
Hi REMAJA followers sekalian! Kami nak belanja korang ke Tayangan Premier filem thriller, ‘I STILL SEE YOU’!
Dibintangi pelakon muda jelita, Bella Thorne & aktor kacak, Dermot Mulroney, filem ini mengisahkan tentang gadis berusia 16 tahun, Ronnie Calder berdepan situasi misteri dengan sejarahnya yang cukup gelap.
Untuk merungkai misteri menyelubunginya, Ronnie mendapatkan bantuan daripada gurunya, Mr Bittner. Apakah misteri yang menghantui Ronnie?
Korang nak menang tiket berkembar TAYANGAN PREMIER ‘I STILL SEE YOU’?
Tarikh: 30 Oktober 2018 (Selasa)
Masa: 8:45malam
Lokasi: TGV Cinema Jaya Shopping Centre
Hall: 5
Bagaimana nak menang?
1 – SHARE posting ini ke laman media sosial korang (FB, Instagram atau Twitter)
2 – Jawab soalan & copy dan paste link posting tersebut ke ruangan di sediakan di borang di bawah
3 – Dan HASHTAG #MajalahRemaja #WayangRemaja #IStillSeeYou
Andai Ajal Dalam Tidur, Amalkan 4 Perkara Ini Sebelum Tidur Walau Korang Sibuk Dengan Tugas Harian

Sejak akhir-akhir ini, banyak berita kematian yang kita terima dan antaranya adalah mereka yang meninggal dunia ketika dalam tidur.
Bayangkan korang tidur dan tidak bangun lagi, ia adalah satu impak besar yang akan diterima oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Dan kerana sebab ini juga Rasulullah pernah berpesan kepada Siti Aisyah RA, “Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara aitu:
1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah”.
Dan Siti Aisyah pula bertanya,
“Ya Rasulullah! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda:
1. “Jika engkau akan tidur, bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim, ‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’ lam yalid walam yuulad’walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (3x)
2. “Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku,” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad (3x) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin, maka mereka akan meredhai engkau
“Astaghfirullaah hal ‘adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih (3x)
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“Bismillaahirrahmaa nirrrahiim. Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar ” (3x)
Marilah sama-sama untuk kita cuba amalkan amalan sebelum tidur ini. Sesungguhnya banyak pahala dan manfaat yang bakal kita terima sekiranya melakukan ibadah-ibadah seperti ini.
Walau sesibuk mana korang di siang hari, ambil sedikit masa sebelum tidur untuk melakukan 4 perkara ini. InsyaAllah!
Sumber: Amy Owner
Bintang Filem Parasite, Lee Sun Kyun Disahkan Meninggal Dunia Akibat Bunuh Diri

Aktor terkenal Korea Selatan, Lee Sun Kyun ditemui meninggal dunia di tempat letak kereta di Taman Waryong, Seoul, lapor agensi berita Yonhap yang memetik laporan polis, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: 10 Kdrama Dibintangi Lee Sun Kyun, Pelakon Filem “Parasite” Ditemui Tak Sedarkan Diri
Berita kematian Sun Kyun disahkan Balai Polis Seongbuk, Seoul selepas menerima panggilan daripada isterinya, Jeon Hye Jin yang melaporkan suaminya ada meninggalkan nota bunuh diri sebelum menghilangkan diri.
Polis turut menjumpai arang dalam kereta Sun Kyun, sekali gus mengukuhkan dakwaan bahawa pelakon itu meninggal dunia akibat bunuh diri.
Sun Kyun berdepan kontroversi apabila didakwa terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
Dalam tempoh beberapa bulan ini, Sun Kyun berdepan kontroversi apabila didakwa terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
Korea Selatan mempunyai undang-undang ketat membabitkan dadah dan kebiasaannya boleh dihukum sekurang-kurangnya enam bulan penjara atau sehingga 14 tahun bagi pesalah dan pengedarnya.
Sebelum ini, Sun Kyun dilaporkan disoal siasat polis sebanyak tiga kali, bagaimanapun aktor itu berkata, dia ditipu untuk mengambil dadah oleh pelayan bar yang kemudiannya cuba memeras ugutnya.
Dilahirkan pada 1975, Sun Kyun membintangi Parasite yang juga filem bukan berbahasa Inggeris pertama yang memenangi Anugerah Akademi (Oscar) Ke-92 pada 2020.
Aktor itu juga memainkan peranan utama dalam beberapa filem popular Korea Selatan seperti Helpless pada 2012 dan All About My Wife (2014).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: Koreaboo, Soompi
Lagu Terbaru Fazura Dan Fattah Amin Tiada Kaitan Dengan Hal Peribadi, Tarikh Pelancaran Sudah Lama Dirancang

Meskipun masih belum surut khabar duka penceraian antara pelakon, Fattah Amin dan Fazura, kini lagu duet terbaru mereka berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’ pula menjadi bualan orang ramai apabila ia dilancarkan pada 10 Oktober semalam.
FAZURA Studio tampil menjernihkan keadaan dalam sebuah kenyataan berkata, pemilihan tarikh pelancaran lagu rasmi bagi drama bersiri popular Hero Seorang Cinderella 2 (HSC2) yang telah ditayangkan pada Mac lalu telah diputuskan secara bersama pada beberapa bulan yang lalu oleh FAZURA Studios dan HITS Record kerana keistimewaan tarikh 10 Oktober itu sendiri.
Selain itu, ia juga bagi menyelaraskan pendekatan bersama yang diambil oleh kedua-dua syarikat semasa pelancaran lagu berjudul “Tenang Diri” nyanyian IPPO Hafiz pada tarikh istimewa 9 September lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Boleh Burukkan Dan Buka Aib Antara Satu Sama Lain. Fazura, Fattah Amin Boleh Dikenakan Perintah Hina Mahkamah – Peguam
“Sehubungan dengan itu, pelancaran lagu ini pada 10 Oktober tiada sebarang kaitan dengan perkembangan terkini urusan peribadi Nur Fazura Sharifuddin dan kami tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak”
“Kami juga ingin menegaskan bahawa kenyataan dikeluarkan oleh pengurus kepada Nur Fazura Sharifuddin berhubung pemilihan tarikh peluncuran lagu ini yang telah dilaporkan media tempatan pada hari ini adalah pendapat peribadi beliau semata-mata serta ianya tidak mewakili syarikat FAZURA Studios dan HITS Record,” jelas FAZURA Studio menerusi kenyataan yang sama.
ARTIKEL BERKAITAN: #Fattzura Berakhir: Fattah Dan Fazura Sah Cerai Talak Satu, Sebak Keluar Dari Mahkamah
“Kedua-dua syarikat juga berpegang kepada perancangan yang telah dibuat lebih awal sebelum ini, yang mana tiada sebarang penglibatan oleh pengurus kepada Nur Fazura Sharifuddin,” tambah kenyataan media tersebut.
Sebelum ini, drama HSC2 dibintangi oleh Fazura dan Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin bersama anak perempuan mereka Nur Fatima Aisha.
ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin Nafi Curang & Abai Tanggungjawab Sebagai Bapa, Akui Terkejut Dengan Pendedahan Fazura
Lagu rasmi drama ini ditulis oleh komposer terkenal IPPO Hafiz dan telah dirakamkan di Jakarta, Indonesia dalam bulan Januari 2024 disusuli dengan pengambaran video muzik lagu tersebut yang telah dibuat di Yogyakarta, Indonesia pada Februari 2024.
Para peminat dan pendengar boleh mula menikmati lagu ‘Bertahan Demi Cinta’ di platform digital termasuk Spotify dan YouTube HITS Record bermula 10 Oktober 2024.
Sekadar, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. Namun, pasangan selebriti popular berkenaan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.