Covid-19? Tiada Masalah Untuk Pelajar Jepun Teruskan Konvo Dengan Bantuan Robot!

Share

 

Disebabkan oleh penularan wabak-Covid-19 di seluruh dunia termasuk Malaysia, beberapa universiti awam tempatan terpaksa menangguhkan sesi konvokesyen di kampus masing-masing sehinggalah kemaskini terbaru diterima mengenai perintah kawala pergerakan.

ARTIKEL BERKAITAN: UiTM & UCYP Tangguhkan Konvokesyen

Tetapi itu nyata tak memberi sebarang masalah untuk universiti di Jepun ini meneruskan sesi konvokesyen mereka dengan bantuan…

Yes you guessed it – robot!

Business Breakthrough University (BBT) di Jepun masih meneruskan acara tersebut pada 28 Mac lalu di Hotel Grand Palaceyang terletak di Chiyoda, Tokyo.

Bezanya, ia tidak dihadiri oleh para pelajar. Sebaliknya, mereka mengikuti sesi tersebut menerusi aplikasi video conference Zoom.

Tambah menarik apabila 4 daripada pelajar mereka menghantar robot masing-masing untuk mengantikan mereka semasa menerima sijil!

Robot bernama Newme ini terkenal di Jepun dan bagi acara ini, ‘ia’ disarungkan dengan jubah konvokesyen dan tangan mereka dengan mudahnya dapat menggenggam sijil tersebut.

Newme merupakan robot ciptaan syarikat penerbangan All Nippon dari Jepun yang kelihatan seperti iPad yang diletakkan di atas Roomba bergerak.

Idea di sebalik ciptaan ini adalah demi memberikan cara baru untuk pelancong mengembara ke serata dunia tanpa perlu berada di sana secara fizikal.

Lalu All Nippon sedang merancang untuk ‘melantik’ 1000 robot Newme pada pertengahan taun ini sebagai percubaan pertama mereka – contohnya bagi memberi peluang kepada warga kurang upaya untuk menikmati pemandangan di negara lain dari rumah meeka.

Hebat bukan!

Mungkin satu hari nanti, Malaysia juga akan sampai ke tahap teknologi seperti ini untuk menggantikan haiwan peliharaan di rumah. Robot!

 

Published by
FZ