Contoh Surat Perjanjian Yang Korang Boleh Buat Kalau Kawan Nak Pinjam Duit

Share

Sebut sahaja tentang hutang, kami pasti ramai yang ‘seram’ mendengarkan perkataan ini kerana mungkin ada diantara mereka yang berhutang atau pun pemberi hutang mempunyai pengalaman pahit ketika berurusan dengan individu lain.

Menurut muamalat.com, hutang piutang dapat memberikan banyak manfaat kepada kedua belah pihak kerana ia merupakan perbuatan saling tolong-menolong antara umat manusia yang dianjurkan oleh Allah SWT. Namun begitu, si penerima hutang perlulah memegang amanah untuk membayar kembali wang yang telah dipinjam.

Apa yang membuatkan kita takut untuk memberi hutang adalah kerana terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab ‘menghilangkan diri’ sebaik sahaja diberi wang pinjaman.

Foto: usahawan.com

Mesti ada yang pernah mengalaminya kan?

Jika korang pernah mempunyai masalah seperti kawan atau ahli keluarga yang berhutang dalam RM5,000 ke bawah dan tida mahu membayar, tak perlu pakai peguam. Boleh settle sendiri dan pergi terus kaunter Mahkamah-Tuntutan Kecil.

Berikut adalah contoh perjanjian duit yang korang boleh buat dikongsi oleh Syafiq Bahtiar.

Kalau kawan nak pinjam RM100 pun boleh guna, apa lagi kalau nak pinjam RM5,000

Signing + saksi jangan lupa

Cover page biar nampak formal

Walau bagaimanapun, janganlah pula korang jadi Ah Long dan beri pinjam duit dekat ramai orang, ini untuk one off

sebab nak tolong kawan-kawan sahaja. Kalau tidak, ia akan jadi menyalahi undang-undang.

So, harapnya perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu korang menyelesaikan masalah dengan penerima hutang. Hiks!

Sumber: Syafiq Bahtiar

Published by
Noor Ain Norman