganggu waktu solat dan ibadah lain.
“Tidur yang merugikan adalah tidur yang membuatkan seseorang itu meninggalkan solat dan menghalangnya daripada melakukan ibadah sunat pada bulan Ramadan.”
Ada orang kata, tidur setelah waktu solat Subuh ini akan menghalang rezeki masuk.
Biasalah dalam bulan Ramadan ini, kita akan melebihkan aktiviti pada malam hari. Jadi pastikanlah selepas Subuh itu kita sempat untuk melakukan perkara yang memberi kebaikan seperti membaca Al-Quran, solat sunat dan mendengar ceramah.
“Hanya selepas itu, kita berniat tidur untuk merehatkan badan. Dan segeralah bangun sebelum tiba waktu Zuhur. Hukum makruh tu tetap makruh apabila kita tidur sehingga Zuhur. Ingatlah yang makruh itu juga boleh bertukar haram jika ia diulang banyak kali secara sengaja,” pesannya.
Tonton video highlight #RemajaDengarKata di bawah:
Filem aksi Blood Brothers: Bara Naga yang kini sedang hangat di pawagam bukan saja berjaya tarik perhatian penonton, tapi juga buat ramai puji lakonan...