Sebut sahaja tentang hutang, kami pasti ramai yang ‘seram’ mendengarkan perkataan ini kerana mungkin ada diantara mereka yang berhutang atau pun pemberi hutang mempunyai pengalaman pahit ketika berurusan dengan individu lain.
Menurut muamalat.com, hutang piutang dapat memberikan banyak manfaat kepada kedua belah pihak kerana ia merupakan perbuatan saling tolong-menolong antara umat manusia yang dianjurkan oleh Allah SWT. Namun begitu, si penerima hutang perlulah memegang amanah untuk membayar kembali wang yang telah dipinjam.
Apa yang membuatkan kita takut untuk memberi hutang adalah kerana terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab ‘menghilangkan diri’ sebaik sahaja diberi wang pinjaman.
Jika korang pernah mempunyai masalah seperti kawan atau ahli keluarga yang berhutang dalam RM5,000 ke bawah dan tida mahu membayar, tak perlu pakai peguam. Boleh settle sendiri dan pergi terus kaunter Mahkamah-Tuntutan Kecil.
Berikut adalah contoh perjanjian duit yang korang boleh buat dikongsi oleh Syafiq Bahtiar.
Ads
Kalau kawan nak pinjam RM100 pun boleh guna, apa lagi kalau nak pinjam RM5,000
Signing + saksi jangan lupa
Ads
Cover page biar nampak formal
Walau bagaimanapun, janganlah pula korang jadi Ah Long dan beri pinjam duit dekat ramai orang, ini untuk one off sebab nak tolong kawan-kawan sahaja. Kalau tidak, ia akan jadi menyalahi undang-undang.
So, harapnya perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu korang menyelesaikan masalah dengan penerima hutang. Hiks!
741 calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020 memperolehi keputusan PNGK (CGPA) 4.0 setelah keputusan diumumkan semalam. Menariknya, 554 daripada 741 calon itu atau 74.7 peratus merupakan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah B40.
Dalam sidang media yang dikendalikan oleh ahli Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) iaitu Profesor Datuk Dr Wahid Razzaly itu, beliau mengumumkan jumlah itu sedikit berkurangan berbanding STPM 2019 sebanyak 61 calon. Pada STPM 2019, seramai 802 calon berjaya memperolehi keputusan PNGK 4.00.
Bagaimanapun, tidak dinafikan ini masih merupakan satu keputusan memberansangkan memandangkan calon STPM pada tahun lalu terpaksa berdepan cabaran persiapan serta ulang kaji secara atas talian.
Ternyata, wang bukan kayu pengukur kepada kejayaan pelajar. Walaupun mungkin berdepan kepayahan belajar secara atas talian tanpa kelebihan peranti canggih, pelajar B40 masih mampu cemerlang.
Profesor Datuk Dr Wahid Razzaly.
“Secara keseluruhannya, pencapaian PNGK 3.09 meningkat daripada 33.45 peratus atau 14,994 calon pada tahun 2019 kepada 33.69 peratus atau 14,482 calon pada tahun 2020
“Seramai 23 calon memperolehi keputusan 5A dalam kesemua subjek yang diambil, sedikit menurun daripada 42 calon pada STPM 2019. Manakala, calon yang memperolehi PNGK 4.0 dengan mendapat A dalam kesemua 4 atau 5 subjek yang diambil juga menurun dari 802 orang pada tahun 2019 kepada 741 orang pada tahun 2020,” katanya pada sidang media secara maya.
Pencapaian 44,704 orang calon STPM 2020 juga dianggap setara dengan STPM 2019 kerana perbezaan pencapaian PNGK purata amat kecil iaitu hanya 0.01 mata saja.
Bagi yang ingin menerima maklumat lanjut mengenai keputusan STPM 2020, korang boleh layari ke http://stpm.mpm.edu.my/stpmK. Manakala, sijil STPM 2020 pula akan dikeluarkan dalam tempoh 2 bulan lagi.
Tahniah REMAJA ucapkan kepada kesemua lepasan STPM 2020!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Singapura merupakan negara jiran yang sering mendapat perhatian rakyat Malaysia untuk menjadi destinasi pelancongan. Kedudukannya yang begitu dekat dengan Malaysia membuatkan negara ini sering kali dikunjungi oleh masyarakat di sini, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menetap di Johor Baharu.
Untuk ke sana, selain daripada menaiki kapal terbang, kita juga boleh memandu kenderaan sendiri atau pun menaiki bas ekspres. Jika korang memilih untuk menaiki bas, kos yang diperlukan adalah sangat murah dan berbaloi.
Seperti yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Encik Fadhil, lelaki ini hanya menaiki bas dari Kuala Lumpur untuk berjalan-jalan di Singapura. Kos yang diguna hanya sekitar RM200 tidak termasuk makan dan minum.
Jom kita lihat itinerari yang telah dikongsi oleh pemuda ini.
– Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Larkin Sentral (tambang RM30.30)
– Naik bas CW2 Causeway Link dari Larkin Sentral ke terminal Queen Street (tambang RM4.70), bas kan berhenti di imigresen Johor dan imigresen Singapura. Korang perlu isi terlebih dahulu arrival card di ICA mobile apps sebelum nak masuk Singapura. Selesai urusan imigresen naik semula bas yang sama ke terminal Queen Street.
– Sampai di terminal terus jalan kaki ke hostel Atlantis pods are Little India (harga satu malam RM89.11)
– Perjalanan ke Singapura semuanya menggunakan MRT, tidak perlu beli tourist card hanya menggunakan debit card atau credit card. Total selama guna MRT 7.40 SGD/RM23.41
Macam best juga kan buat trip macam ni. Lebih jimat dan berbaloi!
Namun, baru-baru ini untuk mengalu-alukan pelancong ke Singapura, Singapore Tourism Board (STB) juga telah melancarkan SingapoReimagine, kempen yang mensasarkan kepada pemulihan pelancongan dengan memperkenalkan pengalaman yang baru dan luar biasa, termasuklah tarikan terbaharu dan restoran yang unik, pusat kesihatan dan pengalaman lestari. Kempen ini dibangunkan dengan mengambil kira terhadap perubahan keperluan dan aspirasi pengguna secara global.
STB Malaysia bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Mandai Wildlife Group dengan menawarkan diskaun ekslusif sebanyak 33% kepada pelancong Malaysia ke atas pembelian tiket untuk ketiga-tiga taman mereka – Singapore Zoo, Night Safari dan Jurong Bird Park dengan kod promosi – MY33OFF. Promosi ini sah dari 1 hingga 30 Jun 2022.
Selain itu, Singapore Airlines mengadakan promosi Travel Fair, dengan diskaun tambang semua dalam penerbangan mereka dari 28 Mei hingga 6 Jun 2022 dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ke Singapura. Tambang penuh untuk kelas Ekonomi bermula dari RM450 hingga RM2,500 untuk kelas Perniagaan.
Fuh, tawaran menarik. Bolehlah bercuti ke Singapura nanti!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, mengumumkan Pakej 5G Rahmah yang diwujudkan hasil kerjasama Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) serta dua syarikat pengeluar peranti, Samsung Malaysia dan Honor Malaysia.
Berita baik tersebut diumumkan beliau sendiri, menerusi menerusi sebuah bebenang di akaun rasmi Twitter miliknya, semalam.
Menerusi Pakej 5G Rahmah yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, KKD menawarkan pelan data 60GB pada harga RM60 sebulan berbanding RM98 harga asal. Selain itu, ia turut memperkenalkan pakej telefon pintar 5G yang merangkumi Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G pada harga RM240.
Berita baik buat rakyat Malaysia dan penjawat awam.
Di samping itu, 100,000 pelanggan terawal dari latar belakang ekonomi B40 dapat menikmati pakej telefon pintar dengan harga serendah RM120. Ia turut merangkumi waranti dua tahun berbanding hanya setahun sebelum ini.
Pakej 5G Rahmah akan bermula pada 31 Ogos ini bersempena dengan Bulan Kebangsaan dengan kontrak langgangan 24 bulan.
Selain itu, KKD turut memperkenalkan Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam yang menawarkan pemberian rebat RM10 sebulan bagi semua pegawai kerajaan di Malaysia. Ia boleh diguna pakai untuk sebarang pakej postpaid yang sedia ada.
Melalui insentif ini, penjawat awam dapat jimat RM120 dalam tempoh satu tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelakon terkenal, Nora Danish meluahkan rasa syukur apabila berjaya khatam Al-Quran dalam tempoh 10 hari dan menyifatkan hal tersebut sebagai hadiah istimewa...