[CONTEST] Muzium Ilusi Yang Pertama Di Asia Dibuka Di Kuala Lumpur, Jom Menang Pas Masuk!

Share

 

Berfoto dengan rekaan seni ilusi sememangnya menjadi salah satu cara paling popular terutamanya bagi pengguna tegar laman media sosial.

 

Bahkan kini ia seakan menjadi trend dengan kebanyakan bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Shah Alam mempunyai street art yang turut menampilkan lukisan atau binaan seni yang berbentuk ilusi.

Melihatkan trend tersebut yang semakin popular, Museum of Illusions (MOI) telah dibuka secara rasminya di Kuala Lumpur. Ia merupakan sebuah muzium yang memiliki koleksi ilusi optikal terbesar di Asia. Malah pembukaan MOI di Kuala Lumpur ini merupakan yang pertama di Asia!

 

 

Sejak ia diperkenalkan oleh saintis dan pencipta legenda, Nikola Tesla di Croatia pada tahun 2015, muzium di Kuala Lumpur merupakan yang ketujuh seumpamanya. Berbeza dengan muzium-muzium kontemporari lain, MOI meraikan kegairahan serta sorakan daripada pengunjung sepanjang mereka berada di ruang pameran.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 Grup Rookie K-pop Terbaik 2018

Menurut Pengarah Muzium MOI, Azizul Aznan, mereka tidak mahu pengunjung berasa segan dan takut-takut untuk menunjukkan emosi. Jelasnya, mereka mahu pengunjung untuk berinteraksi dan terlibat secara langsung dengan pemeran, “Kami mahu mereka gunakan imaginasi dan mencuba untuk melakukan apa saja mengikut kreativiti mereka dan berkongsi kegembiraan itu bersama ahli keluarga dan rakan-rakan,” tambahnya lagi.

 

 

Antara pendukung utama MOI ialah hartawan terkenal, Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan yang merasai sendiri pengalaman ilusi optik di muzium tersebut dengan merangkak ‘secara terbalik di atas siling’.

Sebanyak 70 jenis pameran ilusi optik yang dipamerkan dalam pelbagai bentuk sama ada lukisan atau rekaan kreatif yang mencabar minda. Setiap pameran bukan sahaja mencabar kreativiti tetapi mampu membuat pengunjung berasa kagum dengan persembahan yang ditawarkan.

 

Amboi Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan dah macam Spider-Man merangkak atas siling.

 

Museum of Illusions kini dibuka untuk kunjungan orang ramai dan ia terletak di Tingkat 1 dan 2 di Ansa Hotel, Bukit Bintang. Ia dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga 11 malam dan tiket untuk dewasa berharga RM35 dan kanak-kanak RM25.

Kalau korang berminat nak mengunjunginya bolehlah semak dulu maklumat lanjut di sini.

Tapi kalau nak menangi tiket masuk percuma ke Museum of Illusions, jom sertai peraduan di bawah!

 

2 Pas Masuk Dewasa Ke Museum of Illusions Bernilai RM35 Satu

Museum of Illusions bersama REMAJA ingin mengajak korang untuk ke sini dan rasai sendiri pengalaman pertama seumpamanya di Malaysia.

Mudah je caranya. Jawab soalan dan slogan serta isikan butir peribadi korang seperti di bawah. Hantarkan melalui Direct Message (DM) ke Instagram @majalahremaja. Jangan lupa untuk follow @majalahremaja dan @mi_kualalumpur di Instagram juga.

 

SOALAN

Di manakah lokasi Museum of Illusions tersebut?

 

SLOGAN

Saya ingin melawat Museum of Illusions kerana….

(Tak melebihi 15 patah perkataan)

 

BUTIRAN DIRI

Nama:

Nombor Kad Pengenalan:

Alamat:

No Telefon:

Email:

Instagram:

Facebook:

(Butiran diri hanyalah untuk simpanan Majalah Remaja. Ia TIDAK AKAN digunakan untuk tujuan lain atau diserahkan kepada pihak asing.)

Published by
Farizul Izwany Ibrahim