COVID-19 Tak Reda Lagi, Kini Timbul Wabak ‘Misteri’ Muntah Darah Dan Maut

Share

Belum reda lagi dengan wabak Covid-19, satu lagi berita tentang wabak ‘misteri’ dilaporkan di Tanzania.

Setakat berita ini ditulis, 15 orang sudah meninggal dunia dan dimasukkan ke hospital sudah mencecah 50 orang yang kebanyakannya lelaki. Lebih menakutkan pesakit mengalami muntah darah dan maut akibat penyakit misteri tersebut jika tidak dibawa ke hospital dengan segera.

Sumber Gambar : The Sun

Menurut laporan Daily Mail,  

Wabak misteri ini dicatat bukan kali pertama ianya berlaku, penyakit serupa juga dikatakan pernah menyebabkan demam, muntah-muntah dan kesakitan perut di daerah itu pada tahun 2018.

Menurut Kisandu, para pesakit didapati mengalami masalah ulser dan dimaklumkan untuk menjauhi rokok dan minuman keras.

Bagaimanapun Menteri Kesihatan Tanzania, Dorothy Gwajima membantah dakwaan penularan wabak yang dikatakan menyebabkan panik itu

Beliau turut mengarahkan badan perubatan untuk menyiasat kejadian itu, namun menolak dakwaan kewujudan wabak di sana.

Malah, presiden negara itu, John Magufuli juga dikatakan pernah menolak kewujudan virus itu pada Jun tahun lalu.

Firman Allah taala dalam surah Ar Rum ayat 41 yang bermaksud, telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Malah Baginda Rasulullah SAW juga telah menyatakan akan terjadi beberapa perkara dan adalah petanda menjelangnya hari Kiamat termasuklah kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati tiba-tiba.

Nyata, al-Quran yang diturunkan lebih 1400 tahun dahulu sudah menyatakan segala-galanya dan kita sebagai umat Islam harus mempersiapkan diri dan tidak harus leka dengan tipu daya dunia.

Published by
Nana