‘Content Creator’ Luar Biasa, Buat Kebajikan Tiap Kali Subscriber Bertambah Antaranya Bina Masjid

Share

” Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah-limpa, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa”.

Kalau dulu mak-mak cukup pantang kalau anak main games dan main telefon tak henti. Tapi sekarang mungkin para ibu bapa boleh menarik nafas lega. Di Malaysia sahaja, arena e-sukan bukan lagi menjadi sesuatu yang diikuti oleh para ‘gamers’ sahaja.

Kalau korang nak tahu, ada seorang remaja Arab yang hebat membuat kebajikan dengan platform ‘game streamer’ dan ‘Youtuber’ ini sahaja. Insan hebat yang dimaksudkan ialah Hasan Suleiman atau lebih dikenali dengan nama mayanya, AboFlah.

Merupakan seorang ‘game streamer’ dan ‘Youtuber’ berdarah Arab yang berasal dari Kuwait. Nak kata terkenal tak terkenalnya AboFlah ni, dia ada ‘subscriber’ seramai lebih 15 juta orang di Youtube. Pendek kata memang popular lah remaja ni dia kalangan kaki game.

Remaja berusia 23 tahun ini juga merupakan seorang pencipta kandungan atau kita biasa sebut sebagai ‘content creator’. Kalau korang lihat di Youtubenya, pelbagai video yang dia muat naik dan kongsikan untuk tatapan peminatnya.

Selain hebat beraksi dalam game, AboFlah ni juga boleh dikatakan ‘streamer’ yang sangat pemurah hati. Kalau korang perasan dalam videonya, AboFlah selalu berkata bahawa dia sentiasa ingin menambah jumlah subscribernya. Ini ‘lumrah’ mana-mana streamer atau Youtuber, termasuklah dia sendiri.

Menurut perkongsian di laman Facebook Kun Anta, AboFlah ada misi besarnya yang tersendiri untuk dibuat setiap kali bilangan subscriber bertambah. Apa yang dia buat ini bukan ‘biasa-biasa’, rasanya kita sendiri pun belum mampu buat.

Nak tahu apa yang ‘mamat Arab’ ni buat? Di bawah ini adalah tujuh ‘misi’ yang dia pernah dan berjaya laksanakan. Jom kita tengok satu-persatu.

1- Apabila cecah 5 juta pertama, dia bina masjid di Afrika.

2- Apabila cecah 8 juta, dia menanggung pengajian lapan orang pelajar untuk belajar di universiti swasta.

3- Apabila cecah 9 juta, dia menanggung perbelanjaan hidup sembilan orang anak yatim.

4- Apabila cecah 10 juta, dia melakukan satu projek kutipan untuk pesakit buta dan membuat kutipan dana sehingga berjaya mengumpul lebih RM1.2 juta serta mampu merawat kira-kira 1,500 pesakit.

5- Apabila cecah 12 juta, dia memindahkan pelarian Syria dari kem pelarian ke 12 buah rumah. Dikatakan perbelanjaan tersebut mencecah kira-kira RM82,000. Tak cukup dengan itu, dia buat pula kutipan dana dan hasil yang berjaya dikumpul pula mampu menambah sehingga 58 buah rumah lagi.

6- Apabila cecah 15 juta, dia melaksanakan aktiviti jelajah dan ziarah kanak-kanak yang sakit di beberapa buah hospital, serta memberikan mereka hadian dan bantuan kewangan.

7- Dalam satu kempen bantuan pelarian Syria secara besar-besaran, AboFlah merupakan antara penderma paling banyak menyumbang dalam kempen tersebut kerana dia didakwa menderma sebanyak RM41,000.

Di sebalik kehebatan bermain game sambil berceloteh di depan kamera, dari sudut lainnya AboFlah tetap ‘sembunyikan’ dirinya apabila membuat kerja-kerja kebajikan sedemikian. Dia pernah berkata,

“Tidak penting untuk orang ramai tahu siapa saya. Yang penting, mereka dapat lakukan apa yang saya lakukan dalam berbakti kepada manusia yang memerlukan,”

Itulah peribadi AboFlah yang mungkin tak ramai yang tahu. Kita boleh jadikan pemuda Arab ini sebagai idola sebenarnya, sebab di sambil kita seronok bermain game, jangan dilupakan juga nasib insan-insan yang memerlukan di luar sana.

Moga keperibadian AboFlah membantu orang ini dapat menjadi inspirasi buat korang diluar sana. Hmm bila agaknya Content Creator di Malaysia nak buat macam ‘mamat Arab’ ni?

Sumber : Heigtzone / Kun Anta / AboFlah

 

 

Published by
Nana