Berita

Covid-19 Melanda Singapura Lagi, Gelombang Baru Naik Hampir 2 Kali Ganda!

Share

Gelombang baru wabak Covid-19 di Singapura dilaporkan membimbangkan, terutama dengan lonjakan kes hampir dua kali ganda.

Covid-19 Melanda Singapura Lagi, Gelombang Baru Naik Hampir 2 Kali Ganda!

Menteri Kesihatannya, Ong Ye Kung berkata kes COVID-19 tersebut di bahagian permulaan gelombang, di mana ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang. Memetik laporan The Straits Times pada Sabtu, kementerian itu menganggarkan jumlah kes COVID-19 pada 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Sweden Isytihar “Bebas” Covid 19 Walaupun Dunia Bergelut Kenaikan Kes Omicron

Berikut, 15 info anda perlu tahu:

1-Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung berkata, kes Covid-19 di republik itu sedang berada pada permulaan gelombang.

2-Ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang.

3-Memetik laporan The Straits Times, kementerian berkenaan menganggarkan jumlah kes Covid-19 pada 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.

4-Tambah kementerian itu, purata kemasukan harian Covid-19 di hospital meningkat kepada kira-kira 250 daripada 181 minggu sebelumnya.

gajet covid-19
5-Purata harian kes unit rawatan rapi (ICU) kekal rendah iaitu tiga kes, berbanding dua kes pada minggu sebelumnya.

6-Ye Kung menegaskan, jika jumlah kes disebabkan oleh virus SARS-CoV-2 itu meningkat sekali ganda, Singapura akan mempunyai 500 pesakit dalam sistem penjagaan kesihatannya dan ia masih boleh dikendalikan.

7-Bagaimanapun katanya, jika bilangan kes meningkat dua kali ganda untuk kali kedua,dan ia akan menjadi beban besar kepada sistem kesihatan hospital.

8-Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang di negara jiran itu.

9-Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkadaran gabungan sub varian KP.1 dan KP.2 pada masa ini menyumbang lebih dua per tiga kes Covid-19 di Singapura.

10-Katanya, di Malaysia, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan pada minggu 12 hingga 18 Mei 2024 ialah 1230, berbanding 1,071 kes pada minggu sebelumnya.

11-Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 14.8 peratus. Bagaimanapun, tiada kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan sejak 25 April 2024.

12-Mengenai varian yang kini sedang menular, KKM telah melaporkan setiap KP 1.1 dan KP.2.1 pada Mac 2024. Kedua-duanya dengan gejala ringan dan tidak melaporkan sebarang peningkatan ketara dalam kes Covid-19.

13-Pihaknya akan terus memantau keadaan dan sistem kesihatan bersedia untuk sebarang lonjakan kes.

14-Orang ramai digalakkan untuk mengambil beberapa langkah pencegahan, antaranya mengekalkan kebersihan diri yang baik.

15-Antaranya, mengurangkan interaksi sosial apabila berasa tidak sihat dan memakai topeng jika berada dalam kumpulan berisiko tinggi termasuk di kawasan yang sangat sesak, atau apabila bergejala.

TANDA-TANDA COVID-19

  • Demam berpanjangan
  • Kelesuan bertambah teruk
  • Kesukaran bernafas
  • Sakit dada
  • Bibir atau jari kebiruan
  • Tidak boleh mengambil makanan atau minuman menerusi mulut
  • Batuk, muntah, cirit-birit teruk serta kurang kencing.
  • Pencegahan Covid-19 terutamanya dengan melindungi golongan berisiko tinggi sangat mustahak mengelakkan kematian!

Bagi korang yang berisiko tinggi, ambil tahu perkembangan ini sebab ia boleh menyebabkan jangkitan dan berkemungkinan meragut nyawa!

BACA LAGI  : Elak Toksik, Ini 5 Cara Betul Masak Mi Segera Perkongsian Daripada Doktor

Sumber : (1 )

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN