Sebentar tadi pentas Miss Universe 2020 telah melabuhkan tirai menyaksikan kemenangan Andrea Meza dari Mexico sebagai Miss Universe yang terbaharu. Dari 74 negara yang menyertai pertandingan tahun ini, 21 peserta telah disenarai pendek untuk bergelar semi-finalis. Berikut adalah 8 fakta menarik tentang pertandingan tahun ini.
Congratulation Mexico! Andrea Meza yang merupakan pemenang Miss Universe tahun ini merupakan bekas pemenang tempat kedua Miss World bagi edisi tahun 2017. Ketika itu dia dikalahkan oleh Manushi Chillar dari India.
Kemenangannya membuktikan yang kekalahan kali pertama untuk merebut mahkota bukan penyebab tidak boleh berjaya pada percubaan seterusnya. Buktinya, dia kini pemenang pertandingan ratu cantik paling berprestij di dunia.
Tahun ini Malaysia menyaksikan sekali lagi pesertanya unplaced di pertandingan Miss Universe. Harapan pencinta pageant tempatan untuk melihat Francisca Luhong bergelar semi-finalis berkubur. Kali pertama dan terakhir Malaysia menjadi semi-finalis adalah pada tahun 1970 menerusi wakilan Josephine Lena Wong yang merupakan ibu kepada Miss Universe Malaysia 2004, Andrea Fonseka.
Apakah faktor yang menyebabkan Malaysia sehingga kini tidak berjaya di pentas Miss Universe? Sedangkan di Miss World, Malaysia lebih bernasib baik dan beberapa kali menjadi semi-finalis, terbaharu menerusi Alexis Sue-Ann pada edisi Miss World 2019. Semoga peserta-peserta yang akan datang berjaya menamatkan kemarau ini
Tahukah anda, Miss Universe Myanmar, Thuzar Wint Lwin telah bertanding tanpa busana gaun petang dan juga kostum nasional asal yang dibawa ke Florida, USA. Bungkusan begnya dilaporkan telah hilang di atas kecuaian penerbangan yang dinaikinya.
Namun begitu, hal ini tersebut melemahkan semangat gadis cantik ini. Dia memecah sejarah apabila berjaya menjadi semi-finalis dan juga memenangi kategori Kostum Nasional terbaik walaupun hanya mengenakan busana gantian, yang penting mesej di sebaliknya cukup mendalam.
Siapa kata untuk menjadi peserta Miss Universe perlu memiliki ketinggian setinggi galah. Ini dibuktikan dengan pencapaian Maria Thattil yang merupakan Miss Universe Australia. Dia hanya berketinggian 160cm dan merupakan peserta terendah edisi ke-69 Miss Universe. Usahanya berjaya menempatkan Australia berada di kedudukan 10 terbaik tahun ini.
Kehilangan Natasha Joubert, Miss Universe South Africa sebagai semi-finalis menjadi tanda tanya kepada pencinta pageant seluruh dunia. Masakan tidak, dia merupakan antara peserta kegemaran untuk sekurang-kurangnya berada dalam kedudukan top 10 tahun ini. Namun kita tidak tahu apakah prestasinya di sebalik pintu ketika sesi temuduga bersama panel menjadi penyebab kegagalan untuk mara sebagai top 21.
Untuk pengetahuan pembaca Natasha hanyalah pemenang tempat ketiga dalam pertandingan Miss South Africa sebelum ini, pemenang pertandingan tersebut dihantar ke Miss World, pemenang kedua dihantar ke Miss Supranational dan pemenang tempat ketiga pula ke Miss Universe. Adakah percaturan oleh organizasi negaranya silap langkah dengan menghantar pemenang tempat ketiga ke Miss Universe? Tiada siapa yang tahu.
Sekitar tahun 1990an negara India dianggap sebagai kuasa besar dalam pertandingan Miss Universe menyaksikan negara tersebut memenangi mahkota Miss Universe pada tahun 1994 dan 2000. Selepas itu tiada peserta dari India berjaya menembusi carta lima terbaik. Tahun ini kemarau itu dipecahkan oleh Adline Castellino yang berjaya mendapat tempat keempat.
Vietnam antara kuasa Asia terbaharu di pertandingan Miss Universe. Ini dimulakan dengan kejayaan Hhen Nie pada tahun 2018 yang berjaya menempatkan diri di kedudukan Top 5. Sehingga kini Vietnam telah tiga tahun berturut-turut berjaya menjadi semi-finalis.
Sebelum itu pada tahun 2008, Vietnam juga berjaya menempatkan diri di kedudukan semi-finalis top 15. Tahun ini Miss Universe Vietnam, Nguyễn Trần Khánh Vân diumumkan sebagai pemenang bagi kategori undian peminat dan berjaya menempatkan dirinya di kedudukan Top 21 sebagai semi-finalis.
8. Miss Universe Paling Lama Dalam Sejarah
Disebabkan pandemik Covid-19, pertandingan Miss Universe 2020 terpaksa ditunda berkali-kali. Pertandingan yang sepatutnya dilangsungkan pada penghujung 2020 ini hanya dilakukan pada 16 Mei 2021. oleh itu, Zozibini Tunzi sebagai Miss Universe 2019 telah memegang mahkota Miss Universe selama setahun lima bulan sebelum menyerahkannya kepada Andrea Meza.
Baca lagi: Kisah Menyayat Hati Kostum Nasional Miss Universe Singapura. Sarat Mesej Kekinian!