Daripada 401,105 orang calon berdaftar peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengambil sebanyak 83 mata pelajaran yang ditawarkan, pencapaian yang dicatatkan oleh calon SPM 2020 telah diumumkan sebagai pencapaian SPM terbaik dalam tempoh lima tahun.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pada sidang media pagi ini berkata, Gred Purata Nasional (GPN) untuk SPM 2020 telah meningkat sebanyak 0.06 berbanding tahun lalu.
Dari 4.86 pada tahun 2019, tahun 2020 mencatatkan 4.80. Nilai GPN yang lebih kecil ini menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. Malah jika dibandingkan tren GPN dalam tempoh 5 tahun ini, pencapaian SPM 2020 adalah yang terbaik yang pernah dicatatkan.
Ads
Dr Radzi turut mengumumkan peningkatan peratusan calon yang layak memperolehi sijil SPM kali ini meningkat sebanyak 1.96 peratus kepada 88.68 peratus berbanding ketika SPM 2019.
Memetik Laporan Analisis Keputusan SPM 2020,bilangan calon yang mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran adalah seramai 9,411 orang; meningkat berbanding 8,876 orang pada tahun 2019.
Biarpun begitu, terdapat sedikit penurunan pada jumlah calon yang lulus dalam semua mata pelajaran yang diambil mereka iaitu hanya seramai 144,447 orang berbanding 147,738 orang pada tahun 2019.
*
Ads
Tambah Dr Radzi lagi, lima subjek SPM yang menunjukkan prestasi meningkat adalah Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Manakala dua subjek yang sedikit merosot berbanding SPM 2019 adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Untuk pengetahuan, keputusan SPM 2020 mempunyai penjaminan kualiti melibatkan dua badan pentaksiran antarabangsa iaitu Cambridge Assessment International Education dan Pearson UK.
“Saudara-saudari telah melakukan yang terbaik. Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam proses melaksanakan SPM 2020. Ia bukannya mudah.
Ads
“Kepada ibu bapa di luar sana, pihak KPM ingin mengucapkan terima kasih. Kami sedar tempoh ini adalah mencabar dan kami tahu kami tidak sempurna. Kami telah cuba untuk melaksanakan yang terbaik,” ulas beliau.
Catat Sejarah
Buat pertama kalinya, kesemua kertas peperiksaan calon disemak secara atas talian kecuali untuk satu subjek iaitu Pendidikan Seni Visual. Cara ini adalah pembaharuan demi mempercepatkan proses penyemakan. Justeru, sebanyak 1700 orang pemeriksa telahpun ditambah demi membantu jumlah pemeriksa sedia ada.
Selain itu, buat kali pertama dalam sejarah, keputusan peperiksaan SPM boleh disemak oleh calon secara atas talian. Pengeluaran slip keputusan rasmi juga akan dilakukan secara atas talian. Sekiranya calon tidak mempunyai akses, pihak sekolah akan membantu mereka.
Bagi calon SPM yang masih belum menyemak keputusan mereka, korang boleh berbuat sedemikian di laman web myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my.
Bagi pelajar yang tidak mempunyai talian internet pula, pihak sekolah telahpun diminta untuk menghubungi semua calon tentang kaedah mendapatkan keputusan. Pihak guru telah berbincang kaedah terbaik untuk mereka memperolehinya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masyarakat Malaysia dapat menarik nafas lega apabila ketika negara dilanda wabak pandemik COVID-19, pihak kerajaan telah pun membenarkan moratorium untuk tidak membayar ansuran kereta selama 6 bulan bermula April lalu.
Bagi golongan yang benar-benar memerlukan dan terjejas akibat situasi pandemik sememangnya moratorium ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan beban, namun sebaliknya ada yang melihat situasi ini menjadikan duit mereka makin banyak.
Tambahan pula, di waktu pandemik ini banyak diskaun diberikan dan membuatkan pengguna rambang mata.
“Rasa nak tukar kereta la bro, teringin aku nak pakai Civic baru tu”.
“Pakai jer bro, apa guna ada duit simpan. Bukan boleh bawa mati”.
“Geram aku, duit pun tengah ada nie. Lepas deposit aku nie”.
“Jom kita beli, banyak diskaun waktu ekonomi teruk nie. Rugi tak beli nanti”.
Ini adalah antara dialog-dialog yang biasa kita dengar bila mana ada yang merasakan kewangan mereka masih stabil di saat berlakunya pandemik.
Menurut Azizul Azli Ahmad, bila duit moratorium makin banyak, jangan rasa kita makin mewah. Waktu beginilah kita mudah rasa kereta kita kecil, tak selesa, banyak ragamnya sebab duit tengah ada.
Persoalannya adakah boleh kita beli kereta waktu situasi pandemik begini?
“Boleh, asal ikut rule of thumb yang diberikan”.
Tukar kereta baru jika simpanan kecemasan kita dah cukup dan deposit bukan daripada dana kecemasan. Berikut merupakan panduan untuk korang faham bolehkah ada kereta waktu ekonomi seperti sekarang:
1. Pastikan bayaran kereta tidak lebih 15% daripada gaji kita
2. Harga kereta adalah setahun pendapatan kita. Gaji RM3000 x 12 = RM36,000
3. Guna formula 20:7:15
Deposit 20%
Tempoh biaya jangan lebih 7 tahun
Ansuran bulan tak lebih 15% gaji
Ada yang nak tukar kereta baru ke? Macam mana dengan pengiraan yang diberikan ini, cukup tak dengan gaji korang?
Apa-apa pun pilihan tetap ditangan korang, tepuk dada tanya selera!
Baru-baru ini, penyanyi dan salah seorang anggota ZEROBASEONE, Zhanghao menarik perhatian peminat apabila melakukan siaran langsung melalui aplikasi Weibo ‘Plus Chat Live’ 10 Ogos lalu.
Selain berinteraksi bersama peminat pada pukul 12 malam (waktu Korea Selatan), Zhanghao juga turut membuat aksi ‘Mukbang’ demi melepaskan keinginannya untuk memakan durian.
Menerusi siaran langsung yang sama, peminat juga turut mendapati Zhanghao memakan durian jenis ‘Malaysian Horlor Durian D163’ terkenal dengan bentuknya yang cukup besar dan mempunyai isi tebal.
“Mereka tahu saya sukakan durian, jadi mereka bagi ini (durian) pada saya!”
Sebelum ini, Zhanghao juga pernah melakukan ‘Live’ sambil memakan durian dan menurutnya, dia mula menyukai raja buah itu bermula saat itu.
“Kebanyakan orang tidak kuat dengan aroma dan bau menyengat daripada buah durian. Mungkin ada yang merasakan durian sangat ‘asing’ dan pelik untuk dimakan…”
“Saya tidak merasa terganggu tetapi saya suka sangat dengan bau durian!” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, video ‘Mukbang’ durian berkenaan juga turut menjadi ‘trending’ di Korea Selatan melalui hashtag ‘두리안 먹방’ yang membawa maksud durian mukbang sehingga membuatkan para penonton tertanya bagaimana rasa durian sehingga membuatkan Zhanghao ketagihan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Malaysia SWITH, STAYC kata next visit diorang teringin nak pergi Kota Kinabalu! ✨ Agak-agak apa yang diorang nak buat kat sana eh?ℹ️ STAYC merupakan girlgrup Korea Selatan yang terdiri daripada 6 ahli di bawah High Up Entertainment. Kumpulan ini terkenal dengan konsep segar dan bertenaga serta lagu-lagu catchy seperti “So Bad”, “ASAP”, “Stereotype”, dan “RUN2U”.
#majalahremaja #remaja #remajamalaysia” />
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usaha mewujudkan petisyen secara atas talian selain suara bantahan daripada bekas pelajarnya telah membuahkan hasil apabila isu pajakan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas akhirnya dilanjutkan.
Terdahulu, REMAJA difahamkan bahawa Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan telah menangguhkan tarikh pendengaran perlanjutan pegangan pajakan tanah tapak sekolah itu kepada bulan Mei, biarpun pegangan tersebut akan tamat pada 6 September 2021 iaitu kira-kira empat bulan saja dari sekarang.
Ia telah menggusarkan bukan saja pihak sekolah dan pelajarnya, tetapi juga bekas pelajar yang tampil mempertahankan sejarah sekolah serta bangunannya yang wajar dijadikan sebagai projek pemeliharaan warisan.
Justeru, pengumuman rasmi oleh Pejabat Perdana Menteri semasa yang telah mempertimbangkan permohonan Lembaga Pengelola SMK Convent Bukit Nanas untuk menyambung tempoh pegangan pajakan dilihat sebagai suatu perubahan yang positif.
Ia setelah Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan mengadakan pertemuan dengan Sister Theresa Chua Siu Yan, Lady Superior of the Society of Saint Maur.
“Setelah meneliti dan mengambil kira kepentingan sumbangan SMK Convent Bukit Nanas kepada pendidikan negara sejak 1899, kerajaan telah bersetuju supaya tempoh pegangan pajakan bagi sekolah ini dilanjutkan untuk tempoh 60 tahun.
“Kebenaran ini diberikan khusus untuk tujuan pendidikan saja.”
Pengumuman tersebut telah disambut baik oleh para alumni-nya termasuklah pelakon, Vanidah Imran dan selebriti versatil, Adibah Noor.
“Alhamdulillah. Terima kasih banyak kepada alumni, Convent school sisters, warga Johannian, Victorian, Lasallian dan kepada semua orang yang telah memberikan sokongan untuk menyelamatkan CBN. Akhirnya, kepercayaan saya kepada kekuatan suara majoriti dikembalikan,” catat Vanidah.
Dengan berita pelanjutan ini, REMAJA turut berharap agar bangunan bersejarah di Kuala Lumpur dan di seluruh Malaysia yang lain akan menerima pembelaan nasib yang sama daripada pihak kerajaan.
Contohilah bagaimana negara jiran, Singapura yang cekal memelihara sebanyak mungkin bangunan dan tapak warisan. Sehingga kini, lebih 72 buah bangunan telah digazetkan sebagai monumen kebangsaan manakala 7000 lagi bangunan dipelihara agar ia dapat disaksikan oleh generasi akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...