Bermula dari pengenalan untuk berkerjasama atas nama muzik, kini Ernie Zakri dan Syamel sedang mengitung detik bagi mengenali hati budi masing-masing sebagai suami isteri pula.
Menerusi muat naik di Instagram Ernie sebentar tadi, penyanyi bersuara lunak itu telahpun berkongsi beberapa foto yang diambil daripada majlis berinainya.
Seperti dijangka, muat naik tersebut mendapat sambutan baik daripada para peminat dan rakan artis.
Biarpun begitu, Ernie dan Syamel masih menutup mulut berkenaan tarikh dan masa bagi majlis akad nikah mereka; mirip ‘strategi’ yang sama semasa majli merisik mereka dilangsungkan pada bulan Ogos tahun lalu.
Sebelum ini, Ernie pernah menyatakan mereka berdua tidak berniat untuk merahsiakan tarikh pernikahan, namun tidak pula mencanang tarikh sebenar demi menyelesaikan segala persediaan dengan lebih tenang.
Apa yang pasti, pasangan yang cukup sweet di mata kami ini merancang untuk disatukan selepas tamatnya pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-35 pada 14 Mac lalu.
Adakah esok merupakan tarikh istimewa penyatuan dua insan seni berbakat ini?
Sama-sama kita nantikan dan doakan.
ARTIKEL BERKAITAN : Mohon Doa, Neelofa-PU Riz Bakal Bernikah Masa Terdekat?